Advertisement - Contact Us

Najib tidak ada kuasa mutlak dalam SRC International – Shafee


[23 Oktober 2019]

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh disabitkan denga tuduhan pecah amanah (CBT) kerana beliau tidak memiliki kuasa mutlak ke atas SRC International Sdn Bhd. sehingga membolehkan sesuatu keputusan diambil secara sendirian.
Ketika penghujahan yang berakhir sebentar tadi, peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa sebenarnya mereka yang mempunyai kawalan ke atas wang syarikat itu adalah yang berjawatan pengarah dan penandatangan akaun bank syarikat itu.
“Yang pasti Najib bukanlah antara orang yang mempunyai kuasa atau kawalan terutamanya ke atas wang syarikat tersebut. Untuk dana SRC, yang boleh membuat keputusan adalah pengarah yang menandatangani akaun.
“Malah Najib juga tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melupuskan apa-apa atau mana-mana aset SRC International begitu sahaja tanpa mereka yang lain.
“Jadi bagaimana mahu menuding jari kepada anak guam saya bawah CBT? Bagi tujuan itu, pendakwaan sepatutnya perlu membuktikan tertuduh telah menerima wang itu dan dengan sengaja menyimpannya,” katanya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Shafee merujuk kepada Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang mana undang-undang CBT adalah kesalahan dilakukan oleh seseorang yang diamanahkan dengan harta atau dengan apa-apa kekuasaan ke atas harta itu.
Selain itu, Shafee juga berhujah dengan memberitahu bukti yang dikemukakan oleh pendakwaan tidak seharusnya hanya sekadar ‘khabar angin’ atau dengar-dengar sahaja.
“Bukan sahaja dalam kes ini malahan dalam prosiding 1MDB juga begitu. Inilah masalahnya, pendakwaan tidak faham kita tidak boleh sesuka hati berkata itu adalah bukti berdasarkan cakap-cakap tanpa bukti.
“Yang mendakwa khabar angin ini adalah saksi dan yang dikatakan telah berkata atau melakukan perbuatan sedemikian pula tidak di bicarakan. Bagaimana begitu?,” ujarnya.
Shafee merujuk kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dipercayai akan dibawa balik ke Malaysia penghujung tahun ini oleh pihak berkuasa.
Jelas Shafee, kebanyakan kenyataan saksi hanya berkisarkan apa yang telah didakwa oleh Jho Low namun pihaknya tidak dapat menyoal balas lelaki dalam buruan itu sehingga kini.
Keputusan sama ada Najib bebas dalam tuduhan menerima suapan sebanyak RM42 juta selain salah guna kuasa serta penggubahan wang SRC International atau akan dipanggil untuk membela diri di tentukan pada 11 November ini.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama