Sabtu, 2 April 2011

EKSKLUSIF!!! Senarai pihak yang bakal membarisi SuruhanJaya DiRaja berhubung siasatan video seks Anwar...

Pihak polis hari ini mengesahkan bahawa video seks yang dikatakan membabitkan Ketua Pembangkang adalah tulen, bukan menggunakan teknik pertindihan. Video tersebut yang dirakam menggunakan kamera berkualiti tinggi dikatakan dengan jelas menunjukkan wajah Ketua Pembangkang tersebut.

Malah para media termasuk seorang blogger, PapaGomo yang mendakwa telah menonton video tersebut juga dengan yakin mengakui bahawa individu yang menjadi pelakon utama tidak lain dan tidak bukan adalah Ketua Pembangkang tersebut. Cuma sekarang pihak polis tidak mahu lagi menyebut nama individu yang terpampang dalam video tersebut, cuma sekadar mengesahkan ketulenan video tersebut. Sehubungan itu, timbul desakan dari pelbagai pihak termasuk NGO yang mahu agar pihak polis mendedahkan siapa sebenarnya individu di dalam video tersebut.

Siasatan video seks ini telah masuk fasa seterusnya. Namun begitu, SMB lebih berharap agar Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan dengan segera bagi menangani siasatan kes ini. Bukan untuk merendahkan kredibiliti pihak polis, memandangkan individu yang disyaki terlibat merupakan seorang yang berprofil tinggi maka sewajarnyalah siasatan ini dijalankan oleh sebuah badan khas yang tidak berkepentingan demi menjaga ketelusan dan menegakkan kebenaran.

Seperti yang telah dicadangkan oleh Rahim Thamby Chik baru-baru ini, SMB ingin mengulangi sekali lagi pihak yang dicadangkan untuk menduduki Suruhanjaya Siasatan DiRaja ini. Antaranya :
  1. Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah sendiri atau Nurul Izzah atau Rafizi Ramli atau salah seorang pemimpin tertinggi yang paling dipercayai dalam PKR.
  2. Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng atau salah seorang wakil dari DAP dikalangan pemimpin tertingginya yang paling dipercayai.
  3. Presiden PAS, Hadi Awang atau Ketua Pemuda PAS atau salah seorang wakil dari PAS dikalangan pemimpin tertingginya yang paling dipercayai.
  4. Presiden Parti KITA, Zaid Ibrahim yang memiliki pengalaman luas dalam bidang perundangan.
  5. Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin atau salah seorang dari 3 Naib Presiden UMNO atau mana-mana wakil yang layak untuk mewakili parti kerajaan.
  6. Ketua Hakim Negara.
  7. Ketua Polis Negara.
  8. Wakil dari NGO yang layak.
  9. Wakil dari para media yang layak.
  10. Pakar-pakar forensik yang layak.
  11. Pakar Analisis Jenayah dan Perundangan, Saudara Kamal Affendi.
  12. Wakil dari Pertubuhan Hak Asasi Manusia yang layak.
  13. Wakil dari badan bebas samada dalam negara mahupun luar negara yang berfungsi sebagai pemerhati perjalanan siasatan.

(Kepada sesiapa yang mempunyai cadangan pihak yang seajarnya menduduki Suruhanjaya diRaja ini, bolehlah menyuarakan cadangan tersebut di bahagian komen di bawah.)

Seluruh rakyat Malaysia pastinya sedang mengikuti perjalanan kes video seks ini memandangkan ia melibatkan seorang calon Perdana Menteri. Tegakkanlah kebenaran demi Negara Malaysia tercinta...
Show Comments: OR

5 ulasan:

  1. KAPAL SINK PALING LAYAK SEBAB DIA ORANG PERTAMA YANG BAWA VIDEO SEKS DI DEWAN RAKYAT PADA TAHUN 1989.

    BalasPadam
  2. WAKIL PAS JGN LUPA,KALAU BOLEH NIK AJIS

    BalasPadam
  3. kak jijah juga layak.

    BalasPadam
  4. semua yg disebutkan di atas tidak layak menganggotai siasatan untuk s d raja, kerana mereka itu akan berkonspirasi untuk menjatuhkan pelaku full stop

    BalasPadam
  5. jangan lupa Milo suam suam kuku dia memang layak nyah AWWWWW...AAAAWWWWW

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE