Advertisement - Contact Us

Azmin vs Zaid : Giliran PKR pula selepas negara dijahanamkan oleh Sang Anwar Penyangak...

1.  Kini sahlah bahawa Dato' Zaid Ibrahim akan cuba merebut jawatan nombor 2 PKR iaitu Timbalan Presiden Parti. Pengumuman yang dibuat beliau semalam akhirnya menjawab semua spekulasi. Sememangnya inilah matlamat utama Zaid menyertai PKR, memegang jawatan tertinggi parti, setealah beliau gagal berbuat demikian sewaktu di dalam UMNO.

2.  Kini apa yang dinantikan adalah pengumuman rasmi dari bakal lawan beliau, Azmin Ali yang juga merupakan anak emas intan payung Penasihat Parti, Anwar Ibrahim. Azmin yang juga Naib Presiden Parti pastinya tidak akan duduk diam dan akan cuba bersungguh-sungguh untuk menduduki jawatan tersebut. 2 lagi pemimpin utama parti yang disebut-sebut turut berminat untuk merebut jawatan ini adalah Mustapha Kamil dan Dato' Seri Khalid Ibrahim.

3.  Ura-ura mengenai niat Zaid untuk merebut jawatan ini sebenarnya sudah disedari sejak dari awal lagi iaitu sewaktu beliau bertanding du hulu selangor. Azmin kurang memberi komitmen sewaktu kempen di sana memandangkan beliau gusar dengan kemungkinan kehadiran Zaid di Parlimen (jika menang) akan dapat menggugat reputasi beliau. Kekalahan Zaid di Hulu Selangor membolehkan Azmin menarik nafas lega dan Azmin pastinya akan menggunakan sepenuhnya akses beliau selaku ahli Parlimen bagi menarik sokongan pmimpin PKR yang lain.

4.  Sebenarnya dalang di sebalik pergolakan yang berlaku dalam PKR datangnya dari Penasihat Parti sendiri iaitu Anwar Ibrahim. Anwar bijak mempergunakan Zaid bagi mendapatkan sokongan rakyat sewaktu Zaid menyatakan hasrat untuk keluar UMNO dan menyertai PKR. Sewaktu itu Zaid diangkat sebagai wira dan kononnya sebagai pejuang kebnaran dan pembela rakyat.

5.  Kemudian Anwar menamakan Zaid sebagai calon di Hulu Selangor kononnya bagi mengukuhkan suara PKR dalam parlimen. Walhal di sebalik niatnya itu, Anwar mahu memecahkan sokongan Azmin memandangkan Anwar melihat populariti azmin semakin meningkat ketika itu. Namun rancangan Anwar gagal apabila Zaid tewas di Hulu Selangor.

6.  Kini peluang tiu tiba sekali lagi. Anwar pastinya membisikkan restunya ke telinga Zaid dan mahu zaid menduduki kerusi no. 2 dan sekaligus menjatuhkan Azmin. Pada masa yang sama, restu tersebut turut diluahkan kepada Azmin memandangkan kedudukan Azmin yang juga merupakan antara pengasas PKR.
Dan sebenarnya ini cara Anwar bermain politik. Anwar akan menggunakan lidahnya yang bercadang bagi mengukuhkan kedudukannya dan ahli keluarganya dalam PKR dan akan cuba membunuh karier politik pemimpin tidak kira lawan atau kawan jika Anwar rasakan kehadiran pemimpin tersebut boleh menggugat kedudukannya dan keluarga.

7.  Keputusan Zaid untuk bersekongkol dengan Anwar adalah satu kesilapan besar. Zaid sebenarnya bukanlah lawan Azmin. Azmin pastinya tidak bercadang untuk memberi muka dan peluang kepada pembelot UMNO untuk mengisi kerusi no. 2 parti. Lawan Zaid sebenarnya bukan sekadar Azmin, tetapi termasuk Anwar Ibrahim sendiri tanpa Zaid sedari.

8.  Hakikatnya Zaid tidak ada pilihan lain. Zaid perlu mencari jalan untuk terus survive dalam politik PKR. Setelah tewas di Hulu selangor, mahu tidak mahu Zaid mesti memegang jawatan tertinggi PKR bagi mengekalkan popularitinya dalam politik. Tanpa jawatan bermakna terkuburlah karier politik Zaid dan pastinya inilah yang cuba dielakkan oleh Zaid. Zaid perlu mencari jalan untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden walaupun terpaksa mengamalkan politik wang jika mahu terus berada di hati dan bibir ahli PKR.

INGINKAN 'FOOT DETOX' PADA HARGA PROMOSI !!!

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama