Advertisement - Contact Us

1MDB : Siapa Sebenarnya Yang Berhutang?

Hutang adalah satu istilah yang sering dipandang serong oleh banyak pihak. Biasanya orang akan memberi satu persepsi yang negatif kepada mereka yang memiliki banyak hutang. Apatah lagi jika yang berhutang itu merupakan sebuah organisasi yang besar atau sebuah negara. Kita jarang mengambil kira tujuan hutang itu diambil atau bagaimana pengurusan sesatu hutang itu diatur.
Dilaporkan hutang luar Malaysia meningkat tiga kali ganda daripada RM196 bilion pada tahun 2013 kepada RM740 billion pada tahun 2014.
Bayangkan apabila kita hanya dihidangkan dengan laporan di atas, tanpa sebarang penjelasan atau maklumat yang lengkap. Lebih malang lagi, sekalipun diberi penerangan namun ia disalahtafsir atau dimanipulasikan oleh puak berkepentingan dengan menyembunyikan fakta sebenar. Akhirnya, semua kelemahan dihala kepada pihak kerajaan. Kerajaan ‘bail-out’ 1MDB. Kerajaan beli pesawat peribadi. Kerajaan boros. Kerajaan tidak pandai urus ekonomi? Rakyat akan bayar hutang negara? Kerajaan itu dan kerajaan ini. Benarkah?
1. Apakah yang dikatakan sebagai hutang luar negara?
Ianya merujuk kepada hutang yang diambil di dalam mata wang selain daripada Ringgit Malaysia seperti Euro, USD, Yen daripada bank luar negara, kerajaan luar dan juga institusi kewangan seperti Bank Dunia dan IMF. Untuk rekod, Malaysia tidak mempunyai apa-apa pinjaman daripada Bank Dunia mahupun IMF.Hutang ini adalah hutang yang bukan sahaja diambil oleh kerajaan, bahkan hutang yang diambil oleh syarikat awam, pihak swasta, dan individu. Ini bermakna hutang luar negara bukanlah 100% hutang kerajaan.
2. Mengapakah jumlah ini naik sebanyak tiga kali ganda?
Ini kerana standard laporan kewangan antarabangsa oleh IMF dalam mentakrif ‘hutang luar negara’ telah berubah pada 2014. Jika dahulu ia hanya merujuk kepada hutang luar kerajaan, hutang syarikat awam dan hutang sektor swasta, Tetapi kini ia turut merangkumi deposit dan hutang yang diambil orang warga asing.Oleh yang demikian, definisi hutang telah diluaskan skopnya. Maka tidak hairanlah begitu banyak perkara yang dahulunya tidak dianggap hutang luar negara, tetapi sekarang digelar sebagai hutang luar negara. Pada 2013 hutang luar negara adalah RM196 billion. Sekiranya standard baru diguna pakai, jumlah tersebut akan menjadi RM696.6 billion.Oleh yang demikian, kadar kenaikan hutang luar negara Malaysia tidaklah meningkat tiga kali ganda sebaliknya hanya naik 6.9%.
3. Mengapakah kadar hutang ini naik mendadak pada tahun 2014 dan bukan tahun 2013 dan sebelumnya?
Ini kerana standard baru tersebut baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2014.
4. Berapakah peratusan hutang kerajaan, hutang syarikat awam, hutang sektor swasta dan hutang yang diambil oleh warga asing?
Daripada jumlah RM 744.7 billion, 42% adalah deposit dan hutang warga asing, 37% adalah hutang sektor swasta, 10% adalah hutang syarikat awam, 9% adalah kredit pelaburan dan jaminan dan hanya 2% hutang kerajaan pusat.Peratusan tinggi depositi dan hutang warga asing adalah berikutan permintaan yang tinggi terhadap bon/sekuriti terbitan kerajaan yang digunakan bagi projek pembangunan seperti MRT dan ETP.
5. Mengapakah terbitan bon/sekuriti tersebut perlu diambil kira?
Ia bertujuan bagi menilai liabiliti sesebuah negara. Ini termasuklah liabiliti jaminan dan liabiliti sebenar. Hutang yang diambil adalah seperti hutang 'offshore' kerajaan pusat untuk projek pembangunan ekonomi.Ini adalah hutang yang ‘real’ dan dikira sebagai liabiliti sebenar, bermaksud kerajaanlah yang merupakan berhutang. Manakala dalam contoh bon terbitan MRT misalnya, ia diberi jaminan oleh kerajaan. Ini bermaksud hutang ini adalah liabiliti jaminan. Tetapi hutang ini hanyalah bersifat di atas kertas bagi kerajaan.Begitu jugalah halnya dengan liabiliti kerajaan. Sebelum ini penilaian liabiliti sesebuah negara adalah dengan melihat liabiliti sebenar. Tetapi dalam memastikan kewangan sesebuah negara kukuh, iabiliti jaminan juga dimasukan.
6. Jadi berapakah hutang luar negara yang sebenar yang melibatkan kerajaan?
Hutang luar negara yang diambil oleh kerajaan pusat hanyalah sebanyak RM16.8 billion iaitu 2% daripada RM744.7 billion.
7. Adakah kadar hutang luar negara ini tinggi dan merisaukan?
Untuk perbandingan sama ada hutang luar negara Malaysia adalah tinggi ataupun tidak, kita boleh banding bezakan dengan negara-negara lain. Di Singapura, hutang luar negaranya adalah RM3.13 trillion. Korea Selatan pula adalah RM1.13 trillion. Indonesia, adalah RM927 billion. Kita juga boleh meneka berapa trillion agaknya hutang luar negara bagi negara seperti UK, Jepun, Germany, Perancis, Brazil, Turki dan lain-lain.
Oleh yang demikian, hutang luar negara Malaysia masih munasabah dan normal. 1MDB merupakan sebahagian dari GLC sama seperti Petronas dan syarikat-syarikat GLC lain. 1MDB telah berjaya meyakinkan kerajaan dengan kertas kerja pelaburan hingga memperolehi dana pinjaman dari luar. Hakikatnya, yang meminjam adalah 1MDB dengan jaminan kerajaan berdasarkan prospek yang dibentangkan. Mungkin berlaku salah guna dana atau kelemahan dalam pengurusan 1MDB, tapi untuk menyalahkan kerajaan sepenuhnya adalah sangat tidak adil. Sebab itu kita sangat berharap agar siasatan yang terperinci dapat dilakukan dengan kadar segera. 

Apapun 1MDB mesti bertanggungjawab di atas hutang-hutang yang telah dibuat. Ketua Audit Negara bersama PAC didesak agar menjalankan siasatan dengan telus. Kita percaya, kerajaan terutama PM pastinya ternanti-nanti hasil siasatan sekiranya benar mereka tidak bersalah untuk membersihkan semula imej yang sudah tercalar. Jadi, apa salahnya kita turut bersabar menantikan hasil siasatan dan memberi sepenuhnya kepercayaan kepada pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan untuk meneliti isu ini.

Dan, bilamana hasil siasatan diperolehi, maka, terpulanglah kepada rakyat untuk menentukan apa yang patut dilakukan demi kebaikan negara Malaysia yang kita cintai...

Sumber : WakeUp Malaya

1 Ulasan

  1. Org Melayu kena mohon maaf pada kerajaan, TH kerana melalak x tentu pasal hanya setelah mendenger fitnah. Shame on you....tapi kerugian THP yg x jadi melabur diTRX sapa nak tanggung? Rafiz? DAP? PKR? Mahfuz? atau TDM? Kenapa org Melayu x saman mereka kerana mencanang fitnah?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama