Advertisement - Contact Us

LUAHAN HATI MELAYU SINGAPURA.FIKIRKAN LAH MELAYU BUMIPUTRA MALAYSIA....

Inilah suara hati anak Melayu yang bermastautin di Singapura. Orang Melayu di Malaysia sangat berlembut dan bertolah ansur dengn semua pihak di Malaysia, sekalipun ada segelintir pihak yang biadap menggunakan alasan keterbukaan untuk memijak kepala orang lain.

Mahukah kita melihat satu hari nanti apa yang berlaku di Singapura, turut berlaku di Malaysia, tanahair yang kita cintai? Fikirkanlah...


"Suara Melayu Islam Singapura
Saya nak tambah sedikit Tuan Perdana Menteri !! tak ada gunanya pemerintah PAP cuba menyejukan hati orang melayu dengan memerintah kah kuncu kuncu PAP untuk mengadakan perbincangan ' Bicara Bangun Bangsa' sekiranya pagar pagar yang PAP letakan bagi menyulitkan orang orang melayu untuk mencari sara hidup

Pemerintah PAP telah menyinkirkan kami dari sektor pertahanan, dan juga tidak membenarkan kami untuk mengambil pekerja pekerja dari Indonesia bagi menjalan kan perniagaan kami, sementara kaum India sungguh maju dengan pesat nya di Little Indian, kawasan perniagaan Geylang dengan perlahan akan di ambil alih oleh PRC yang anda masukan dengan banyak nya, lalu

Oleh itu jangan lah Tuan fikir kami ini serupa dengan orang orang yang terdahulu dari kami yang premarital PAP kabur kan mata mereka dengan janji janji palsu, lalu mereka menyokong PAP untuk mendapat kan kuasa, taktik PAP yang memberi madu kepada seglintir orang orang yang tidak perduli akan kedudukan bangsa mereka yang kami anggap sebagai pengampu pengampu, sudah tak boleh di pakai lagi

Oleh itu kami harap anda sebagai Perdana Menteri Singapura bersikap adil kepada kami, sekian !!

Pemerintah adil pemerintah kami sokong, pemerintah zalim kami akan sanggah pada tahun 2016 nanti !!

Original saying : raja adil raja di sembah raja zalim raja di sanggah !!"

1 Ulasan

Terbaru Lebih lama