Khamis, 7 April 2011

Pelancaran Manifesto BN : Jangan jadikan manifesto sekadar janji manis buat rakyat Sarawak...

 "Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN".menjadi tema kepada manifesto yang dilancarkan oleh BN bagi menghadapi Pilihanraya DUN Sarawak. 9 perkara pokok telah digariskan dan ianya bakal menjadi tunjang ke arah pembangunan yang lebih mampan di Negeri Sarawak. 9 perkara tersebut antaranya adalah :

1. Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak

2. Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum

3. Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua

4. Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua 

5. Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita

6. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara

7. Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik

8. Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan

9. Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia

Pelancaran itu diumumkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud ketika menghadiri majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) di Dewan MUC, Kampung Bandung.

Apa yang menjadi harapan adalah manifesto ini tidak sekadar gula-gula atau janji manis kepada rakyat Sarawak. Yang lebih penting adalah pelaksanaannya.

-B. Harian Online-
Show Comments: OR

2 ulasan:

  1. PENGANKUTAN AWAM MANA...BN NI TAK PENAH NAIK BAS TU FASAL LUPA...PARKING DA TAK CUKUP.. JEM SANA SINI...OOOI WARTAWAN SEMENANJUNG KAMU TUMBANG KAWAN ATAU NAIK BAS MAU PERGI SENTUBUNG..ATAU MANA MANA KAMPUNG...CUBA TUNGGU BAS DI BAS STOP.. HENDAK PERGI HOPITAL PUN SIK ADA BAS...

    BalasPadam
  2. manifesto BN, akan ditunaikan. beza cumanya cepat atau lambat. Tapi pembangkang, manifesto cantik jer, tapi, buat nya langsung tak.
    amoi, laporkan perkara ini kepada adun BN kerana DS Najib kini sentiasa dengar kepada rintihan rakyat. Kalau tiada laporan, PM tak tahu sebab itu sebagai rakyat, kita perlu laporkan. tq

    mohon link dan folow blog saya. saya sudah link dan folow anda. tq.

    http://anakcucujawa.blogspot.com/

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE