Advertisement - Contact Us

PR Pulau Pinang Mula Gelap Mata Tengok Duit...


"BUKIT MERTAJAM 27 Feb. – Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Amizudin Ahmat hari ini mendakwa dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini menerima rasuah daripada sebuah syarikat kuari di Seberang Perai.

Amizudin yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Kepala Batas mendakwa, penyelewengan beberapa syarikat kuari di negeri ini melibatkan jumlah wang yang banyak dan kedua-dua pemimpin berkenaan mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama dua pemimpin terbabit dan jumlah rasuah yang diterima oleh kedua-duanya dengan alasan akan mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat.

‘‘Saya tidak ada masalah untuk mendedahkan nama dua pemimpin tertinggi PKR negeri ini yang terlibat dalam rasuah kerana saya seorang pejuang yang cukup telus dan jujur.

‘‘Saya juga tidak takut dengan risiko walaupun menyedari akibat daripada pendedahan ini akan menyebabkan saya disingkirkan daripada menganggotai MPSP,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat penuh MPSP di sini hari ini.

Menurutnya, beliau mempunyai bukti kukuh untuk dikemukakan berhubung dakwaan yang dilakukannya itu.

‘‘Bukti yang saya ada ialah melalui rakaman perbualan telefon sepanjang sembilan minit empat saat di antara saya dengan salah seorang daripada dua pemimpin itu,’’ ujarnya.

Isu itu kata Amizudin, timbul selepas beliau mendedahkan penyelewengan beberapa syarikat kuari sehingga menyebabkan kerajaan negeri kerugian jutaan ringgit kerana tidak menerima bayaran royalti daripada syarikat terbabit.

Katanya, selepas membongkar kes kuari itu dalam mesyuarat penuh MPSP pada pertengahan tahun lalu, beliau telah menerima panggilan telefon daripada seseorang yang memarahinya kerana membangkitkan isu tersebut.

Tambahnya, laporan berhubung penyelewengan yang berlaku telah dihantar kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk tindakan lanjut."
- Utusan Online.

Rupa-rupanya pemimpin PKR yang baru setahun jagung memegang tampuk pemerintahan negeri Pulau Pinang sudah pandai buat lubang duit. Belum pun setahun menjadi kerajaan negeri, mereka sudah bijak mengatur langkah menggunakan kedudukan yang ada untuk membuat duit lebih. Entah apa akan jadi pada negara mahupun Pulau Pinang sendiri sekiranya mereka terus diberi peluang lebih lama menjadi kerajaan negeri.

Kalau pun kerajaan BN dikatakan kaya dengan aktiviti rasuah dan salah guna kuasa, namun sekurang-kurangnya kerajaan BN sudah memerintah lebih 50 tahun dan sudah banyak kebaikan dan pembangunan yang dilaksanakan kepada rakyat. Ini belum pun sampai setahun, sudah timbul pelbagai cerita berkenaan salah guna kuasa dan rasuah yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Belum ada lagi pembangunan dan faedah kepada rakyat yang boleh dibanggakan yang telah berjaya dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang baru. Yang gah hanyalah tentang kelemahan dan keburukan kerajaan negeri yang banyak digembar-gemburkan sekarang.

Mungkin disebabkan Pakatan Rakyat beranggapan peluang mereka untuk memerintah sebagai kerajaan negeri sudah tidak lama, maka dikesempatan yang ada ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk mengisi kantung sendiri sebelum rakyat menarik balik kuasa yang dipunyai mereka sekarang. Dimana janji-janji yang dilafaskan oleh Pakatan Rakyat terutama orang no 1 negeri , Lim Guan Eng yang kononya akan membanteras habis-habisan aktiviti rasuah di Pulau Pinang? Adakah Lim Guan Eng sudah tidak mampu mengawal ketamakan anak-anak buahnya sendiri? Inilah yang dikatakan 'Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang depa Yang Lebih'

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama