Advertisement - Contact Us

Ada Si'Mangkuk Hayun' yang sibuk menfitnah Malaysia di saat Dato' Lee sibuk menjulang nama Malaysia...

1.  Rasanya tak terlambat lagi untuk SMB mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato' Lee Chong Wei di atas kejayaan beliau menjulang kejuaraan dalam kejohanan badminton All England. Sekalung tahniah juga diucapkan kerana berjaya menewaskan musuh tradisi yang juga merupakan pemain terbaik dunia dari China, Lin Dan.

2.  Seperti yang kita sedia maklum, kejohanan All England merupakan antara kejohanan badminton yang berprestij dan menampilkan pemain terbaik dari seluruh dunia. Kejayaan Dato' Lee memang sewajarnya dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia dan ia sekaligus membuktikan bahawa Dato' Lee memang merupakan antara pemain badminton terbaik dunia dan menjadi igauan ngeri kepada sesiapa sahaja yang menjadi pencabarnya.

3.  Pengikhtirafan yang diberikan oleh PM dan isteri memang kena pada masa dan tempatnya. Dato' Lee memang wajar diberi penghargaan eksklusif atas kesungguhan dan daya usahanya hingga berjaya menjadi juara All England. Bukan satu perkara mudah untuk menjadi juara jika tidak disusuli dengan usaha keras dan semangat tinggi dan ini ada pada Dato' Lee.

4.  Dato' Lee sememangnya layak diletakkan sebagai antara ikon terbaik kepada rakyat Malaysia terutama di kalangan belia. Semangat beliau yang sentiasa mahu mengharumkan nama Malaysia dan meletakkan tanggungjawab membawa panji negara sebagai keutamaan wajar dijadikan contoh oleh semua anak muda.

5.  Sebenarnya menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia termasuk golongan belia untuk menjulang nama Malaysia di mata dunia dalam apa jua bidang. Bukan sahaja sukan malah akademik, idea, politik dan lain-lain. Namun, apa yang menyedihkan adalah wujud segelintir golongan yang sering memandang rendah dengan keupayaan negara.

6.  Memandang rendah satu hal. Lebih menyedihkan lagi apabila ada pihak yang lebih melampau hingga sanggup menfitnah, memburuk-burukkan, mencaci, mengkeji dan pelbagi jenis meng lagi kepada negara Malaysia tercinta. Golongan ini bertindak demikian setelah kecewa apabila gagal mendapat apa yang dihajati untuk kepentingan diri.

7.  Seperkara lagi, ingin SMB persoalkan, siapa pula selepas Dato' Lee Chong Wei. Pada pandangan SMB, hala tuju sukan badminton negara seperti tidak berada di landasan yang tepat. Hingga sekarang SMB belum melihat pencapaian cemerlang dari barisan pelapis negara. Adakah sukan badminton sedang mengahadapi ketandusan skuad pelapis. Siapa yang bakal meneruskan kecemerlangan selepas Dato' Lee dan 'team'nya berundur?

8.  Sedikit kritikan dari SMB adalah apabila melihat kepincangan yang berlaku dalam BAM. Apa puncanya hingga menyebabkan Misbun berundur dan Dato' Lee sendiri membayangkan untuk keluar dari BAM? Dimanakah peranan BAM untuk memacu kecemerlangan sukan badminton negara termasuk menyediakan barisan pelapis yang kuat dan bersedia pada bila-bila masa menggantikan skuad senior? Hanya BAM sahaja yang berhak menjawab persoalan ini.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama