Advertisement - Contact Us

PR Pulau Pinang Mula Jadi Penyamun...


Sudah 8 bulan berlalu jika dihitung dari tarikh pilihanraya Umum ke-12. Dan pada tempoh itu jugalah sudah 8 bulan Pulau Pinang ditadbir dan diperintah oleh kerajaan negeri yang baru yakni dari gugusan Pakatan Rakyat dikepalai oleh DAP. Dan dalam tempoh 8 bulan juga lah mantan kerajaan negeri yang lepas yakn dibawah pentadbiran BN dalam sekelip mata menjadi barisan pembangkang di Pulau Pinang.

Pada peringkat awal pemerintahan PR, segala-galanya nampak begitu indah. Pelbagai sumbangan dan faedah telah diberikan oleh kerajaan negeri kepada rakyat Pulau Pinang kononnya demi kebaikan dan manfaat penduduk Pulau Pinang. Bermula dengan pemberian beras dan sedikit saguhati yakni berjumlah RM50 telah dihamburkan dan disumbat ke dalam mulut penduduk Pulau Pinang yang digambarkan sebagai miskin walhal mereka yang menerima bantuan itu hadir dengan berkereta BMW demi kononnya untuk menunjukkan bahawa kerajaan negeri dibawah pimpinan PR adalah sebuah kerajaan yang prihatin.


Kemudian kerajaan negeri telah mengurangkan jumlah pembayaran dengan mengeluarkan peruntukan melalui bil Bekalan Air negeri. Maka ramailah penduduk Pulau Pinang yang bertukar menjadi pelahap sambil membawa borang permohonan PBA mereka bagi mendapatkan kadar pengurangan bil tersebut. Sehingga ada yang datang memohon tandatangan pengesahan kepada Ketua Cawangan UMNO yang tidak ada kena mengena dengan prihatinnya kerajaan PR.

Namun itu semua hanyalah pada peringkat pemulaan di kala duit kerajaan negeri yang berjaya dihimpun oleh kerajaan negeri terdahulu masih banyak dan mewah. Padahal wang tesebut sepatutnya digunakan atau diperuntukkan untuk perkara lain yang melibatkan pembangunan rakyat dan negeri serta untuk kemudahan infrastuktur rakyat yang lebih bersifat jangka panjang. Namun disebabkan kerajaan negeri yang baru inginkan publisiti dan glamour yang mengalahkan artis maka kerajaan PR telah membelanjakan wang tersebut hanya untuk membeli beras dan jelas ianya hanyalah bermatlamat singkat.

Kini segala-galanya hanyalah indah khabar dari rupa. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Kini, hakikat yang terpaksa diterima oleh kerajaan negeri Pulau Pinang ialah mereka sudah mulai ketandusan kewangan untuk melaksanakan perkara yang lebih berfaedah. Yang pasti, sekiranya kerajaan negeri Pulau Pinang bercita-cita untuk mengharapkan peruntukan pembangunan dari kerajaan pusat maka itu adalah satu tindakan yang paling bodoh dan bebal. Jika kerajaan pusat bermurah hati hendak menyalurkan peruntukan kepada Pulau Pinang sudah pasti saluran itu bukanlah melalui kerajaan PR.

Akibat dari tindakan kerajaan negeri yang tidak berfikir panjang dan hanya mengharapkan publisiti dari rakyat kini sudah timbul satu lagi masalah apabila Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kini diambang muflis. Sewaktu MPSP ditadbir oleh kerajaan BN, PBT ini berjaya mengumpulkan RM225 juta dan ianya telah dikecapi oleh rakyat di pelbagai peringkat. Namun setelah 8 bulan kerajaan PR mengambil alih Pulau Pinang, wang defisit yang dimiliki MPSP menjunamkan dan hanya tinggal RM6.5 juta sahaja. Akibatnya banyak pembangunan yang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui MPSP telah tergendala dan terpaksa mengharapkan belas ikhsan kerajaan persekutuan.

Dan akhir-akhir ini, mungkin akibat kekurangan sumber kewangan maka kerajaan PR mula menunjukkan belang mereka dengan sanggup membelakangkan kepantingan dan kebajikan rakyat. Melalui JKKK baru yang dilantik kerajaan PR, mereka cuba menunjuk samseng dan berlagak umpama penyamun untuk mengambil alih pelbagai kemudahan dan infrastuktur yang sedia ada termasuk di kawasan yang dimenangi BN. JKKK baru ini cuba merampas dan mengambil alih dewan-dewan orang ramai termasuk dewan UMNO dengan cara kekerasan. Sedangkan dewan-dewan tersebut hakikatnya telah dibina oleh kerajaan BN sewaktu era pemerintahan mereka.

Selain itu, tapak-tapak pasar malam juga cuba diambil alih dan bakal dinaikkan sewa niaganya dibawah pengurusan PR yang baru. Gerai-gerai dan bengkel-bengkel yang jelas dan nyata dibina oleh kerajaan BN juga cuba dirampas oleh segerombolan penyamun dan lanun-lanun yang baru memegang kuasa ini. Ini menunjukkan mereka mula menabur pasir ka dalam periuk nasi peniaga yang sedia ada.

Mereka umpama sudah menolak dasar demokrasi atau rundingan dan hanya kepingin untuk menunjuk kuasa dan belang mereka sahaja. Prasarana-prasarana yang cuba dirampas oleh mereka ini hakikatnya adalah untuk kegunaan semua penduduk di kawasan tersebut untuk menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuk kenduri kahwin. dan adalah satu tindakan yang kejam jika mereka menguasai prasarana tersebut sedangkan itu bukannya hak mereka malah pemilik asal atau pemegang kunci dan pengurus kemudahan tersebut walaupun rata-rata dari kalangan BN sudah bersedia untuk membayar sewa tapak sekiranya terbukti dewan, gerai tapak pasar malam atau semua prsarana yang dibina adalah diatas tanah milik kerajaan negeri.

Kesimpulannya, tahniah kepada penduduk negeri Pulau Pinang yang tidak tahu bersyukur, tamak, dan mudah terpedaya dan tertipu dengan pelbagai tipu daya pihak PR. Kini kesusahan dan kesempitan bakal dirasai oleh rata-rata penduduk Pulau Pinang melainkan mereka yang dari kalangan penyamun dan penyangak PR...

1 Ulasan

  1. ish..ish..ish
    mengapa penang bertukar kerajaan?
    sekiranya bN & sewaktu dgnnya benar2 kerajaan yg dpercayai..sudah tentu bN & 'sebengkok' dgnnya masih kekal dlm pemerintahn kerajaan penang.
    jd terbukti bhw..bN & 'sepapan' dgnnye memerintah penang secara zalim..merampas..mencabul..dn lain2.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama