Advertisement - Contact Us

Jangan Sampai Menteri-Menteri Kabinet Dari UMNO BN Dilabel Sebagai Boneka Atau Keldai Suruhan Perdana Menteri PPBM...

ADAKAH AHLI2 PARLIMEN UMNO BN YANG BERADA DALAM KABINET TS MUHYIDDIN YASSIN MEMANG MEMBAWA SUARA MEWAKILI PARTI UMNO BN???



Ketika diwawancara dalam satu program Soal Jawab bersama Saudara Shahril Hamdan, Ketua Penerangan UMNO merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, TS Annuar Musa yg hari ini merupakan Menteri Wilayah Persekutuan di dalam barisan kabinet TS Muhyiddin Yassin, dan juga masih lagi memegang jawatan sebagai Setiausaha Agong Barisan Nasional (BN), tetap bertegas akan terus berpegang dgn prinsip 'Collective responsible' untuk mempertahankan Bajet 2021 dan mahu memastikn ia diluluskan apabila proses undian di parlimen berlangsung... menurut Annuar Musa, pendirian ini utuh dipegang sejak dulu lagi, yakni setiap anggota kabinet mesti bertanggungjawab dan berpegang kuat dgn setiap 'yang telah diputuskan dalam mesyuarat ahli kabinet', tidak boleh berdolak dalih dgn menyatakan persetujuan dalam mesyuarat tetapi menyerang semula keputusan tersebut secara terbuka sebaik keluar dari bilik mesyuarat... menurutnya lagi, pendirian yg sama ini turut dikongsi bersama dgn menteri2 kabinet dlm PN yg lain...


Sebenarnya, tidak ada sesiapa pun yg mempersoal tentang pendirian ini, cuma, mungkin tanpa TS Annuar Musa sedari, kenyataan yg dibuat ini sebenarnya telah membuka 1 lagi pekung kelemahan yang sedang berlaku didalam krajaan Perikatan Nasional...

2 persoalan yg berbangkit apabila dianalisis kenyataan TS Annuar Musa ini adalah :

1. Samada perihal dan isi kandungan Bajet 2021 ini memang telah dibincangkan oleh semua anggota kabinet yg diketahui umum, diwakili oleh pelbagai parti politik, dan bukannya di'BULLDOZE' oleh pihak berkepentingan dgn langsung tidak diperhalusi terlebih dahulu oleh kabinet, sehinggakan boleh timbul seorang menteri yg secara tiba2 mengaku bahawa beliau sendiri TIDAK TAHU wujudnya peruntukan  RM85 juta kpd JASA, sedangkan agensi tersebut berada di bawah kementeriannya, atau...

2. Barisan kabinet dalam kjaan PN itu sendiri yg tidak cakna dan tidak peka kerana masing2 hanya mementingkan apa yg dia dapat dalam bajet kali ini, bukan mempedulikan apa yg rakyat dapat ketika mana isi kandungan Bajet 2021 ini diperbincangkan oleh barisan kabinet pada peringkat awal sebelum ia dibentang dalam Dewan Rakyat...
 

Walaupun mungkin pendirian TS Annuar Musa itu nampak seperti 'GARANG', malangnya, ia juga secara tak langsung dengan jelas telah menzahirkan 1 perkara, bahawa menteri2 kabinet yg ada, khususnya yg datang dari UMNO BN, termasuklah TS Annuar Musa, mereka telah GAGAL memastikan 2 perkara pokok yg menjadi syarat seperti yg diumumkan oleh DS Najib dan disokong oleh semua MP2 BNBBC itu dari dimasukkan dalam Bajet 2021 sebelum ia dibentangkan oleh Menteri Kewangan tempohari...

2 syarat yg dimaksudkan,

1. Pemberian moritorium secara automatik untuk tempoh 6 bulan hingga Jun 2021,

2. Membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan simpanan mereka dari Akaun 1 maksimum RM10k secara one shot

kedua2 syarat ini bukan baru muncul tiba2..  ia dgn jelas telahpun disuarakan oleh DS Najib sejak sebelum parlimen mula bersidang lagi... malah, Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid juga sudahpun mengeluarkan surat mewakili Barisan Nasional untuk menyatakan ucapan penghargaan kpd kjaan Muhyiddin kerana bersedia menerima dan melaksana kedua-dua permintaan tersebut, malah DS Zahid yg mewakili BN sudahpun memberi jaminan akan menyokong Bajet 2021 ketika itu.. 


Hakikatnya, pada ketika ini, 2 perkara tersebut BELUM lagi diklasifikasikan sebagai 'syarat' oleh UMNO dan BN... ia masih lagi merupakan permintaan atau cadangan yg boleh dilaksana oleh kjaan... harus diingat bahawa cara DS Najib berbeza dengan org lain, termasuklah ketika nak mengemukakan sebarang bentuk pandangan... beliau akan pastikan cadangan yg ingin disuarakan mestilah sudah dilakukan kajian dan kira2 yg menyeluruh berdasarkan fakta yg ada pada beliau serta pengalaman luas beliau yg pernah menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sebelum ini... tak mungkin DS Najib akan suarakan sesatu cadangan jika beliau sendiri tidak yakin kjaan berkemampuan untuk melaksanakannya, dan itulah DS Najib...

Sebab itu, berdasarkan perkara ini, bukankah sepatutnya menjadi tanggungjawab menteri2 kabinet yg datang dari UMNO BN, termasuk TS Annuar Musa perlu memberikan keutamaan kepada 2 permintaan yg datang dari UMNO BN ini, khususnya ketika ia masih dlm peringkat perbincangan (jika benar wujud proses perbincangan dalam kabinet) lagi sebelum ia dibentangkan... Dan, atas faktor 'Collective Responsible' juga, bukankah menjadi tanggungjawab TS Annuar Musa dan menteri2 kabinet dari UMNO BN ini untuk pastikan kedua-dua permintaan ini, yg jelas merupakan permintaan yang MEWAKILI PARTI UMNO BN, mesti dimasukkan dalam isi Bajet 2021 dan mesti diumumkan oleh Menteri Kewangan ketika pembentangan tanpa ada pindaan2...
 

Sudah tentu lah ia mengejutkan dan mengecewakan semua pihak bilamana perkara yg dibentang tidak seperti yg diharapkan... apa fungsi menteri2 dari UMNO BN ini didalam kjaan PN, jika 2 perkara mudah yg datang mewakili UMNO BN ni pun mereka gagal perjuangkan... dan bilamana hal ini berlaku, barulah 2 perkara yg asalnya hanyalah berbentuk permintaan telah bertukar menjadi SYARAT seperti yg diumumkan oleh DS Najib ketika menyampaikan perbahasan bajet...

Persoalannya sekarang, walaupun berat rasanya nak diungkapkan namun demi kebaikan parti UMNO dan BN, wajar untuk seluruh ahli tahu, yakni, adakah mmg dari awal lg menteri2 dari UMNO BN ini termasuk Annuar Musa sudah merancang untuk pastika kedua-dua syarat ini tidak akan dimasukkan dalam Bajet 2021 dan tidak akan dilaksanakan? Adakah hanya kerana ia datang dari DS Najib maka ia mesti dikesampingkan?


Dalam keadaan rakyat semakin marah kpd PN, tiba2 Annuar Musa, yg masih mengaku konon 'pejuang yg berprinsip dari UMNO' mahu bercakap tentang collective responsibility...

Cukup lah PN ini semakin ditolak dan dibenci oleh rakyat, kenapa TS Annuar Musa masih mahu mengheret sama UMNO BN untuk sama2 terjun ke dalam lubang taik yg Muhyiddin, Hamzah, Azmin dan PPBM dah tolong galikan...

AriffSMB

 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama