Advertisement - Contact Us

Laporan polis berhubung kes cubaan memalsukan dokumen rasmi kerajaan...


1. Susulan dari artikel yang telah saya siarkan sebelum ini berkenaan dengan perbuatan salah guna kuasa dan cubaan memalsukan dokumen rasmi kerajaan maka satu laporan polis telah dibuat terhadap Pengerusi JKKK Pakatan Rakyat yang terlibat. Laporan polis ini telah direkodkan di dua buah balai polis iaitu di Balai Polis Butterworth dan Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Perda.

2. Kami berasa amat kecewa dengan tindakan yang diambil oleh JKKK Kawasan di Bawah pimpinan Pakatan Rakyat keran ia jelas menunjukka sikap sebenar mereka yang terlalu kemaruk untuk berkuasa dan sanggup melakukan apa sahaja semata mata untuk memenuhi sifat tamak mereka.

3. Perbuatan mereka juga telah menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan peniaga kerana ia sedikit sebanyak telah mengganggu periuk nasi para peniaga yang terlibat. Kenapa perlu mengganggu kedai-kedai yang selama ini telah ditadbir dan dijaga kebajikannya dengan baik?

4. Mereka sebenarnya tidak layak untuk mengganggu apatah lagi untuk mengambil alih pentadbiran kedai-kedai kami kerana jelas dan terbukti bahawa kedai yang terlibat adalah milik koperasi penduduk dan Tabung Pelaburan Penduduk. Kedai-kedai ini juga telah dibina dan diselenggara melalui wang milik koperasi dan Tabung Pelaburan ini, bukannya diperolehi melalui peruntukan kerajaan persekutuan mahupun negeri.

5. Jadi, tidak wajar untuk mereka merampas hak milik kedai-kedai ini kerana ia merupakan milik penduduk dan dibina hasil titik peluh penduduk setempat. Sepatutnya mereka mencari alternatif lain kalaupun ingin mencari sumber pendapatan, bukannya melalui rampasan.

6. Saya akan dedahkan isi laporan polis yang telah dibuat dan surat-surat palsu yang telah kami terima dalam artikel akan datang.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama