Khamis, 17 Disember 2009

TGNA lidah bercabang... DSAI penyangak temberang...

1. Akhirnya Tuan Guru Nik Aziz sudah mula bercakap mengenai persaraan dan pengunduran dirinya dari tampok kepimpinan parti termasuk melibatkan pemerintahan kerajaan PAS di Kelantan. Walau pun tidak begitu jelas bila beliau akan berundur secara rasmi namun tanda-tanda sudah semakin nyata. Nama-nama yang disebut sebagai pengganti bagi mengambil alih kerusi no. 1 pentadbiran PAS di Kelantan sememangnya sudah dijangka sejak dari awal. Ini berdasarkan faktor kedudukan paling kanan dalam parti. (Rujuk MalaysiaKini)

2. Sebenarnya saya kurang berminat untuk bercakap berkenaan dengan ura-ura pengunduran TGNA termasuk siapa yang bakal menggantikannya. Selagi TGNA belum memutuskan secara rasmi bila beliau akan berundur maka selagi itu jugalah pelbagai perkara boleh berlaku. Sewajarnya TGNA sudah meletak jawatan sejak dari awal lagi. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa tidak mustahil TGNA akan terus kekal di kerusinya sekarang hingga tiba PRU yang akan datang.

3. Seperkara yang amat menghairankan adalah berhubung isu perlantikan menantu TGNA sendiri, Ariffahmi sebagai peneraju PMBK yang hangat diperkatakan hingga sekarang. Sebelum ini TGNA begitu lantang menghentam pemimpin terutama dari UMNO yang dianggap mengamalkan kronisme. KJ dihentam bertalu-talu hanya kerana beliau menantu Pak Lah walhal perlu diingat kejayaan KJ sebagai Ketua Pemuda adalah disebabkan beliau dipilih oleh perwakilan, bukan dilantik.

4. Tidak dinafikan perlantikan Ariffahmi tidak menyalahi undang-undang. Namun adakah TGNA terlupa akan kedudukan Ariffahmi sebagai menantunya dan ini juga merupakan penyumbang kepada amalan kronisme yang selama ini ditentang oleh TGNA sendiri. Perlantikan oleh TGNA ini tidak ubah seperti meludah kahak ke langit, akhirnya jatuh masuk ke dalam lubang hidung sendiri.

5. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh TGNA kebelakangan ini juga sebenarnya semakin menyerlahkan kenyanyukan dan sangat boleh dipertikaikan oleh semua pihak. Lihat sahajalah bagaimana TGNA memuji tindakan yang diambil oleh PM, DS Najib sewaktu lawatan Najib ke Selatan Thailand malah TGNA turut menganggap Najib merupakan seorang pemimpin Islam yang berani dan boleh dicontohi. Padahal sebelum itu, TGNA dengan lantang tergamak mendoakan keburukan kepada DS Najib dan menganggap Najib sebagai seorang pemimpin sekular yang meminggirkan pentadbiran berteraskan islam. Ini jelas menunjukkan bahawa TGNA seperti hilang pendirian, cakap tak serupa bikin dan memiliki lidah yang bercabang.

6. Satu perkara lagi yang ingin saya sentuh adalah berhubung sikap lalai ahli Parlimen BN hingga hampir memakan diri sendiri. Perlu diingat bahawa Pakatan rakyat terutama Anwar Ibrahim sentiasa sanggup melakukan apa sahaja dengan apa cara sekalipun demi untuk menjatuhkan pentadbiran Barisan Nasional.

7. Sikap beberapa ahli Parlimen BN yang kurang mengambil berat dan sering mengambil mudah sesuatu perkara hampir mengakibatkan Parlimen gagal meluluskan bajet 2010. Bayangkan sekiranya bajet ini gagal diluluskan. Bagaimana kerajaan hendak melaksanakan pembangunan negara sekiranya bajet tidak dapat disalurkan. Kerajaan BN boleh musnah jika pembangkang berjaya mengagalkan bajet 2010 dan perkara ini tidak sepatutnya dipandang ringan. Jika tidak masakan PM dan TPM sanggup bergegas ke parlimen semata-mata untuk menyertai undi belah bahagian bagi memastikan bajet 2010 diluluskan.

8. Kejadian ini perlu diambil ikhtibar dan perlu dipastikan agar ia tidak berulang sama sekali. Ahli Parlimen BN perlu lebih bertanggungjawab dan lebih bijak mengatur jadual. Kita tidak mahu kerajaan BN terlungkup hanya disebabkan perkara-perkara kecil seperti ini walhal hakikatnya kerajaan BN sebenarnya sudah mula menambat semula keyakinan rakyat terhadap kemampuan dan kredibiliti pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan DS Najib.
Show Comments: OR

5 ulasan:

  1. semua rakyat mahukan pemimpin yg baik yg sentiasa menggalas segala tanggongjawab yg telah diamanahkan kpd mereka...kalau ini lah cara yg di pertontonkan kpd rakyat terutama pemimpin kerajaan!!!...dimanakah lagi kepercayaan dan semangat juang kami utk sama sama memertabadkan saf kepimpinan kerajaan????...kami sebagai rakyat yg menyokong penuh kepimpinan kerajaan tersangat merasa kecewa diatas sikap sambil lewa yg mana boleh mengundang kecelakaan serta menjahanamkan negara dan menghancurkan harapan dan kepercayaan kami!!!....kami semua rakyat malaysia yg tidak berbelah bagi menyokong kepimpinan Datok Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia mengharapkan Dato'Seri supaya menilai semula semua ahli parlimen yg mengkhianati kepercayaan Dato' Seri sendiri!!!...kami penyokong penyokong kerajaan tidak membutuhkan pemimpi pemimpin yg mmembawa sial....ummi merdeka said

    BalasPadam
  2. terima kasih kepada umno, 2010 semua subsidi bakal ditarik balik, bermula dengan gula dan roti, bakal diikuti dengan petroleum, dan seterusnya bila harga dah maksimum, gst akan diimpose kan.menteri2 hgpa kedarah duit negara sampai habih lepas tu pekuda rakyat untuk dana negara.canang sana sini yg depa paling pandai ekonomi,nak bantu anak bangsa.. tak malu ka bro?

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum saudara,

    Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,saya mohon jasa baik saudara untuk letakkan blog saya,

    http://10sibudakhitam.blogspot.com/

    dalam blog list saudara.Blog saudara juga telah saya masukkan dalam list saya agar kita dapat sama-sama berkongsi memartabatkan agama dan bangsa tercinta.

    Saya dengan ini juga secara rasminya menjadi followers blog saudara.

    Dalam memantapkan ukhwah dan merapatkan saf, harapan saya agar dapat kita sama-sama jadi followers blog dan buktikan pengikut kita lebih ramai bersatu-padu dalam menegakkan agama,bangsa dan negara.Tunjukkan inilah generasi maya yang bersatu dalam perjuangan di alam siber.

    Menjadi followers di blog saya di http://10sibudakhitam.blogspot.com, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

    Salam ukhwah dari 10 Si Budak Hitam..Assalamualaikum.

    BalasPadam
  4. jemputan program dialog bersama pemimpin,
    sila emailkan nama penuh, no ic, nama blog dan no telefon ke darulehsantoday.blog@gmail.com dengan kadar segera untuk booking tempat duduk.

    BalasPadam
  5. Kita mempunyai idea yang sama.

    Terima kasih.

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE