Advertisement - Contact Us

KJ Pun Sebenarnya Menumpang Kekuatan Di Bahagian Yang Dipimpin Tok Mat Hassan, Lagi Nak Sembang Pucuk Atap...


Dah lama dah Tok Mat Hassan bagi muka bertanding kat situ, tapi, memandangkan makin hari makin lajak sudu dari kuah, sebab tu lah kot Timbalan Presiden UMNO ini terpaksa umum benda yg sepatutnya dianggap sensitif spt ini, secara terbuka... nak diikutkan, Tok Mat Hassan tak perlu pun bagi tau awai, atau Tok Mat boleh bisikkan je kat telinga KJ supaya bersedia utk kembalikan kerusi Rembau ini, atau, at least boleh saja tunggu hingga time nak namakan calon, maka sekali umum je dgn senarai calon2 yg lain termasuk kawasan yg akan KJ tandingi... tapi, kenapa skang jugak???

Mungkin sebab Tok Mat Hassan cuma nak ingatkan bahawa dia masih lagi Ketua UMNO Bahagian Rembau, manakala KJ masih sebagai timbalan... sudah la ari tu, Ketua Bahagian hanya bertanding Timb. Presiden, sedangkan Timb. Ketua Bahagian mencabar kerusi Presiden... ditambah pula melihat kpd sikap KJ akhir2 ini yg semakin ketara kesombongannya, cuba mencatur politik yg bertentangan dgn arus kepimpinan parti, menunjukkan sikap tamak dgn cara nak meletakkan tembok penghalang kpd sesiapa sahaja yg dilihat berpotensi menjadi ancaman kpd kemaraan karier politiknya...

 

Cara KJ berpolitik tidak akan dapat menarik semula sokongan masyarakat khususnya org Melayu kpd UMNO... ia hanya akan mengembalikan UMNO dalam dunia yg penuh eksklusif, hanya utk kumpulan tertentu, hanya untuk golongan terpilih...
KJ tidak mengembleng kekuatan yang UMNO ada, tetapi KJ lebih kpd sedang berusaha mencantas dahan2 yg ada pada pohon UMNO...

Sebab itu, bg aku, apa yg sedang Tok Mat Hassan lakukan ini adalah sebagai satu peringatan kpd KJ khususnya, supaya jangan terlalu sombong dan angkuh...

Sebagai seorang yg sudah lama dalam politik, pernah memegang teraju selama 2 penggal dalam Pemuda UMNO, pernah memimpin KBS dan terkini MOSTI, yg dijaja kononnya mempunyai sokongan yg kuat di peringkat akar umbi khususnya dari kalangan barisan pemuda ketika zaman dia menjadi Ketua Pemuda UMNO Msia sebelum ini, menawarkan diri untuk bertanding di Parlimen Tampin bukanlah satu pilihan yang tepat...

 

Tempat yg paling sesuai untuk KJ, yg boleh membantu melonjakkan populariti politiknya, adalah kawasan2 parlimen di bandar2 atau pinggiran bandar... contoh, Parlimen Lembah Pantai, Parlimen Wangsa Maju, Parlimen Bandar Tun Razak, atau, kalau nak di Negeri Sembilan juga, apa kata kalau KJ menjadi calon dan merampas kembali kerusi Parlimen Port Dickson...

Baru jantan...
Baru maskulin...


#AriffSMB

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama