Advertisement - Contact Us

DS Anwar Ibrahim Memang Seorang Yang Sangat Cermat Dan Berhemah Dalam Bab Kewangan, CUMA...

 


Tanya aku secara peribadi berkenaan DS Anwar Ibrahim... 

Sebagai pengurus kewangan, beliau memang seorang yg cermat dan berhemah... tapi, sebagai pengurus negara, beliau bukanlah seorang bercita-cita besar, kurang berpandangan jauh, kurang yakin meletakkan visi dan kerap teragak-agak dalam nak merebut sesuatu peluang keemasan yg jarang-jarang sekali terhidang depan mata...

Dalam keadaan sekarang, mahu tidak mahu, memang negara sangat memerlukan susuk yg bercirikan DS Anwar Ibrahim untuk memimpin negara... cuma, tidak boleh terlalu panjang penggal kepimpinan beliau jika kita mahu mengangkat negara naik ke anak tangga berikutnya ..

Apapun, yg pasti, situasi sekarang, selagi mana kepimpinan negara masih berada dalam tangan DS Anwar Ibrahim, kita boleh menarik nafas lega kerana negara sedang dipacu on the right track...

Jangan sampai negara ini kembali jatuh ke tangan Muhidin dan puak Perikatan Nasional kerana jika ini berlaku, negara tidak hanya akan rosak tetapi bakal menuju kehancuran yg akan kita sesali selama-lamanya...

Pertahankan apa yg ada sekarang... what's next? Kita akan ikhtiarkan bersama kelak...


Sumber : FB Suara Melayu Baru

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama