Advertisement - Contact Us

Gempar : JKKK Pakatan Rakyat sanggup menipu untuk mencari wang...

1. Hari ini, kira-kira jam 9.30 malam tadi, saya bersama rakan-rakan peniaga gerai yang lain telah menerima sepucuk surat yang diserahkan sendiri 'by hand' oleh Pengerusi JKKK Kawasan di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat. Surat yang bertarikh 1 Jun 2009 dan menggunakan 'letter head' JKKK Kawasan telah mengarahkan semua peniaga yang berniaga di premis milik JKKKP dan kerajaan persekutuan di kawasan ini agar membayar sewa bulanan kepada JKKK Kawasan di bawah naungan kerajaan PR yang baru bermula bulan Jun, bukan lagi kepada JKKKP seperti sebelum ini.

2. Turut dilampirkan bersama adalah kononnya surat arahan yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Daerah berhubung pengambil alihan kuasa pungutan sewa kedai ini. Apa yang menarik di sini adalah wujudnya beberapa kemusykilan tentang kesahihan su
rat ini.
  • Pertama ; Surat dari JKKK ini bertarikh 1 Jun 2009 dan telah diserahkan satu salinan atau 's.k' kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman. Kemushkilannya adalah bagaimana surat yang bertarikh 1 JUN 2009 ini telah di's.k'kan kepada TKM1 PP sedang beliau baru sahaja mengangkat sumpah ke jawatan tersebut hari ini. Ini jelas menunjukkan bahawa JKKK Kawasan cuba mempergunakan nama TKM1 PP bagi mengukuhkan tindakan mereka dan untuk menggertak para peniaga.
  • Kedua ; Lampiran kononnya dari Pejabat Daerah telah menimbulkan banyak keraguan tentang kesahihan surat tersebut. 'Letter Head' Pejabat Daerah telah di'fotostat' manakala isinya telah ditaip semula manakala tandatangan D.O juga telah difotostat dari surat terdahulu. Ini kerana wujud perbezaan ketara antara 'Letter Head' yang agak kabur dengan isi surat yang jelas. Tarikh surat tersebut dikeluarkan adalah pada 18 Disember 2008. Ini menunjukkan pihak yang cuba memalsukan surat rasmi Pejabat Daerah telah terlupa untuk menukar tarikh yang lebih relevan.
  • Ketiga ; Biasanya Pejabat Daerah akan mengeluarkan surat asal kepada setiap peniaga jika wujud sebarang arahan terbaru, bukan sehelai surat yang umum dan kemudiannya di salin dan diedar kepada pihak berkenaan. Seperkara lagi, no rujukan surat dari Pejabat Daerah ini juga telah dikosongkan. Mana mungkin surat rasmi dari agensi kerajaan yang penting tidak disertakan no. rujukan melainkan jika ada pihak yang cuba salah gunakan surat tersebut.
  • Keempat ; Surat dari Pejabat Daerah ini juga tidak menspesifikkan nama penerima atau peniaga yang terlibat. Surat ini hanya dialamatkan kepada 'Pihak yang berkenaan'. Jadi, boleh dikatakan bahawa surat ini ditujukan kepada semua peniaga dalam kawasan ini tak kira samada di premis yang disewa atau di premis milik persendirian.
3. Adalah amat menyedihkan jika benar pihak JKKK di bawah kuasa PR ini cuba menggunakan nama pihak lain demi untuk mencapai matlamat mereka. Mereka tidak berhak untuk mengambil alih mana-mana premis yang sebelum ini telah diurus tadbir dengan baik oleh kerajaan terdahulu dengan sewenang-wenangnya. Sepatutnya mereka mengkaji terlebih dahulu sebelum bertindak sesuatu.

4. Bukan semua premis ini dibina menggunakan peruntukan wang persekutuan atau wang kerajaan negeri. Ada beberapa premis telah
dibina menggunakan wang koperasi penduduk, wang hasil kemenangan pertandingan kampung terbaik, wang sumbangan individu atau agensi NGO tertentu dan beberapa sumber lain.

5. Tidak dinafikan bahawa kebanyakan premis perniagaan yang terlibat telah dibina di atas tanah milik kerajaan negeri seperti JPS dan lain-lain. Tetapi ini tidak boleh dijadikan alasan untuk mereka terus mengambil alih hak milik bangunan premis tersebut.


6. Banyak lagi jalan lain yang boleh kompromi bagi menangani masalah ini. Sebagai contoh, pemilik premis sedia membayar sewa tapak atau sewa tanah di mana premis tersebut dibina pada kadar tertentu asalkan pihak kerajaan negeri dapat membuktikan bahawa tanah tersebut memang milik kerajaan negeri.

7. Atau, jika pihak JKKK kerajaan negeri masih kepingin dan tetap inginkan premis tersebut, mereka perlu membayar sejumlah wang pampasan kepada pemilik premis sebagai ganti rugi atas pengambil alihan premis tersebut.

8. Tindakan pihak JKKK kerajaan Pakatan Rakyat jelas menunjukkan ketidak matanga
n mereka dalam mentadbir strutur masyarakat dan dalam keadaan benar-benar terdesak untuk mencari sumber kewangan sehingga mereka sanggup membelakangkan undang-undang dengan menyalahgunakan dan cuba melakukan pemalsuan ke atas dokumen rasmi agensi kerajaan. Adakah ini ciri-ciri kerajaan yang baik yang sering melaung-laungkan slogan kononnya kebajikan rakyat menjadi keutamaan? Atau adakah kerajaan perampas yang cuba merampas 'adinda dari tangan kakanda' ini mampu membela nasib rakyat dan mampu menjadi nadi pembangunan negeri?

9. Walau apa pun, pemilik premis yang telah menerima surat tersebut akan mendapatkan pengesahan dan kepastian dari Pejabat Daerah, esok. Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika wujud sebarang unsur penyelewengan, salah guna kuasa, pemalsuan dokumen atau apa juga tindakan yang telah membelakangkan undang-undang.


10. Jangan ingat semua rakyat cuak dan gentar dengan ugutan anda. Seperti juga kata Pakatan Rakyat,' Kuasa rakyat mampu menjatuhkan sebuah kerajaan'.

4 Ulasan

  1. depa semua ni penipu juga. kalau dah bapa borek, anak rinteklah. ingat semua rakyat sokong depa ka? diharap ada penyelesaian positif untuk pihak saudara dan lain-lain peniaga.

    BalasPadam
  2. Kemana kuah jika tidak tumpah ke nasi?..

    BalasPadam
  3. otak orang umno cam hangpa ni dah BEKU rasanya...hari2 dok baca Utusang Meloya, peracun minda rakyat...putar belit fakta, mainkan isu perkauman sampai TPM pun dah tegoq...apa laaa...umno dah tak relevan la woii...umno dah lama dahhhh...!!!!

    BalasPadam
  4. pemimpin ameno hangpa dulu perintah penang dgn gerakan lagi terok...bukan setakat kata kat PR penyamun, pemimpin hangpa tu lagi terokkk..PENYANGAK terossss....bodo piang tak sedaq2 lagi kaaa...?????

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama