Teka-teki berhubung status kelayakan Dato' Seri Mohamad Ali Rustam, yang menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam Pemilihan Agung UMNO Mac ini terjawab sudah. Lembaga Disiplin UMNO tadi telah membuat kenyataan media dan telah mengumumkan larangan kepada Ali Rustam untuk terus bertanding atau dipilih bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO ini.

Dengan ini sahlah bahawa Mohd Ali Rustam akan disiasat berhubung kaitannya dengan politik wang. Yang tinggal bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO hanya dua calon iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Senator Muhammad Mohd Taib.

"KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, dilarang bertanding atau dipilih untuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti minggu depan.- B. Harian Online
Perkara itu diputuskan Lembaga Disiplin Umno pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Umno di Menara Dato Onn di sini, sebentar tadi."
Tags:
Annuar Musa
Anwar
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
Edisi Bongkar
Edisi Dedah
info
Info Am
Isu Am
Isu Semasa
Update