Advertisement - Contact Us

[KOMENTAR] HANCUSS!!! Tun M Terlalu 'Desperate' Nak Jatuhkan Najib... Fitnah Pun, Fitnah Lah... #suaramelayubaru

Tun Mahathir hari ini meneruskan lagi serangan ke atas kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan secara keseluruhan... melalui entry terbaru blog beliau, beberapa perkara telah dibangkitkan dan diungkit...

Banyak perkara sebenarnya boleh dipertikaikan jika dinilai secara keseluruhan entry terbaru Tun M ini... apa yang mungkin dapat dilihat adalah hala tuju serangan dari Tun M akhir-akhir ini... tidak banyak perkara yang dapat dibangkitkan oleh Tun M kebelakangan ini...

Tun M nampaknya lebih terarah menyerang peribadi Najib di samping cuba membesar-besarkan perkara yang teknikal... tidak dinafikan, Najib tidak sepatutnya melakukan kesilapan teknikal seperti tersalah umum dan seumpamanya... pihak lain pasti akan mengambil kesempatan ke atas perkara kecil seperti ini...

Najib cuba untuk membetulkan semula kenyataan sebelumnya... ini sekaligus membuktikan bahawa Najib bersedia berdepan dengan kesilapan dan tidak timbul isu cuba berbohong dan sebagainya... walhal, Najib boleh memilih untuk 'stay stand' dengan kenyataan awal dan mencipta bukti2 yang dapat membantu mempertahankan  kenyataan awalnya itu... 

Tetapi tidak... Najib memilih untuk membetulkan kesilapan yang berlaku dan ini menuntut kepada pengorbanan yang besar kerana Najib pasti sedar pembetulan ini akan menyebabkan dirinya teruk dihentam... 


Sepatutnya Tun M perlu lebih terbuka bila berbicara soal kesilapan kecil seperti ini... tidak perlu nak diungkit-ungkit lagi hingga menjadi entry satu artikel kerana Najib telah mengakuinya dan membetulkan kesilapan tersebut...

Malah kesilapan yang berlaku itu langsung tidak menjejaskan siasatan... kerana semua fakta sebenar sudah berada di tangan Ketua Audit dan Pac...



Berhubung isu berkaitan Rm1bilion, bank Singapura dan beberapa isu lain lagi, ingin ditegaskan sekali lagi, isu 1Mdb masih dalam proses siasatan... malah Pac sudah pun memulakan prosiding dengan memanggil beberapa individu berkaitan untuk diambil keterangan...

Jadi, kenapa Tun M masih terus-terusan menggunakan media blog untuk membangkitkan perkara-perkara yang di dalam siasatan...

Tidakkah ini menunjukkan seolah-olah tujuan Tun M hanya berniat jahat mahu menyerang Najib, bukan lagi untuk menyelamatkan negara atau mendedahkan kemungkaran...

Bagi aku, sebenarnya tidak ada apa lagi isu yang nak didedahkan... secara asasnya telah pun dijawab oleh Najib dalam blognya baru-baru ini... yg tinggal dan masih belum diumumkan hanyalah perkara-perkara pengkhususan dalam isu 1Mdb dan ini menuntut kepada hasil siasatan...

Aku percaya, andai kata Tun M turut dipanggil memberi keterangan di dalam prosiding pun, tidak banyak perkara dapat membantu... kerana, kebanyakan yang didedahkan oleh Tun M lebih kepada spekulasi yang dicedok dari pendedahan semberono Sarawak Post dan The Edge tanpa sebarang bukti kukuh...


Tun M hanya menggunakan populariti dan pengaruhnya untuk menjatuhkan Najib... apabila pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Tun M berjaya dijawab oleh Najib, akhirnya Tun M kehilangan arah...

Jadi tidak hairanlah kenapa Tun M tiba-tiba cuba membabitkan isu-isu peribadi seperti gaya hidup mewah Najib, pembelian kapal terbang baru hingga kisah 'dalam kain' Najib berkaitan isterinya juga disentuh...

Dan apabila semua serangan tadi menemui jalan buntu, hari ini, berdasarkan entry blog terbaru Tun M, beliau cuba pula untuk menagih simpati rakyat akan terus membela 'perjuangannya' menjatuhkan Najib... maka terbitlah kisah kliniknya diselongkar, sekutunya dimufliskan, sahabat wartawannya ditahan dan macam-macam lagi... 

Semuanya semata-mata mahu menunjukkan dirinya menjadi mangsa kepada kerakusan politik Najib, dengan harapan rakyat simpati kepadanya dan menghentam Najib...

Seperkara lagi, apabila Tun M membangkitkan tentang kononnya kedudukan Malaysia di kalangan 10 negara paling rasuah... rasanya elok Tun m mendetailkan lagi maklumat ini kerana berdasarkan ranking terbaru, kedudukan Malaysia jauh lebih baik berbanding apa yang dinyatakan oleh Tun M...

Apa pun, bagi aku, apa yang berlaku berkaitan senario politik semasa adalah sangat menyedihkan... tidak pernah disangka bahawa satu hari aku perlu membidas kenyataan Tun M, semuanya hanya kerana ingin menegakkan kebenaran dan memartabatkan agama, bangsa dan tanahair...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama