Advertisement - Contact Us

[DUNIA] GEMPAR !!! Morsi, Qardawi Dihukum Mati... Tapi, Hakim Yang Dibunuh Dulu... @NajibRazak #Dunia #Mesir

Semalam dunia Islam dikejutkan dengan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas beberapa pemimpin Islam yg pro Ikhwanul Muslimin... ini termasuk bekas Presiden Mesir, Dr. Mohamad Morsi, Syeikhul Islam, Dr. Yusoff Al-Qardawi dan beberapa pemimpin lain yang kebanyakannya terlibat dalam krisis Mesir tempoh hari...

Morsi, presiden yang sah yang dilantik menerusi proses demokrasi yang terbaik yang pernah berlaku di Mesir selepas kerajaan terdahulu pimpinan Hosni Mubarak ditumbangkan oleh rakyat sewaktu Arab Spring memuncak... namun, selepas setahun memerintah, sekali lagi berlaku kebangkitan rakyat.. cuma kali ini ia didalangi oleh puak berkepentingan yg pro Hosni dahulu dan dibantu oleh barat di belakang..

Akibatnya, Morsi telah ditangkap oleh kerajaan baru pimpinan Al-Sisi yg juga bekas jenaral tentera dan kemudian ditahan di lokasi yang dirahsiakan...


Smb mengutuk tindakan kerajaan Mesir yang menjatuhkan hukuman mati tanpa diadakan perbicaraan yang adil... malah sehingga hukuman dijatuhkan, Qardawi yg kini berada di Qatar langsung tidak pernah hadir ke perbicaraan yang langsung diketahui akan prosedurnya...

Banyak negara juga turut mengecam tindakan kerajaan Mesir ini termasuk barat, walhal mereka sebenarnya bersekongkol dalam mewujudkan plot cerita ini...

Smb juga mendesak kerajaan Malaysia, secara bersendiri atau melalui OIC agar menyatakan pendirian secara konsisten dan tegas berkenaan isu ini... harus diingat, pemimpin yang dikenakan tindakan ini merupakan pemimpin utama dunia Islam dan mempunyai pengaruh yang besar...


Hari ini, kita sekali lagi dikejutkan dengan berita pembunuhan 2 hakim dan seorang peguam yang telah ditembak dalam tempoh 24 jam selepas hukuman dijatuhkan...


Pergolakan yang berlaku di Asia Barat sering kali menarik perhatian dunia... dengan keadaan negara yg tidak stabil memungkinkan pelbagai perkara luar jangkaan boleh berlaku...

Malah, terkini, kumpulan IS yang sedang berjuang atas nama menegakkan Daulah Islamiah dikatakan telah berjaya menawan beberapa lagi bandar di Iraq termasuk Ramadi... semoga Allah memelihara saudara seagama selagi mana mereka berpijak diatas perjuangan jihad yang dituntut oleh Allah...

Cerita gaduh dengan batang besi sewaktu Prk Permatang Pauh (Video)... (Klik Sini)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama