Advertisement - Contact Us

YAB DS Anwar Ibrahim Tak Sepatutnya Benarkan Lawan Bermain Persepsi Negatif Dengan Sengaja Melengah-Lengahkan Perkara Yang Patut Disegerakan...

 


KALAU TIDAK KERANA ANGIN, MASAKAN POKOK AKAN BERGOYANG...

Timbul khabar angin yg mendedahkan konon wujud perjumpaan sulit yg didalangi oleh Tun Mahathir melalui proksi kesayangannya, Tun Daim bersama dgn beberapa pemimpin dari Perikatan Nasional... Agenda yg dibincangkan, seperti biasa, mencari jalan bagaimana nk menumbangkan kerajaan perpaduan pimpinan YAB DS Anwar Ibrahim ini seberapa segera yg boleh...

Menariknya kali ini, perjumpaan sulit ini berlaku di luar pengetahuan Muhyiddin Yassin... ada pihak dari PPBM yg terlibat, serta dgn wakil dari PAS turut hadir sama... biasanya apabila ada percaturan2 tertentu yg cuba diatur, terutama apabila ia melibatkan Tun Daim, bermakna ini bukan perkara main2... sejak dulu lagi, Tun Daim mmg dikenali sbg pakar strategi bagi Madey, dan kebanyakan percaturannya akan benar berlaku... tinggal lagi sejauh mana percaturan figura yg sgt low profile akan berjaya, atau setidak tidaknya ia bakal meninggalkan kesan yg besar sekalipun jika ia tidak mencapai objektif...

Nak tumbangkan kjaan perpaduan ini bermakna mereka memerlukan satu gelombang peralihan sokongan yg besar dari pihak kjaan kepada pihak yg ingin diangkat menjadi kjaan... untuk menarik satu gelombang peralihan sokongan berskala besar memerlukan satu strategi yg baru, di luar kotak... mengekalkan strategi lama iaitu dgn menawarkan Muhyiddin Yassin sebagai calon PM sebenarnya sudah tidak lagi signifikan disebabkan pelbagai faktor... malah utk menamakan calon bakal PM dari kalangan UMNO BN, spt Ismail Sabri ataupun Hishamuddin Tun Hussein juga belum cukup untuk meruntuhkan kjaan perpaduan...

Hanya dgn menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada salah seorang wakil yg datang dari blok Sarawak atau Sabah sahaja yg dilihat berupaya menggugat kesepaduan kjaan ini... itupun ia memerlukan beberapa lagi langkah susulan yg mereka perlu mulakan sebagai langkah awal yg akan spark atau jadi pencetus kpd gerakan ini... tujuannya adalah utk mewujudkan satu keadaan seolah olah sedang berlaku gelombang kebangkitan rakyat yg mana naratif ini akan mereka gunakan bg menggambarkan seolah olah rakyat berada bersama mereka...

Apa langkah spark yg aku maksudkan? Seandainya kumpulan ini berjaya meyakinkan dan mempengaruhi sekelompok ahli parlimen dari UMNO BN untuk melepaskan kerusi parlimen yg disandang skang ini bagi memberi laluan kpd Pilihanraya kecil diadakan... target mereka antara 10 ke 15 kerusi parlimen BN... berdasarkan maklumat yg kita dapat, sudah berlaku sebenarnya pindaan terhadap Akta Anti Lompat Parti yg mana undang2 sudah membenarkan mana2 ahli parlimen yg mengosongkan kerusinya itu, kemudiannya boleh untuk dicalonkan semula mewakili mana2 parti lain dlm PRK yg akan diadakan... yg penting, kena kosongkan dulu kerusi, kemudian baru lompat parti jika mahu menjadi calon semula mewakili parti yg baru... yg dilarang adalah apabila memilih untuk lompat parti dulu, yg mana ini akan menyebabkan kerusi parlimen tersebut akan dikosongkan secara automatik...

Menggunakan modal pengosongan kerusi ini, ditambah dgn desas desus kemungkinan PM yg baru akan diangkat dari kalangan MP Sarawak atau Sabah, semua naratif ini akan digunakan untuk memancing dan memujuk lebih ramai lagi MP yg ada dlm kjaan, termasuk dari PH agar segera ikut serta mengambil tindakan yg sama spt yg dilakukan oleh 10-15 MP BN tadi, supaya mereka tidak ketinggalan selepas berlakunya peralihan kjaan kelak...

Mungkin apabila hal ini berlaku, PRK terpaksa diadakan, kjaan yg memerintah masih lagi kjaan DS Anwar... tp percayalah sementara nk menanti hari berlangsungnya PRK, kita bakal berada dlm keadaan politik yg tersangat tidak stabil, terancam, walaupun DS Anwar masih lagi PM... isu sensitif, agama, perkauman akan sekali lagi dimainkan dan ia akan berlaku secara maksima sehingga hari PRK...

Keputusan PRK tersebut dijangka bakal menentukan jatuh bangun kjaan perpaduan ini... sekiranya mereka berjaya menang 80% atau lebih jumlah kerusi yg dipertandingkan dlm PRK tersebut, maka, besar kemungkinan, agenda awal mereka bersama dgn wakil Sarawak dan Sabah itu akan mula mereka realisasikan... Sarawak dan Sabah dijangka akan bergerak secara enblog dan tidak terikat dgn Akta Anti Lompat Parti, dan mereka hanya menunggu peluang, melihat siapa yg mampu tawarkan sesuatu yg paling memberi manfaat kpd mereka serta setiap keputusan yg mereka akan buat ia mesti dlm keadaan yg paling berbaloi untuk mereka...

Jadi, bagaimana halnya dgn kjaan perpaduan ini? Bagaimana dgn DS Anwar Ibrahim?

Aku bukanlah di kalangan mereka yg menyokong utk jatuhkn kjaan perpaduan ini... sbg ahli UMNO, aku bersama dgn pimpinan utama parti ini dan mendokong kuat kjaan perpaduan ini...

Cuma skang ini, semuanya berbalik kpd sejauh mana kebersediaan DS Anwar dan kjaannya dlm nk berdepan sebarang kebarangkalian yg boleh berlaku di hadapan... mmg ada beberapa kelemahan dari DS Anwar Ibrahim ini, dan ia mesti ditangani dgn seberapa segera...

Hentikan politik mengejar populis... kalangan penyokong DS Anwar juga mesti hentikan sikap yg suka mengampu secara keterlaluan... DS Anwar mesti lebih berani menyatakan pendirian apabila timbul sesatu isu... jgn lagi suka memilih untuk berdiam diri, divertion isu... tak semua nasihat org di sekeliling boleh dipercayai dan boleh digunapakai...

Ada pendirian yg dilihat seperti boleh memberi imej negatif kpd kepimpinan DS Anwar, tetapi sebenarnya ia boleh menjadi pemangkin hingga mencetuskan aura kekuatan yg baru kpd kjaan DS Anwar... 


Yg pasti, kunci kekuatan yg mampu menghalang sebarang usaha anasir luar yg mahu tumbangkan kjaan DS Anwar sudah berada dlm tangan DS Anwar Ibrahim sendiri... DS Anwar hanya perlu menerima 1 hakikat penting, iaitu, tongkat kekuatan kjaan mungkin berada dlm tangan DS Anwar, tetapi yg memegang tongkat kekuatan sebenar kalangan org Melayu, yg mampu menyatukan semula ketumbukan org Melayu, yg mampu mengawal arah gelombang kesepaduan org melayu sebenarnya berada dlm tangan susuk tubuh yg hari ini sedang berada di sebalik tirai besi di Penjara Kajang...

Orang Melayu terkilan dan kecewa, maka mereka memilih untuk lebih banyak berdiam diri dan hanya biarkan politik ini dihayun bergerak mengikut arah angin...

Tapi apabila org melayu mula rasa marah, putus harap dan sedang mencari punch bag utk melepaskan amarah, tiba2 muncul mereka yg bijak membaca pemikiran org melayu, org spt Madey dan Tun Daim yg tahu sangat bila masa yg tepat utk mereka ambil kesempatan memperalatkan kemarahan org melayu... Daim hidangkan DS Anwar, kjaan perpaduan untuk menjadi punch bag kpd org melayu...

Apabila hal ini berlaku, aku minta maaf byk2... aku dah cuba sampaikan... tapi siapalah aku... insan kerdil yg pemimpinnya sudah disumbat di penjara...


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=732670205534319&id=100063740372763&mibextid=Nif5oz

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama