Rabu, 23 Mac 2011

BERSEDIA !!! Anwar Ibrahim sedia melakukan 'Sumpah Laknat' bagi menafikan skandal seksnya... (Tidak termasuk kes liwat)

1.  Ppppeeerrrrggghhhh... syabas wahai Si Anwar Ibrahim. Dalam keadaan dirinya yang dikatakan bakal mengahadapi jalan buntu... Bbboooommmm... meletup isu pendedahan aksi seks yang dikatakan melibatkan diri Anwar sendiri dengan seorang pelacur China. Pendedahan eksklusif ini dibuat oleh seorang yang menggelar dirinya sebagai Dato' T.

2.  Susulan itu, dengan begitu yakin, Anwar bersama isteri dan para penyokongnya terus membuat laporan polis kononnya dirinya dianiaya. Anwar juga mendesak agar PM dan Menteri KDN mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini. Perlu diingat, kali ini, Anwar membuat laporan polis tanpa berlengah, berbanding dengan isu liwatnya dengan Saiful yang mana Anwar pada mulanya hanya menafi tanpa sebarang laporan polis.

3.  Lebih menarik, Dato' T yang membuat pendedahan tersebut telah menyatakan bahawa dia tidak berminat untuk membuat laporan polis berhubung skandal seks ini. Dia lebih berminat mendedahkan skandal ini kepada para wartawan, pada mulanya, dan bakal disusuli pendedahan kepada seluruh rakyat Malaysia. Timbul jua ura-ura yang mana mendedahkan bahawa Anwar bakal mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat skandal ini.

4.  Begitulah hebatnya mainan bangsawan yang diterajui Anwar bersama-barisan konco-konconya. Panggung Opera kembali dibuka. Skrip dan jalan cerita sudah ditentukan dek Anwar. Walaupun peringkat awalnya Anwar dijadikan mangsa, tapi percayalah, di penghujung jalan ceritanya, Anwar akan diangkat sebagai hero di mata rakyat mahupun dunia. Dan, watak antagonisnya, seperti biasa, PM dan pihak kerajaan.

5.  Anwar berjaya menghidupkan watak Dato' T di pemula cerita dan Carcosa Seri Negara sebagai prop. Manakala watak China Doll diperkuatkan dengan pelbagai aksi ghairah dengan dirinya selaku watak utama. Kamera-kamera tersembunyi kononnya diletakkan untuk menjadikan ianya lebih real manakala jam tangan kononnya milik Anwar yang tertinggal membantu menghidupkan skrip dramanya.

6.  Dan, Anwar menjerit... ACTION... Matlamatnya satu, mengalihkan tumpuan rakyat dari isu liwatnya dengan Saiful dan desakan bertubi-tubi terhadap dirinya agar menyerahkan DNA nya. Laporan polis yang dibuatnya bertujuan untuk menekan pihak polis agar menjalankan siasatan terhadap skandal seksnya. Memandangkan dirinya memang tidak bersalah, Anwar hanya menanti keputusan siasatan polis yang mengatakan dirinya tidak bersalah dan susulannya, Anwar akan terus menghantam kerajaan kononnya cuba mewujudkan konspirasi untuk menjatuhkan dirinya, mengharapkan simpati rakyat kononnya dia dianiya.

7.  Dan dengan ini juga, Anwar akan menggunakan alasan untuk tidak memberikan sampel DNA nya dan terus menuduh bahawa kes liwatnya juga adalah satu konspirasi dan tidak ada alasan untuk dirinya memberi DNA. Anwar akan memainkan sentimen rakyat kononnya dia dianiaya oleh kerajaan untuk menjatuhkan maruahnya dalam kedua-dua kes, liwat dan skandal seks. Lihatlah sekarang, secara tiba-tiba, isu DNA nya tenggelam manakala isu skandal seks ciptaannya menjadi topik utama. Selangkah Anwar sudah berjaya.

8.  Percayalah, tidak mustahil, malah SMB sangat yakin, Anwar dengan begitu yakin bersedia melakukan sumpah laknat untuk menafikan bahawa dirinya tidak terlibat dalam skandal seks bersama pelacur China. Dan pada ketika itu, rakyat yang sebelum ini mendesak akan DNA nya akan mula berasa simpati dan percaya bahawa wujud konspirasi yang kononnya didalangi oleh kerajaan untuk menjatuhkan dirinya.

9.  SMB mengharapkan agar kali ini seluruh rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan mainan politik Anwar. Perlu diingat, inilah style Anwar untuk spin kan sesuatu isu bagi menutup kelemahannya. Cuma kali ini, jalan ceritanya berbeza. Malah Anwar sanggup memperjudikan maruahnya untuk merealisasikan skandal seks ciptaannya.

10.  Kenapa skandal ini timbul tatkala seluruh rakyat sedang menantikan DNA nya? Kenapa kerajaan begitu bodoh mewujudkan konspirasi ini (jika benar seperti dakwaan Anwar) sekarang sedangkan jelas Anwar yang sedang ditekan dengan isu DNA nya, bukan kerajaan yang tertekan? Lihat sahaja tindakan Anwar bila mana dia berada di kedudukan tidak bersalah dimana Anwar terus membuat laporan polis, mendesak Suruhanjaya Di Raja, mendesak PM dan Menteri KDN. Bandingkan betapa telungkupnya muka Anwar bila Saiful mendedahkan kes liwatnya. Dan kenapa Dato' T tidak berminat membuat laporan polis walhal jika benar ini konspirasi kerajaan pastinya Dato' T tidak was was untuk membuat laporan memandangkan dirinya akan mendapat sokongan dari konspirasinya.

11.  Percayalah, skandal ini memang satu konspirasi tetapi bukan dari kerajaan. ia konspirasi Anwar dan konconya dalam usaha mencari jalan mendapatkan simpati rakyat, mengelakkan dirinya dari menyerahkan DNA, mencari bonus tatkala PRU semakin hampir dan lebih penting untuk melepaskan diri dari kes liwatnya dengan cara membuat tuduhan kepada kerajaan. Percayalah juga, Dato' T adalah salah seorang pencacainya yang dibayar bagi memulakan jalan cerita.

12.  Kepada pihak kerajaan, PM dan para pemimpin BN, jangan terlalu cepat menghentam dan menuduh Anwar berkaitan skandal seks ini. Anwar memang mahu semua pemimpin kerajaan menghentamnya sekarang kerana semua ini akan digunakan akhirnya bagi menuduh bahawa pihak kerajaan memang sedang berusaha menganiayainya dengan pelbagai cara. Pemimpin BN hanya perlu diam dan menyaksikan setiap lakonan ciptaan Anwar tanpa perlu mengeluarkan sebarang kenyataan apatah lagi melenting. Anwar akan lebih susah hati bila melihat pemimpin Bn hanya berdiam diri kerana dia tahu lakonannya akan gagal.

Show Comments: OR

2 ulasan:









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE