Advertisement - Contact Us

Sudah lama Nizar muntah darah jika benar Zambry main bomoh...


Kenapa begitu terdesak wahai Pakatan Rakyat Perak??? Sampai sanggup menfitnah dan menuduh yang bukan-bukan. Tidakkah dosa menfitnah itu lebih besar dari membunuh??? Tindakan Wakil Rakyat ADUN Titi Serong yang telah membuat kenyataan media berunsur fitnah apabila menuduh konoonnya Menteri Besar Perak baru dari BN telah menggunakan khidmat bomoh untuk menjampi Kerusi Speaker di dalam Dewan Undangan Negeri merupakan satu tindakan yang berniat jahat dan tidak boleh diterima oleh akal rasional.

Tindakan MB Perak yang telah membuat laporan polis berhubung tuduhan tersebut merupakan satu tindakan yang tepat demi mempertahankan maruah MB sendiri, kerajaan BN dan umat Islam keseluruhannya. Adalah tidak wajar untuk kita selaku umat Islam mempercayai dan taksub kepada perkara-perkara berunsur tahyul ini. Apatah lagi kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang pemimpin bertaraf Yang Berhormat serta mempunyai latar belakang keagamaan. Sepatutnya beliau memberi contoh teladan yang baik dan berhemah tidak kira dalam soal moral mahupun politik kepada orang bawahan yang dipimpinnya.

Terbaru, menurut blog yang ditulisnya kononnya beliau bersedia memberi keterangan kepada polis bagi mempertahankan tuduhannya. Yang amat dikesali adalah bukti kononnya MB Perak membawa masuk bomoh ke dalam DUN hanyalah bersandarkan kepada cakap pihak ketiga yang disampaikan kepadanya. Tidakkah beliau terfikir untuk mengkaji atau menyiasat terlebih dahulu cakap orang yang disampaikannya sebelum beliau membuat kenyataan secara rasmi berkenanaan perkara tersebut. Tidakkah beliau terfikir mungkin pihak yang membawa cerita itu hanya bergurau atau sekadar membuat spekulasi dan cerita-cerita kosong di kedai kopi??? Sebagai seorang pemimpin yang sepatutnya mempunyai ilmu saharusnya beliau lebih teliti sebelum membuat apa-apa kenyataan bagi mengelakkan kenyataan tersebut bakal memakan diri sendiri.

Seperkara lagi, tindakan beliau yang turut mengheret institusi mufti berhubung isu ini merupakan satu tindakan yang amat menghina dan tidak boleh dimaafkan. Pihak yang bertanggungjawab digesa agar mengambil serius berhubung perkara ini kerana ia amat memalukan dan merupakan satu penghinaan kepada umat Islam. Tindakan tegas perlu diambil bagi mengelakkan perkara sama dari berulang dan sebagai satu pengajaran kepada semua pihak agar lebih bertanggungjawab sebelum bersedia mendedahkan sesuatu isu.

2 Ulasan

  1. Nizar tak boleh dibomohkan sebab dia makan BABI

    BalasPadam
  2. Dia bukan saja makan babi tapi bersekedudukan dengan bukan muhrim..sebab tu puak-puak PAS menghalalkan bersekedudukan ni....Mimpi lain-lain...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama