Advertisement - Contact Us

Pemimpin PAS lebih berminat menambah cawangan 'masjid' di Sempadan Siam berbanding membina masjid baru di Kelantan...

 Percayakah anda... PAS akan tetap menyalahkan kerajaan BN terutama UMNO kenapa mereka hanya mampu membina 2 buah masjid sepanjang 20 tahun memerintah Kelantan. Ini beerti PAS mengambil masa 10 tahun untuk membina 1 buah masjid.

Salah UMNO juga kenapa perkara ini boleh berlaku. Terlalu banyak masjid yang dibina oleh kerajaan pusat pimpinan UMNO BN menyebabkan PAS sudah tidak ada ruang dan tempat yang sesuai lagi untuk membina masjid di Kelantan. UMNO sepatutnya memberi keutamaan kepada PAS untuk membina masjid mereka sendiri. Mungkin sudah banyak niat untuk membina masjid yang terpaksa dibatalkan oleh Nik Aziz tatkala melihat UMNO terlebih dahulu membinanya.

KUALA KRAU 28 Feb. – Kerajaan Pas Kelantan hanya membina dua masjid sepanjang 20 tahun memerintah negeri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, kebanyakan masjid yang ada di Kelantan ketika ini dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) meskipun BN tidak memerintah negeri itu.

Kerana itu, kata beliau, rakyat tidak seharusnya melihat hanya Pas memperjuangkan agama disebabkan oleh slogan parti tersebut yang berbaur Islam seperti ‘Membangun Bersama Islam’ dan ‘Negeri Serambi Mekah’.

Katanya, umat Islam juga tidak boleh mengukur keIslaman hanya menerusi penampilan seperti berjanggut, berserban dan berjubah kerana Islam yang diperjuangkan oleh BN lebih kepada dasar dan pengisiannya.

Sebenarnya, PAS terlalu gah dengan pelbagai slogan dan cogan kata yang mana kebanyakannya bercirikan Islam. Namun realiti dan dari segi pelaksanaannya, PAS nyata telah gagal merealisasikan setiap logan yang mereka laung-laungkan. PAS tak ubah seperti sapi yang hanya mendapat nama walaupun susu dihasilkan oleh lembu. PAS dengan angkuh mendakwa kononnya pembangunan termasuk pembinaan masjid di Kelantan terhasil dari kejayaan kepimpinan PAS.
Lebih memalukan lagi, PAS tanpa rasa segan silu dan rasa bersalah sering menyalahgunakan prasarana seperti masjid yang hakikatnya telah dibina oleh kerajaan pusat untuk kepentingan politik mereka. Masjid yang dibina oleh UMNO digunakan untuk menabur fitnah, memaki hamun, mengeluarkan fatwa songsang dan banyak lagi.

“Tentu sekali BN terutama UMNO juga mahukan Islam tetapi perlu dilihat Islam yang bagaimana.

“Kita tidak mahu Islam yang dikaitkan dengan kemiskinan apatah lagi papa kedana dan lemah sehingga tiada kekuatan dari sudut keilmuan,” katanya ketika berucap pada majlis bertemu dengan penduduk Kampung Batu Sawar di Sekolah Kebangsaan Batu Sawar, Kuala Krau di sini hari ini.


Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; dan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Najib menambah, oleh kerana kekuatan Islam di negara ini juga kerajaan BN dapat menguruskan dengan lancar penghantaran pulang pelajar-pelajar dari Mesir ketika berlakunya konflik politik di negara itu baru-baru ini.

Percayakah anda, kerajaan DAP di Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng telah membina lebih banyak tokong dan rumah ibadat untuk agama mereka berbanding pembinaan masjid di Kelantan oleh PAS walaupun DAP baru 2 tahun mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang. PAS terlalu taksub menghentam orang Melayu walaupun realitinya mereka juga orang Melayu. Semua ini dilakukan semata-mata kerana mahu menunjukkan bahawa mereka bukan sebuah parti berciri perkauman. Walhal dalam masa yang sama, DAP dalam diam menjaga dengan baik kaum mereka.

Di Pulau Pinang, DAP terang-terangan membuktikan bahawa mereka mengamalkan politik berat sebelah. Orang Melayu yang beragama Islam telah dianak tirikan dan dinafikan hak. Orang Cina dijaga dengan baik. Walaupun mereka tidak pernah mengaku bahawa mereka mengamalkan politik perkauman namun dari segi cara pentadbiran jelas menunjukkan bahawa mereka hanya menjaga kebajikan kaum tertentu.

Operasi menyelamat itu, kata beliau, tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan mudah sekiranya kerajaan BN lemah dan tiada hubungan yang baik dengan negara tersebut.

Najib sekali lagi mengingatkan bahawa dalam operasi menyelamat rakyat Malaysia itu, kerajaan tidak memilih bulu sama ada mereka ahli keluarga penyokong Pas atau BN sebaliknya dilakukan atas tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan terhadap rakyatnya.

“Asalkan mereka warganegara Malaysia, kita selamatkan dan membawa mereka pulang. Tidak dapat undi pun tidak mengapa, dapat pahala pun sudah cukup,” kata beliau. - UMNO Online

Mungkin ada sebab lain kenapa PAS hanya mampu membina 2 buah masjid di Kelantan sepanjang tempoh pentadbiran selama 20 tahun. Kebanyakan pemimpin PAS terlalu sibuk membina masjid di sempadan Thailand termasuk di Golok. Bezanya, kebanyakan mereka bukan membina masjid baru tetapi menambah cawangan 'masjid' yang sedia ada.

2 Ulasan

  1. TANG PERENGGAN AKHIR TU AKU SETUJU...SEDAP PUN DAPAT...SEMUA DAPAT...

    YANG MERANA, BINI TUA SEBAB BERMADU TANPA DISEDARI...KALAU DALAM SEDAR PUN LEPAS KENA PAKSA RELA...

    BalasPadam
  2. ITU pun mereka mereka masih buta dan membutakan mata mata.Mereka akan sedar setelah mereka hanya ada satu cara meletopkan diri sendiri seperti warga Arab .Sedang berlaku mereka di perkuda semauanya oleh yahudi .Bermula dengan Mesir,Yaman,Tunisia, Libya, Algeria....teori Domino.Maka bergelak ketawa musuh musuh Islam Akibat kebodohan Umat yang bernama ISSSSSLammmmmmm

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama