2. Tak kiralah walau dengan apa cara sekalipun, yang pasti azmin telah menang. Walaupun dengan cara jahat yakni memanipulasikan proses pemilihan, menggunkan kedudukannya yang intim dengan Anwar, mengugut dan mendesak setiap cabang agar memilihnya atau entah apa cara lagi yang digunakan, yang jelas Azmin berjaya merealisasikan impiannya.
4. Hakikatnya, kepada puak yang menentang secara nyata atau secara kiasan perlu mula memikirkan alternatif lain jika mahu survival politik dapat diteruskan. Anwar mungkin menjanjikan kedudukan kepada mereka yang tewas. Namun kedudukan yang diberi pasti seiring dengan label yang melekat di dahi sebagai pengkhianat dan pembelot. Yang nyata, Azmin sudahpun memberi amaran untuk mendisiplinkan PKR terutama mereka yang telah menentangnya. Cara mendisiplinkan, "sendiri mau ingat la"...
'Timbalan Presiden PKR yang baru, Azmin Ali berkata beliau tidak pernah menyebut untuk menyingkirkan pihak tertentu selepas kongres PKR berakhir, seperti yang dilaporkan media.
"Ia bukan proses untuk witch hunting. Apa yang dibincangkan dalam kongres ini, yang berlegar di kalangan ahli parti adalah (bagi) memastikan kepimpinan baru ini mempunyai semangat untuk mendisplinkan pemimpin dan ahli.
"Ini adalah perkara penting untuk memastikan persediaan parti dalam menghadapi pilihan raya yang akan datang," katanya selepas kongres parti itu berakhir lewat petang ini.
Pada 22 November lalu, media melaporkan, Azmin berikrar untuk membersihkan PKR daripada "pengkhianat" ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam.
Bercakap kepada parlimen di lobi Parlimen, Azmin - ketika itu masih naib presiden - berkata, "pembersihan" itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR yang akan tamat hari ini.
Bercakap dalam sidang media di Dewan Sivik MBPJ - tempat kongres berlangsung - Azmin berkata, kepimpinan baru juga akan memastikan setiap aduan yang diberikan akan disiasat mengikut prosedur yang ditetapkan.
Beliau yang juga ahli parlimen Gombak yakin kepimpinan baru yang dipilih akan memberikan komitmen dan kesetiaan mereka dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Sehubungan itu, mengulas pasukan baru Majlis Pimpinan Pusat PKR, Azmin mengharapkan sumbangan dan idea daripada naib presiden baru yang dipilih.
Sementara itu, beliau juga berkata akan mengadakan hubungan lebih erat dengan kumpulan lain dan penulis blog untuk memastikan kesedaran tentang hak rakyat dapat dibela.' - MalaysiaKini
Ingin mengetahui satu rahsia besar??? KLIK SINI...
Tags:
Annuar Musa
Anwar
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
Edisi Bongkar
Edisi Dedah
info
Info Am
Isu Am
Isu Semasa
Update
khairy berok babi sial.... celako...celako...
BalasPadam