Advertisement - Contact Us

Doa bala dari TGNA bakal memakan diri dan tempiasnya akan dirasai rakyat Kelantan...

1. Bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana masih memberi ruang dan peluang kepada saya untuk kembali semula ke dunia blogger. Di atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan maka saya tidak ada pilihan lain dan terpaksa menyepikan diri buat sementara waktu sebelum ini. Hari ini saya kembali dengan semangat baru demi meneruskan perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan baik yang nyata mahupun yang tersembunyi.

2. Perkara pertama yang ingin saya sentuh adalah berkaitan isu doa yang dilafazkan oleh Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz yang memohon agar diturunkan bala kepada Perdana Menteri Malaysia. TGNA nampaknya kian hari semakin mendedahkan kelemahan sendiri. Wajarkah seorang pemimpin yang selama ini dihormati dan diletakkan status sebagai seorang ulama tetapi dalam masa yang sama tergamak mendoakan saudara seagamanya agar diturunkan bala?

3. Bagi saya, tindakan TGNA jelas bertentangan dengan prinsip Islam dan jelas tidak boleh dan tidak layak untuk dijadikan contoh. Seorang ulama tidak sepatutnya mendoakan keburukan dan bencana kepada orang lain baik kepada orang yang bukan Islam apatah lagi kepada saudara sesama Islam. Kalau pun TGNA benar-benar marah dan tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara, adalah lebih baik dan mulia jika TGNA mendoakan agar dibukakan pintu hati dan diberi hidayah.

4. Pada hemat saya, TGNA sepatutnya belajar bersyukur di atas nikmat yang dikecapi selama ini di atas kemakmuran negara di bawah pimpinan kerajaan dengan izin Allah. Kerajaan juga tidak pernah meminggirkan negeri Kelantan walaupun Kelantan dipimpin oleh kerajaan PAS. Malah tidak salah jika saya katakan bahawa adakalanya negeri Kelantan dan rakyatnya telah menerima layanan yang jauh lebih baik berbanding negeri lain dari segenap aspek.

5. Yang menjadi maslah sekarang adalah dasar yang dibawa oleh kerajaan PAS di Kelantan mengakibatkan Kelantan menjadi ketinggalan dan nampak seperti dianak tirikan. Saya yakin jika kerajaan PAS benar-benar mempraktikkan dasar kepimpinan Islam maka Kelantan tidak akan menghadapi masalah untuk mengorak langkah ke ahadapan sepertimana negeri-negeri lain. Soalnya, adakah PAS benar-benar melaksanakan pentadbiran berteraskan Islam di Kelantan seperti yang digembar-gemburkan atau hanya sekadar gah di mulut sahaja.

6. Akhir-akhir ini semakin banyak kepincangan yang berlaku dan bergolak di dalam pentadbiran negeri Kelantan didedahkan satu persatu. Pihak yang mendedahkannya pula bukanlah orang lain, tetapi merupakan bekas orang kanan dan orang kuat di dalam pentadbiran PAS di negeri Kelantan. ini membuktikan bahawa PAS hanya bijak berpura-pura walhal dalam masa yang sama tidak ada satu pun dasar yang dicanang telah diperjuangkan selama ini.

7. Sebelum ini juga pernah saya nyatakan abahawa semakin lama seseorang pemimpin itu berada di atas maka semakin banyak lah lubang dan kantau yang akan dikaut. Perlantikan kaum kerabat TGNA di dalam pentadbiran kerajaan negeri membuktikan bahawa TGNA juga tidak terlepas dari amalan kronisme yang selama ini dikecam hebat. Ini tidak ubah seperti meludah ke langit, jatuh di atas batang hidung sendiri. Malah pendedahan yang melibatkan beberapa kepimpinan tertinggi PAS yang dilihat sudah pandai bermewah-mewah dan mengamalkan cara hidup ekslusif jelas membuktikan bahawa PAS semakin jauh terpesong dari landasan perjuangan yang asal.

8. Bagi saya, sudah sampai masanya untuk TGNA berundur dari arena politik. Semakin lama TGNA bertahan maka semakin merendahkan martabat dan kedudukan TGNA selaku seorang ulama dan pemimpin yang dihormati. Senario politik semasa ditambah pula dengan kedudukan PAS yang bersekongkol dengan PKR dan DAP sebenarnya sudah tidak sesuai dengan perjuangan yang sepatutnya dipertahankan oleh TGNA. Sebelum seluruh rakyat Malaysia hilang kepercayaan dan rasa hormat kepada TGNA maka adalah lebih baik untuknya berundur dan melepaskan jawatan yang disandang.

3 Ulasan

  1. Saya juga amat terkejut dan macam tak percaya Nik Aziz boleh berdoa sebegitu sekali pada Najib.

    BalasPadam
  2. penyokong pas akan tetap sokong kunun tok guru depa...kalau fanatik tetap fanatik, menate mu

    BalasPadam
  3. Inilah politik PAS (Parti Ahli2 Sesat)
    Kerana kalau Nik Aziz buat atau cakap semuanya betul dan bolih belaka. Pengikut2 fanatik kata OK saja. Macam kerbau dicocok hidung. Tak payah guna otak untuk berfikir panjang. Bolih Berselindung disebalik Agama Islam.
    Biarlah dia berkuasa untuk selama lamanya, hingga akhir hayat. Lagi kalut PAS.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama