Advertisement - Contact Us

PRK P044 : SARIP OH SARIP... Gugurnya Seorang Patriot... Kena Mai Juai Minyak Ler Jawabnya... #PRKPermatangPauh #SuhaimiSabudin

Eeehhh Pak Sarip... Lama tak dengar berita... Dok lalu depan rumah di Tasek Gelugor pun asyik gelap tak berpenghuni dah... Dengar kata baru balik dari Mekah mengerjakan umrah... Syukurlah... Ni la masa terbaik untuk berehat bersama anak dan cucu di samping melipatgandakan ibadat...

Tapi... Apa yang Pak Sarip buat di tapak Ekspo, Seberang Jaya semalam? Kalau tak salah kat situ 'port' puak PR buat kempen? Patut lah... Kan Pak Sarip dah lompat masuk PKR sejak dipecat dari UMNO tempoh hari. Rupanya masih aktif bergebang politik walaupun berbeza pentas...

Sarip Oh Sarip...

Sapa yang tak kenai Pak Sarip. Ahli Parlimen paling lama di Parlimen Tasek Gelugoq. Sejak mula wujudnya UMNO Bahagian Tasek Gelugoq, Pak Sarip lah yang mula-mula mengepalainya. Tak salah masa tu UMNO Bahagian Mata Kuching, UMNO Bahagian Permatang Pauh nak dipecahkan untuk menubuhkan UMNO Bahagian Tasek Gelugoq. Persempadanan semula Bahagian UMNO.

Maka berentaplah antara Pak Sarip yang ketika itu Ketua Bahagian Permatang Pauh dengan Hj Yusof Salleh, Ketua Bahagian Mata Kuching untuk menjadi Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugoq yang pertama. SMB malas nak buka cerita sejarah pertembungan dua gergasi SPU pada masa tu, yang pasti Pak Sarip menang.

Tak dinafikan, sepanjang Pak Sarip memimpin UMNO Bahagian Tasek Gelugoq, maka banyaklah manfaat dan kebaikan yang dibawa olehnya. Pak Sarip pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan yang terakhir ialah Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani.

Satu perkara yang menarik sepanjang kepimpian Pak Sarip ialah ciri-ciri ketegasan, garang dan ketokohannya. (Yang baik SMB pasti akui). Tak ramai orang yang boleh bekerja lama dengannya. Mungkin kebanyakan yang bertahan samada mesti menjadi 'Yes Boss' atau memilih untuk tidak memegang jawatan di peringkat Bahagian, cukup sekadar di Cawangan supaya tidak berlaku pertembungan dengannya.

Hinggalah tahun 2008 sewaktu hendak menghadapi PRU 12. Pak Sarip sebenarnya tidak boleh menyalahkan sesiapapun menjadi punca kejatuhannya. Pada waktu itu, SMB boleh katakan kedudukan Pak Sarip sebagai Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugoq sudah kuat. Pak Sarip hanya menantikan hari penamaan calon untuk mempertahankan jawatannya sebagai Ahli Parlimen.

Hinggalah suatu hari, sewaktu Pak Sarip menghadiri satu program di Bagan Ajam (kalau tak silap), Pak Sarip telah menerima satu panggilan yang mana kelihatan Pak Sarip bercakap sangat lama hingga tidak lagi memperdulikan program yang dihadiri. Setelah selesai bercakap di telefon, Pak Sarip kembali dengan wajah yang merah padam dan tidak banyak bercakap selepas itu. Akhirnya Pak Sarip mengakui bahawa yang menelefonnya tadi adalah Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu merupakan Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Menurut Pak Sarip, Pak Lah cadangkan agar Pak Sarip kosongkan kerusi Parlimen Tasek Gelugoq untuk memberi laluan calon import dari Pakistan, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bertanding. Setelah beberapa hari, barulah dimaklumkan bahawa Pak Sarip menerima cadangan tersebut dan berjanji akan membantu TS Nor bertanding. Apa yang dijanjikan oleh Pak Lah dan apa yang menyebabkan Pak Sarip bersetuju, siapa pun tak mampu menjawab.

Nak diikutkan, Pak Sarip boleh membantah cadangan Pak Lah malah Pak Sarip masih mampu menarik sokongan ahli UMNO Tasek Gelugoq ketika itu jika mahu mempertahankan kerusi Parlimen Tasek Gelugoq. Atau Pak Sarip boleh memilih untuk turun pangkat sikit bertanding di peringkat DUN, sekurang-kurangnya tidak hilang semuanya. Tapi Pak Sarip memilih untuk memberi laluan malah telah turun bertungkus lumus membantu TS Nor hingga menang di Tasek Gelugoq.

Bermula dari situ maka era Pak Sarip kian berakhir. Pemilihan Ketua Bahagian pun Pak Sarip sudah tidak mampu pertahankan. Jelas sekali sudah ramai kepimpinan akar umbi di Tasek Gelugoq sebenarnya sudah menolak Pak Sarip, hanya menantikan masa yang terbaik dan inilah masanya. Selepas kecundang dan hilang semuanya, maka dengan Pak Sarip sekali hilang dari Tasek Gelugoq.

Hinggalah menjelang PRU 13. Pak Sarip mai balik menagih janji. Janjinya dengan Pak Lah walhal ketika itu Najib menjadi Presiden UMNO. Najib hanya mampu 'buka tangan' apabila Pak Sarip datang bertemu dengannya. HInggalah hari mengumumkan calon, nama Pak Sarip terkeluar dari senarai calon dan menyebabkan Pak Sarip nekad untuk tetap masuk bertanding sekalipun sebagai calon Bebas Cap Kunci di Parlimen Tasek Gelugoq dan DUN Sungai Dua.

Seperti dijangka, Pak Sarip kecundang di kedua-dua kerusi. Kekalahan yang sangat mengaibkan bagi seorang bekas ahli Parlimen dan bekas Ketua UMNO Bahagian di situ. Pak Sarip kehilangan deposit apabila hanya mendapat untuk kurang 1000 di parlimen dan kurang 500 di DUN. Tak selesai di situ, Pak Sarip juga dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Tatatertib UMNO yang telah memecatnya dari keahlian UMNO dan turut sama mengheret ramai ahli-ahli UMNO yang kuat menyokong Pak Sarip. Akhirnya, terkini, Pak Sarip mengumumkan menyertai PKR.

SMB dapat rasakan Pak Sarip juga turut mengintai-intai peluang untuk dinamakan sebagai calon PKR di Permatang Pauh. Maklumlah, ada juga darah Permatang Pauh. Tapi tidak menjadi kenyataan selepas Kak Zah dicalonkan. Terpaksalah Pak Sarip bersabar lagi, mungkin hingga PRU 14. Jika bernasib baik Pak Sarip akan membuat 'come back'nya bersama PKR dan Pakatan Rakyat. Itupun kalau PR masih kuat dan utuh.

Apa pun, bagi SMB, Inilah yang dinamakan langit tak sentiasa cerah. Dulu, siapa sangka Pak Sarip yang kuat memperjuangkan UMNO hari ini, Pak Sarip yang sama kuat menghentam UMNO bersama PKR. Jika dulu Pak Sarip dan Anwar umpama anjing dan kucing di Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, tapi hari ini, Pak Sarip mampu berdiri satu pentas dengan isteri Abg Non.

Sayanglah segala sumbangan, jasa dan bakti yang dicurahkan oleh Pak Sarip selama tempoh beliau bersama UMNO. Semuanya menjadi sampah dan sejarah yang entah akan disebut atau tidak oleh generasi Tasek Gelugoq akan datang.

Kenapa Guan Eng Beria Sangat Nak Tolong Kak Zah ??? (KLIK SINI)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama