Advertisement - Contact Us

PRK P044 : AWAS !!! Guan Eng Tawar Membantu... Peluang Untuk Mengusir Islam Melayu Dari Bumi Permatang Pauh... #PRKPermatangPauh #SuhaimiSabudin

Suka la Wan Azizah bila semua bos2 no 1 negeri Selangor dan Pulau Pinang menawarkan diri untuk membantu Wan Azizah jaga kawasannya jika menang di Permatang Pauh. Sebelum ini Azmin selaku MB Selangor bersedia untuk menjaga Kajang bagi mengurangkan beban tugas Kak Zah. Semalam giliran Lim Guan Eng pula atas kapasiti Ketua Menteri Pulau Pinang bersedia untuk tengok-tengokkan Permatang Pauh jika kak Zah dipilih dalam PRK nanti.

Dari satu sudut, nampak seperti Pr menzahirkan semangat setiakawan untuk saling membantu antara satu sama lain. Bagi SMB, selain semua ini sebahagian dari gimik Pr untuk menarik sokongan pengundi, pasti juga ada niat tersirat kerana lazimnya adat manusia 'ada pi, ada mai'.

Tawaran dari Azmin dan Guan Eng dengan jelas membuktikan betapa wan Azizah bukanlah pemimpin yang layak untuk menjadi wakil rakyat apatah lagi mewakili 2 kawasan yang berbeza. Dari segi keupayaan, peranan menjalankan tanggungjawab dan komitmen wan azizah adalah sangat diragui hingga memerlukan pihak lain membantu. Jadi, apa fungsi wan azizah dan apa sumbangan yang mampu ditawarkn oleh wan azizah jika dipilih nanti?
Nampak sangat wan azizah dicalonkan hanya atas dasar kepentingan politik semata-mata, bukanlah untuk berkhidmat kepada rakyat. Jadi tidak hairanlah kenapa wan azizah terpinga-pinga bila ditanya tentang manifesto Pr. Apa guna manifesto jika dari awal lagi wan azizah memerlukan sokongan orang lain untuk berkhidmat. Tidak mungkin manifesto pr (jika ada)dapat dilaksana kerana pencalonan wan azizah hanya untuk kuasa semata-mata.

Sedar atau tidak, wan azizah sebenarnya sudah menjadi liabiliti dalam pr. Yang ada pada wan azizah sekarang hanyalah nama besar dan pengaruh DSAI. Dan inilah yang akan dipergunakan sepenuhnya untuk Azmin dan Guan Eng mengukuhkan kuasa masing-masing.

Azmin sentiasa mengintai peluang untuk menduduki takhta no 1 Pkr yang kini milik Azizah. Dalam masa yang sama, Azmin perlu menyingkirkan keseluruhan legasi Anwar untuk berkuasa dan masa yang paling sesuai untuk azmin menggerakkan rencananya adalah ketika Anwar berada dalam penjara. Adakah Azmin akan menjaga Kajang sebaiknya jika ini perancangannya? Sudah tentu azmin akan mencari jalan untuk menjatuhkan reputasi wan azizah dengan menampilkan kegagalan azizah di Kajang.

Begitu juga dengan mainan Guan Eng. Harus diingat, hari ini jumlah pengundi berdaftar di permatang Pauh sekitar 70 000 orang. Daripada jumlah itu, antara 45 000 ke 50 000 terdiri daripada pengundi Melayu beragama Islam. Selebihnya adalah pengundi Cina dan lain-lain bangsa.
Daripada perangkaan statistik di atas, tidakkah kita nampak yang mampu dan perlu dilakukan oleh Guan Eng untuk mengukuhkan kuasa Dap? Tidakkah dengan ketidakmampuan Azizah sebenarnya membuka ruang kepada Guan Eng dan Dap menggerakkan 'jarum' mereka? Perlu diingat juga, permatang pauh terletak bersempadan dengan Parlimen Bagan dan Parlimen Bukit Mertajam yang mana kedua-duanya merupakan kubu kuat Dap dgn majoriti melebihi 20 000 dalam Pru yang lalu. Jika sebelum ini, setidak-tidaknya Anwar sebagai Ahli Parlimen di sini menyebabkan Dap tersangkut untuk melaksanakan strategi mereka. Tidakkah dengan kemenangan Azizah akan memudahkan mereka bergerak selepas ini?

Ingatlah wahai orang Melayu dan orang Islam di Permatang Pauh. Ketepikan sekejap fanatik parti dalam diri. Lapangkan dada, buka minda, fikirkan apa yang mampu dan akan dilakukan oleh Guan Eng dan Dap jika Wan azizah menang nanti. Guan eng sudah berjanji untuk tadbir Permatang Pauh atas nama 'membantu' jika Wan azizah menang. Adakah Guan Eng akan hanya membiarkan jumlah pengundi Cina di Permatang Pauh kekal 20 000 selepas ini untuk menghadapi Pru 14? Dan apa pula nasib orang melayu dan islam baik umno mahupun Pas jika benar Guan eng hendak 'membantu'?

Harus diingat, Guan Eng menyimpan dendam kepada Pas negeri atas situasi politik yang hangat berlaku sekarang. Malah Guan Eng lah orang yang paling kuat dan lantang membantah pelaksanaan hukum Islam. Maka, fikirkanlah wahai saudara seagama ku...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama