Advertisement - Contact Us

PRK P044 : Kesian... Yusni Kena Balun Depan Belakang... #PRKPermatangPauh #SuhaimiSabudin

Yusni Mat Piah, Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang diserang dari segenap penjuru. SMB melahirkan rasa simpati atas apa yang menimpa Yusni.

Semuanya hanya disebabkan beliau bersungguh-sungguh memperjuangkan hukum Allah yang selama ini menjadi tunjang perjuangan PAS. Prinsip beliau yang tidak rela melihat maruah Islam dipijak menyebabkan beliau terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan.

Mempertahan Presiden PAS yang telah dihina dan direndahkan martabat kedudukan di mata pimpinan PR menjadikan diri sebagai 'punch bag' untuk diserang oleh pemimpin PKR dan DAP termasuk golongan anti-ulama. Menyerang Yusni secara tidak langsung menyerang TG Hadi Awang.

 Baca sepenuhnya...
Semalam, Chegu Bard melalui entry terbarunya turut menyerang Yusni dengan pelbagai tuduhan malah turut menghina apabila membangkitkan kekalahan Yusni di DUN Sungai Aceh dalam PRU yang lepas di mana Yusni hanya mampu memperoleh sekitar 600 sahaja dan kehilangan deposit. Yusni dikatakan tidak mengambil ikhtibar kekalahan tersebut malah turut dituduh sebagai pro-Umno yang bencikan Anwar-PKR.

Tidak cukup dengan itu, Yusni turut diserang dari kalangan pimpinan PAS sendiri. Antara yang menyelar ketegasan Yusni termasuklah dari Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Suhaizan Kayat selain diugut untuk dikenakan tindakan tatatertib oleh Mat Sabu.

 Baca sepenuhnya...
Namun begitu, Yusni boleh menarik nafas lega apabila perjuangan beliau disokong oleh semua Dewan Pemuda Pas Kawasan dalam Pulau Pinang dan beberapa DPP Negeri seperti Kedah dan Terengganu. Malah Yusni juga turut disokong oleh beberapa pimpinan utama Pas pusat yang pro-ulama dan Dewan Ulama Pas.

Senario terkini yang sedang berlaku jelas memperlihatkan pergolakan yang serius yang sedang melanda Pas. Sudah wujud bibit perpecahan dan berpuak-puak di kalangan pimpinan Pas.
SMB mendoakan agar Allah memberikan kemenangan kepada kebenaran dan memudahkan perjalanan pejuang-pejuang Islam.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama