Advertisement - Contact Us

Lim Guan Eng mempergunakan orang Melayu untuk mengusir orang Melayu... Syabas Melayu...

1.  Sungguh bangsat Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP ni. Kepalanya siapa lagi kalau bukan 'malaun' pendatang Si Lim Guan Eng. Dan seperti biasa, mangsanya, tak lain dan tak bukan adalah kaum Melayu beragama Islam di Pulau Pinang.
Nik Ajis sekadar 'hiasan'

2.  Jika sebelum ini, ADUN DAP, Ng Wei Aik dengan angkuh, bongkak dan sombongnya cuba mengusir peniaga restoran supaya balik India, kali ini perkara hampir sama berulang. Untuk makluman, mungkin disebabkan tak tahan menerima tekanan, Ng terpaksa beralah dan memohon maaf secara terbuka dan bersemuka kepada peniaga restoran yang dihalaunya.

3.  Kejadian kali ini adalah melibatkan para peniaga yang rata-ratanya dari bangsa Melayu yang mencari sesuap nasi dengan menjaja di sepanjang pantai SeaGate, Pulau Pinang. Para peniaga ini telah dihalau secara kasar tanpa diberi notis dan tidak dibenarkan berniaga di sepanjang persisiran Pantai Seagate. Malah ada beberapa peniaga di mana peralatan berniaga telah disita dan dirampas.

4.  Seperti juga kejadian sebelum ini, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sekali lagi diperguna dan diperkuda oleh puak-puak penyangak Guan Eng untuk kepentingan politik mereka. Anggota penguatkuasa MPPP dipaksa dan dikerah untuk mengambil tindakan tegas ke atas peniaga ini. Dan, seperti jua kejadian sebelum ini, rata-rata anggota penguatkuasa MPPP merupakan dari bangsa Melayu juga.

5.  Untuk makluman, para peniaga ini telah lama berniaga di sepanjang persisiran Pantai seagate yakni sejak pentadbiran BN lagi. Mereka ini diusir dengan alasan bahawa perniagaan mereka telah mengganggu lalu lintas dan menyebabkan sepanjang pantai menjadi kotor. Mungkin alasan yang diberikan sedikit rasional, namun tidak adakah cara lain atau alternatif lain sebagai pilihan kepada para peniaga ini selain diusir secara paksa.

6.  Mungkin tindakan kerajaan negeri DAP ini seperti mahu menunjukkan bahawa mereka telus dan tegas dalam melaksanakan penguatkuasaan. Mereka juga mungkin mahu menonjolkan ketirisan yang pernah berlaku sewaktu pentadbiran BN. Namun banyak perkara sebenarnya boleh dipertikaikan atas tindakan mereka ini.
Chai Leng Park : Berniaga di atas jalan raya...

7.  Kenapa seperti wujud unsur rasisme dalam tindakan mereka ini? Kenapa rata-rata yang menjadi mangsa adalah peniaga kecil bangsa Melayu? Bagaimana kedudukan dan status para penjaja yang berniaga di sekitar bandar GeorgeTown, Jalan Raja Uda, Chai Leng Park, Bukit Mertajam dan beberapa bandar lain dalam Pulau Pinang? Adakah disebabkan para penjaja ini berbangsa Cina maka mereka bebas menjaja tanpa perlu risau akan diambil tindakan oleh para penguatkuasa?

8.  SMB pernah dedahkan bagaimana para penjaja Cina yang berniaga di TENGAH jalan sekitar Chai Leng Park. Para penjaja di Jalan Raja Uda dan bandar GeorgeTown jelas membuka permis perniagaan mereka di tepi jalan utama hingga menyebabkan kesesakan melampau terutama pada waktu puncak. Kenapa mereka tidak dikenakan sebarang tindakan? Adakah disebabkan para penjaja ini merupakan penyumbang undi utama kepada DAP menjadi sebab mereka tidak boleh dikenakan tindakan?

9.  Mungkin langkah pengusiran peniaga Melayu sudah termasuk dalam agenda DAP untuk melenyapkan bangsa Melayu dari muka bumi Pulau Pinang. Langkah dimulakan dengan penjaja Melayu kecil-kecilan. Para kontraktor bumiputera kini ketandusan projek dari kerajaan negeri dan ini juga antara langkah pengusiran oleh DAP. Nilai hartanah dan rumah yang kian meningkat juga termasuk dalam agenda. Pembangunan kawasan setinggan, perkampungan tradisi yang majoriti Melayu, kediaman atas tanah kerajaan negeri yang turut melibatkan Melayu sudah pun digegar DAP dalam usaha merealisasikan agenda mereka mengusir Melayu.

10.  Banyak lagi agenda dan rancangan yang sedang dan sudah direncanakan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP untuk mengusir Melayu dari Pulau Pinang. Ramai yang masih tidak sedar terutama di kalangan pemimpin Melayu PAS dan PKR gara-gara kemaruk kuasa. SMB akan dedahkan sedikit-demi sedikit agenda yang dibawa oleh DAP. Sedihnya, masih ramai kalangan Melayu yang galak mengangkat si Khalifah 'Penyangak' Guan Eng. Mungkin ini yang dimaksudkan 'Menang sorak, kampung tergadai'. Nantikanlah...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama