ADAKAH AKTIVITI 'FREEMASON' DIBIAYAI MENGGUNAKAN WANG KJAAN NEGERI P. PINANG DI BAWAH PERUNTUKAN PORTFOLIO HAL EHWAL BUKAN ISLAM???
SIRI 1
Seorang yg berkedudukan sebagai Ketua Menteri memegang portfolio Hal Ehwal Bukan Islam... manakala ADUN biasa bertaraf EXCO memegang portfolio Hal Ehwal Agama...
1. Bukankah portfolio HalEhwal Bukan Islam sepatutnya disekalikan dlm portfolio Hal Ehwal Agama, memandangkan berdasarkan tajuk portfolio, ianya bukan dikhususkan kpd agama Islam sahaja... kenapa perlu diasingakan?
2. Kenapa Ketua Menteri sendiri yg mempengerusikan portfolio ini? Sedangkan hanya ADUN bertaraf EXCO bg portfolio satu lagi yg kelihatan lebih fokus kpd agama Islam...
4. Jika ada bajet peruntukannya (wujud portfolio sepatutnya wujud juga bajet untuknya) mohon pihak kjaan negeri mengumumkannya secara terperinci...
Ada beberapa perkara yg akan aku bangkitkan berkaitan hal ini, khususnya berkenaan beberapa isu panas yg berlaku di P. Pinang akhir2 ini...
SIRI 2
Aku telah dedahkan peranan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri P. Pinang, yg juga turut memegang portfolio hal ehwal bukan Islam... seorang yg berjawatan no 1 dalam kjaan negeri seolah-olah memberi kuasa penuh kepadanya untuk membuat keputusan2 penting, khususnya perkara2 berkaitan portfolio yg berada di bawahnya...
Yg menjadi persoalan, jika dana2 peruntukan ini disalurkan ke majlis2, aktiviti2 yg bercirikan keagamaan yg mana kewujudan di Malaysia masih dipertikai, di samping memberi pengaruh negatif dlm konteks kerohanian rakyat...
Benarkah Lim Guan Eng telah menyalurkan sejumlah wang (RM40,000.00) untuk membiayai program International Scottish Masonic Conference 2016 yg telah berlangsung di Bayview Hotel, Batu Feringghi, P. Pinang? Adakah wang yg disalurkan datangnya dari dana peruntukan milik kjaan negeri P. Pinang?
Program yg bermula dari 25 Februari 2016 hingga 28 Februari 2016 dikelolakan oleh District Grand Lodge of the Middle East, sebuah badan yg dipercayai mempunyai pengaruh 'freemason', yang mana ianya jelas bertentangan dengan kebiasaan dan fahaman rakyat P. Pinang... kenapa kjaan negeri pimpinan LGE begitu bersungguh-sungguh mahu membantu dan menyokong badan dari luar ini? Adakah wujud agenda tersembunyi tertentu?
Sememangnya, sebagai seorang rakyat P. Pinang, kami berhak untuk mengetahui setiap apa yg berlaku di Pulau Pinang...
By Mamu Karapoley