Custom Search

Khamis, April 14, 2011

MESTI BACA !!! Antara sebab kenapa RPK tiba-tiba memilih untuk 'membontot' Sang Anwar...

Bagaimana seorang yang begitu obses terhadap Anwar seperti Raja Petra secara tiba-tiba boleh beralih angin dan menghentam Anwar kembali. Apakah sebab atau faktor yang mendorong Raja Petra membelot hanya dengan sekelip mata? Adakah Raja Petra benar-benar ikhlas dan sudah sedar manusia yang seblum ini diangkat dan dilambuing tinggi sebanrnya adalah seorang penipu dan penjahanam negara?

Bagi SMB, Raja Petra juga merupakan seorang manusia yang langsung tidak boleh dipercayai. Dia merupakan contoh terbaik bagi seorang pengamal politik berkepentingan. Dia akan sokong jika sokongannya itumemberi faedah dan kebaikan terhadap dirinya. Dan pada masa yang sama dia akan membelot jika sokongan yang diberi tidak memdapat pulangan atau faedah seperti yang diharapkan.

Pada pandangan SMB terdapat beberapa faktor yang memungkinkan kenapa tiba-tiba Raja Petra tergamak membelot dari bosnya, Anwar Ibrahim. Antaranya   :
  1. Anwar Ibrahim telah gagal melunaskan janjinya terhadap Raja Petra. Gara-gara Anwar, RPK terpaksa melarikan diri dan bersembunyi di luar negara. Selama RPK bersembunyi, Anwarlah yang membiayai kehidupan RPK di luar negara. Mungkin akhir-akhir ini, Anwar gagal membiayai kehidupan RPK seperti kelaziman.
  2. RPK beranggapan bahawa karier politik Anwar berada di penghujung. Tidak ada guna utk RPK terus bergantung harap kepada Anwar. Apatah lagi ditambah dengan kemelut skandal video seks yang sedang dihadapi oleh Anwar menyebabkan peluang untuk Anwar menjadi PM semakin tipis.
  3. RPK juga melihat bahawa dana yang dimiliki oleh Anwar semakin kurang. RPK percaya lama-kelamaan tidak ada lagi peruntukan dari Anwar untuk membiayai hidupnya. Anwar pasti mengutamakan poket sendiri seblum memikirkan hidup orang lain seperti RPK.
  4. RPK perlu mencari sumber alternatif untuk membiayai hidupnya. RPK tidak lagi boleh mengharapkan Anwar. Pengamal politik berkepentingan seperti RPK hanya akan menyokong pihak yang mampu memberi keuntungan kepada dirinya.
  5. RPK mengharapkan belas ehsan dari kerajaan. Tidak hairanlah kenapa tiba-tiba RPK sedia mendedahkan maklumat tentang penipuan yang berlaku melibatkan dirinya dengan fitnah Najib tentang kes Altantunya.
  6. Dalam masa yang sama, RPK berharap agar Najib memberi peluang kepadanya untuk pulang ke Malaysia.
  7. RPK juga mengharapkan agar ada pihak terutama dari kerajaan untuk menawarkan sejumlah wang kepadanya untuk membuat pengakuan mahupun pendedahan melibatkan Anwar Ibrahim.
Bagi SMB, tidak sepatutnya kerajaan mempercayai manusia yang bernama Raja Petra. Banyak siasatan perlu dilakukan sebelum menerima atau mempercayai sebarang maklumat yang didedahkan oleh RPK. 

8 ulasan:

  1. SEMUANYA KEHENDAK ALLAH SWT.

    BalasPadam
  2. Allah membuka rahsia dan menyatakan kebenaran pada sesuatu itu samada melalui tangan hambanya yang derhaka atau melalui tangan hambanya yang taat !

    Allah boleh menyatakan sesuatu kebenaran samada melalui doa hambanya yg teraniaya atau doa mereka yang memohon petunjuk pada kemelut ..

    Allah dah tunjuk pada kita siapa benar dan siapa pembohong penipu , siapa dalang dan utk apa dia lakukan , semoga kita mengambil iktibar dari apa yg berlaku ..

    Semoga anwar mendapat taufik dan hidayah selagi nyawa dikandung jasad , semoga anwar masih mampu mendengar nasihat selagi ada waktu ,

    BalasPadam
  3. berwaspadalah semua pemimpin dan rakyat Malaysia.Terutama umat Islam Tahun 2011 penuh dengan fitnah yang tidak ada penghujungnya. Fitnah adalah lebih buruk, berat dan parah kesannya daripada membunuh. Apakah kita sanggup melihat kesannya yang akan menimpa kita semua. Apakah masa itu baru kita menyesal dan bertaubat. Apakah Allah akan menerima taubat kita sedangkan masa itu nyawa kita sudah berada dipenghujung hayat dan kita sedang nazak. Insaflah negara ibarat sebuah keretaapi. Apabila kepala Kereta api tergelincir dari landasannya maka tunggulah saat-saat kehancuran yang akan menimpa kereta api tersebut.

    BalasPadam
  4. Setuju, apabila manusia menggunakan islam sebagai alat menyesatkan lagi ummah maka dosanya sgt besar skali.

    BalasPadam
  5. Apa pun RPK (tebalikan sahaja menjadi PKR!!) yang cerdik telah mula bertindak bijak. If you cannot beat them join them!!!!
    Masalah nya masyarkat berpecah dan mempercaya apa yang hati nak percaya. Kebenaran tidak lagi penting kerana - it so confusing.

    Ezam,RPK,Nala.........sudah cabut
    Eskay dah join RTC
    يا أيها الذين آمنوا
    Melayu perlu bersatu semula mengobah آمنواUMNO menjadi آمنواAmanu (orang beriman).

    BalasPadam
  6. PENDAPAT SAYA:...
    RPK DIBAWA LARI OLEH DATO EASKAY KELUAR NEGARA MELALUI THAILAND DAN SELAMA INI DATO EASKAYLH YG MEMBIAYAI KEPERLUAN RPK.. APABILA DATO EASKAY BERPALING TADAH DARI KERPERCAYAAN KPD ANUAR, RPK MELIHAT INI AKAN MEMBERI KESAN KEPADA KEHIDUPANNYA...
    JADI SAYA SETUJU SEBELOM MEMBENARKAN RPK KEMBALI KETANAHAIR PEHAK KERAJAAN MESTI MENDAKWA RPK.. BUKANNYA MENGAMBIL KESEMPATAN DIATAS PENGAKUANNYA ITU.. RPK BOLEH DIIBARATKAN SEBAGAI ULAR.. BILA2 MASA DIA AKAN PATUK/BELIT TUAN YG PERNAH BERI DIA MAKAN... ATAUPON RPK BOLEH DIIBARATKAN JUGA SEBAGAI HANTURAYA... TUAN TAK BAGI MAKAN DIA MAKAN TUAN DIA...

    BalasPadam
  7. Salam.....harap dapat dilink blog KL BOYZ disini..
    http://klboyzwangsa.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. Tindak tanduk puak pembangkang yang kepalai DAP memang tidak boleh dipercayai..apa sahaja isu berkenaan Melayu dianggap rasis..tetapi apa juga tututan dan dakwaan bukan Melayu tidak anggap rasis bahkan sebaliknya "sah" dan wajar..inilah tanda-tanda puak-puak yang tidak sedarkan untung (sikit pun tak ingat jasa dan budi baik orang Melayu yang menerima mereka menjadi rakyat Malaysia sewaktu kemerdekaan negara...apa kata jika orang Melayu "MENUNTUT" KEMBALI STATUS negara dan orang puak pendatang ini sebagaimana keadaan sebelum kemerdekaan? Tidak wajarkah? Perlukan satu lagi TIGA BELAS MEI? Jangan buat orang Melayu hilang sabar dan pertimbangan..apabila orang Melayu "mengamuk" semuanya akan hancur..ini kena ingat baik-baik.

    BalasPadam