Sabtu, 6 Jun 2015

[ANALISIS ISU] 10 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Isu 1MDB... Baca, Faham, Baru Nilai... #suaramelayubaru

10 fakta atau key point berhubung isu RM42 billion yang selama ini dituduh hilang, disalahguna, dirompak dan sebagainya telah didedahkan oleh Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Husni Hanadzlah...

Terus terang aku katakan, tidak ada perkara besar pun sebenarnya yang berlaku dalam 1MDB... 1MDB berhutang dengan tujuan untuk pelaburan dengan jumlah yang masih dalam kawalan yakni nilai aset melebihi liabiliti... ini adalah perkara biasa bagi sebuah syarikat perniagaan apatah lagi 1MDB sebuah syarikat GLC...

Kita cuma ditakut-takutkan dengan angka yang besar sedangkan kita tidak tahu fakta sebaliknya... malah bagi aku, dengan angka besar menunjukkan perkembangan ekonomi yang pesat dan kerajaan berani menghadapinya...


Masalahnya, kita telah ditipu dan dimomokkan oleh pihak tidak bertanggungjawab... pertama ditipu oleh Sarawak Post, The Edge dan puak pembangkang dengan memberi fakta menyeleweng, bukti palsu dan tuduhan berdasarkan spekulasi sahaja... kedua, selepas ditipu kita dimomokkan pula oleh orang-orang yang kononnya bijak dan pernah menjadi sanjungan rakyat...

Momokan itu membuatkan rakyat jadi takut dan hilang keyakinan kepada 1MDB dan kerajaan... 1MDB dah jadi macam 'hantu' kerana menjadi mimpi ngeri rakyat...




Sebagai rakyat Malaysia yang bijak, maka nilailah segala fakta yang dihidangkan di depan sebaik dan seadil mungkin... kenapa kita boleh terima dan telan apa juga info yang konon didedahkan oleh puak pembangkang khususnya Rafizi dan Tony Pua? Dalam masa yang sama kita tolak mentah2 apa jua penjelasan yang kerajaan berikan...

Apa jaminannya untuk katakan bahawa Rafizi dan Tony mendedahkan segala-galanya benar? Rafizi mengaku bahawa dia hanya berseloroh tentang cincin yang konon Rosmah akan beli menggunakan wang 1MDB ini... tapi sedarkah kita berapa ramai rakyat di luar sana khususnya masyarakat yang kurang didedahkan dengan media baru telah percaya dan beranggapan bahawa apa yang Rafizi selorohkan itu benar...

Itu perkara yang terang yang kita boleh nilai samada seloroh atau tidak... bagaimana pula maklumat-maklumat lain yang Rafizi beria-ia dedahkan umpama maklumat itu benar, walhal ia cuma spekulasi dan andaian yang keluar dari kepala jahat Rafizi, dan kemudiannya kita percaya bulat2...

Lagi info yang mungkin anda perlu tahu untuk memahami tentang hutang yang dihadapi 1MDB... (Klik Sini)
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE