Khamis, 17 Mac 2011

Liwat atau tidak : Fitrah manusia membuktikan Si Anwar sah seorang peliwat... Apa rasionalnya???

1.  Bilamana kita menuduh Dato' seri Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari, maka terkonyong-konyong lah puak PKR dan para penyokong yang tak ketahuan punca bangkit mempertahankan pemimpin 'Anugerah Tuhan' ini. Pelbagai cara digunakan oleh puak bebal ini hanya semata-mata untuk menegakkan benang yang basah. Ada yang berdemostrasi, ada yang mengeluarkan fatwa sendiri, ada yang mengaitkan dan memutar belitkan dari segi perundangan dan pelbagai cara lagi.

2.  Lebih menarik, apabila mereka menuduh pula UMNO cuba untuk mengaibkan dan menjatuhkan dengan cara menfitnah Si Anwar ini. Malah, mereka juga mendesak agar rakyat yang mahukan kebenaran agar ditangkap. Apa sebenarnya konsep keadilan yang mereka perjuangkan. Adakah keadilan untuk rakyat dan keadilan untuk insan kerdil seperti Saiful tidak termasuk dalam konsep keadilan yang mereka laung-laungkan?

3.  Perlu diingat, kes liwat yang membabitkan Anwar ini tidak timbul secara tiba-tiba atau wujud tanpa hujung pangkalnya. Liwat ini timbul setelah aduan dibuat oleh Saiful yang merupakan mangsa yang diliwat oleh Anwar. Aduan ini bukan dibuat oleh orang ketiga. Saiful mengadu bahawa dirinya sendiri telah diliwat oleh Anwar, bukan orang lain.

4.  Apatah lagi, aduan yang dibuat oleh Saiful turut disertakan bersama bukti dan laporan kesihatan yang bertauliah. Malah Saiful dengan yakin dan berani telah bersumpah laknat bahawa dirinya telah diliwat oleh insan bernama Anwar. Sumpah laknat dan akuan bersumpah adalah 2 perkara berbeza. Orang mungkin berani membuat akuan sumpah walaupun palsu, tetapi sebagai orang Islam, melafazkan sumpah laknat merupakan satu perkara yang sangat berat. Apatah lagi jika dirinya berada di pihak salah walaupun hanya sedikit percanggahan. Seseorang itu bakal berhadapan untuk dilaknat Allah di dunia dan akhirat jika sumpah yang dibuat palsu apatah lagi jika ia membabitkan pihak lain.

5.  Senarionya sekarang, laporan perubatan telah mengesahkan bahawa memang wujud aktiviti liwat terhadap Saiful samada secara sukarela atau paksa. Ini bermakna memang benar kemaluan seseorang telah dimasukkan ke dalam dubur Saiful dan telah meninggalkan cecair yakni air mani di dalam duburnya. Dalam konteks ini, Saiful telah menuduh bahawa kemaluan yang masuk ke dalam duburnya adalah milik individu bernama Anwar.

6.  Laporan perubatan juga mengesahkan bahawa cecair air mani yang tertinggal dalam dubur Saiful adalah milik individu yang dilabel sebagai 'male Y' walaupun tidak spesifik kepada Anwar. Baru-baru ini, pihak polis telah mengesahkan bahawa DNA 'male Y' sepadan dengan DNA milik Anwar. Ini berdasarkan sampel DNA yang diambil dari barangan peribadi yang pernah digunakan oleh Anwar sewaktu ditahan di lokap. Namun, Anwar berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menolak sampel DNA tersebut kerana dikatakan ia diambil secara tidak sah.

7.  Baiklah, itu mungkin hak Anwar untuk menolak sampel tersebut. Bagi seseorang yang telah dituduh melakukan kesalahan, pastinya dia akan melakukan apa sahaja dengan apa jua cara bagi membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah. Ini bertujuan untuk meletakkan diri di pihak yang benar dan untuk membersihkan nama yang telah tercemar akibat dari tuduhan tersebut. Ini akan berlaku jika diri yakin berada di pihak yang benar tidak kira siapa pun yang cuba mempersoalkannya. Orang yang tidak bersalah akan sentiasa mencari jalan untuk mempercepatkan usaha bagi membuktikan dirinya tak bersalah dan dengan yakin sedia menyerahkan diri untuk disiasat dengan apa jua cara kerana tidak mahu diri dan fikiran terus terbeban dengan perkara yang tidak pernah dilakukan.

8.  Lain halnya jika tahu bahawa pertuduhan yang dibuat terhadap diri seseorang adalah benar dan kesalahan yang dituduh memang telah dilakukan oleh individu tersebut. Menjadi fitrah manusia, apabila berada di pihak yang salah, seseorang itu akan hanya menafikan di mulut. Seseorang itu akan cuba mengelak dengan apa jua cara sekiranya ada usaha atau kaedah yang berpotensi untuk mensabitkan kesalahan. Orang yang bersalah tidak suka kesalahannya menjadi tumpuan dan dia cuba untuk mengaitkan hal lain atau orang lain yang tak berkaitan. Seseorang itu juga akan cuba melengahkan masa kerana biasanya seseorang yang sedang marah akan pudar kemarahannya lama kelamaan dan akhirnya pertuduhan yang dibuat yang selama ini menjadi priority tidak lagi menjadi keutamaan. Mangsa akan menjadi feed up dan tertuduh akan menerima kemaafan.

9.  Rasanya seluruh rakyat Malaysia boleh menilai di mana kedudukan Anwar Ibrahim. Hanya ada satu cara untuk menyelesaikan kes liwat ini iaitu melalui sampel DNA. Anwar mesti menyerahkan sampel DNA dirinya jika benar dan yakin bahawa dirinya tidak pernah meliwat Saiful. Peguam Anwar berhak untuk menyelia sepanjang siasatan bermula dari saat Anwar menyerahkan sampel DNA hinggalah keputusan rasmi dikeluarkan.

10.  Seseorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin apatah lagi seorang Perdana Menteri perlu membuktikan bahawa dirinya tidak pernah melakukan jenayah dan meletakkan diri bebas sebarang jenayah dan pertuduhan. Menjadi hak seluruh rakyat Malaysia untuk mengetahui samada pemimpin mereka terlibat dalam perlakuan jenayah atau tidak. Jadi tidak perlu menyalahkan rakyat Malaysia jika mereka bangkit hanya untuk mendapatkan kebenaran.


Show Comments: OR

1 ulasan:


  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE