Sabtu, 13 Ogos 2016

[BONGKAR] PANAS!!! 'Seseorang' Dalam BNM Telah Keluarkan Arahan Agar Menyekat Pembiayaan 1MDB... Inilah Sabotaj Terbesar Menyebabkan 1MDB Hampir Tumbang... #SahabatSMB

LAIN BENAR NADA MUHYIDDIN AKHIR2 NI... MUNGKIN SEBAB SUDAH BERGELAR 'PRESIDEN' PARTI, MAKA TERPAKSALAH IKHTIRAF KEPERLUAN 'DANA/DERMA POLITIK', DEMI SURVIVAL PARTI BARUNYA ITU...


Muhyiddin baru2 ini sudah tidak mahu memberi sebarang komen tentang isu dana politik RM2.6 Bil, malah turut mengakui bahawa isu dana politik yg menggunakan akaun presiden parti untuk 'park' sebelum disalurkan mengikut keperluan parti, adalah perkara biasa dan sudah diamalkan sejak dulu lagi, khususnya sejak penubuhan UMNO baru sekitar 1988... ini bermakna Tun M sendiri pernah mengamalkannya, samada melalui akaunnya sendiri atau akaun proksinya... tidak ketinggalan, puak pembangkang seperti DAP dan PKR juga menggunakan kaedah yg sama... jadi, persoalannya, apa tujuan Muhyiddin menggunakan isu ini untuk menyerang Najib sebelum ini?

Sebenarnya, Tun M juga akur akan hal ini, malah Tun juga pernah akui keperluan dana politik untuk membiayai jentera parti... dan untuk itu, Tun M perlu cari jalan untuk kaitkan tentang dana politik dengan sesatu perkara yg boleh mencetuskan spekulasi jenayah... kebetulan, pada masa sama, Tun M dan konco2nya sudahpun mencetuskan polimik politik menggunakan isu hutang 1MDB... jadi tidak hairanlah bagaimana boleh timbul perkaitan kononnya RM2.6 Bil merupakan sebahagian daripada jumlah hutang 1MDB, walaupun hakikatnya, kedua-dua perkara adalah berbeza...

Apabila Muhyiddin menubuhkan parti baru, tentunyalah perkara paling penting yg perlu difikirkan adalah bagaimana untuk memperoleh dana bagi membiayai aktiviti parti... tentunya tidak cukup jika hanya berharap kpd yuran keahlian (itupun jika wujud), tambahan pula dengan objektif untuk menjatuhkan sesebuah kjaan... Muhyiddin tahu, menyalurkan dana melalui akaun rasmi parti adalah sesuatu yg kurang bijak, jadi, untuk membenarkan pemerolehan dana secara tidak rasmi maka Muhyiddin terpaksa akur dan mengelak drpd menjawab sebarang persoalan tentang RM2.6 Bil...

Sebenarnya, ini bukanlah fokus aku yg utama untuk posting kali ini... aku lebih tertarik untuk berkongsi berkenaan pembabitan dan peranan yg dicetuskan oleh Bank Negara Malaysia hingga mampu mengheret 1MDB ke kancah penuh permasalahan...

Seperti yg telah aku perjelaskan di awal tadi, isu RM2.6 Bil dan masalah 1MDB adalah dua perkara yg berbeza dan tidak langsung bersangkut paut... namun disebabkan pengaruh Tun Madey yg berjaya mewujudkan persepsi keraguan, dan kemudian diwar-warkan secara meluas oleh media asing, maka telah menyebabkan minda rakyat terpesong hingga menolak segala penjelasan yg cuba diberikan oleh 1MDB mahupun kjaan sendiri...

Hakikatnya, dari awal lagi, 1MDB berjaya membuktikan bahawa syarikat mereka tidak pernah memberi dana berjumlah RM2.6 bil kpd Najib... malah berdasarkan penyata kewangan yg disahkan sendiri oleh Ketua Audit Negara menunjukkan tidak berlaku kehilangan sejumlah wang, seperti yg sering Madey tuduh... namun 1MDB mmg akui wujud kelemahan dalam pengurusannya hingga menyebabkan aliran tunai menjadi lemah dan sekaligus menyukarkan 1MDB menjelaskan hutang2 yg mereka miliki... dan 1MDB juga berjaya membuktikan ke mana hutang mereka dibelanjakan dan masalah yg timbul kemudiannya...


Di sini pun sudah cukup jelas menunjukkan betapa penipunya Tun M, dan hingga hari ini, beliau masih berpegang dengan pembohongan yg beliau sendiri cipta...

Isu 1MDB bermula sekitar Disember 2014, apabila Khairuddin Abu Hassan mula2 membuat laporan polis berkenaannya... dan sejurus selepas itu, pada sekitar Januari 2015, 1MDB melakukan rombakan dalam pengurusannya dengan melantik Azrul Kanda sebagai Pengerusi/CEO yg baru... Azrul tampil dgn pelan perancangan bersifat agresif iaitu untuk mengurangkan hutang serta memulakan pelan rasionalisasi syarikat...

Itu yang kita tahu, dan itulah permulaannya... sebenarnya, apa yg dicetuskan oleh Kharuddin, telah pun bermula 3 bulan lebih awal... objektif mereka adalah melakukan sabotaj ke atas 1MDB biar hingga runtuh musnah... dan BNM adalah instrumen pertama yg cuba dimanipulasi untuk tujuan jahat mereka...

Cuba baca dan faham laporan oleh Reuters yg disiarkan pada 15 Januari 2015...

"Malaysia’s second-richest man, Ananda Krishnan, is in talks with state firm 1MDB to become a cornerstone investor in a long-delayed $3 billion listing of its power assets, two people familiar with the matter said on Thursday. 
The 76-year-old billionaire is considering taking at least a 5 percent stake in 1MDB’s energy business, one of the people said. The sources couldn’t give a value for the potential investment as talks are continuing. 
Such a move by Krishnan would be a major boost for cash-strapped 1MDB. The company, whose advisory board is chaired by Prime Minister Najib Razak, faces mounting criticism of its strategy. It plans to use funds from the initial public offering to cut a near $12 billion debt pile and to expand its business. 
The IPO is now likely to take place in the second quarter of this year, according to one person involved in the deal. 
“The uncertainty (with 1MDB) is what’s causing the volatility in the market,” said Wellian Wiranto, economist with OCBC Bank in Singapore. 
“If it comes to a point where it’s clear that 1MDB doesn’t have issues, then I guess it will be net positive for market sentiment.”“Both parties (Krishnan and 1MDB) are now working on the terms,” said one of the sources, who declined to be named as the matter was private. 
Proceeds from Krishnan’s investment could be used to repay the bridge loan. The loan is owed to the country’s largest bank, Malayan Banking Bhd, and smaller lender RHB Capital Bhd, and was guaranteed by Usaha Tegas, according to the people familiar with the talks. 
The loan guarantee came as part of a transaction Krishnan struck with 1MDB in 2012, when the tycoon sold his power company Tanjung Energy to 1MDB for $2.8 billion. 
“They are almost there in terms of a deal,” said one person familiar with the discussions, saying that an agreement would be reached by the end of the month." 
- Reuters
1MDB mula membeli syarikat2 kuasa milik Ananda Krishnan sekitar Mei 2012 dan berjaya memperoleh RM6.17 Bil pinjaman berjadual dari sebuah konsortium kewangan yg diketuai oleh Maybank... Ananda Krishnan juga turut menandatangani milikan saham di dalam IPO yg dirancang berjumlah RM2 bil...

Pada Mei 2014, 1MDB sudahpun membayar sebanyak RM670 juta, manakala bakinya iaitu RM5.5Bil disusun semula jadual pembayarannya... RM3.5bil dibayar dgn cara asal, dan RM2bil dijadikan pinjaman jangka pendek terus dengan Maybank serta mendapat jaminan daripada Ananda Krishnan... ia selesai pada November 2014...


Namun, sekitar bulan Ogos 2014, beberapa pegawai kanan 1MDB telah didatangi oleh wakil Tun M dan Daim... mereka cuba menghasut pegawai2 kanan ini supaya menjadi dalang dan parasit dgn tujuan mensabotaj dan menggagalkan perancangan 1MDB yg sedang bekerja keras untuk merealisasikan pelan IPO... Kebimbangan tentang campurtangan Tun M dan Daim serta tujuan sebenar mereka pernah cuba dibangkitkan di dalam mesyuarat pengurusan 1MDB, dan cuba untuk mendapatkan perhatian CEO ketika itu, Mohd Hazem Abd Rahman... walau bagaimanapun, pihak pengurusan 1MDB yg ketika itu mungkin tidak menjangka kesungguhan Tun M untuk menjahanamkan 1MDB, telah memberi jaminan bahawa pelan IPO yg telah dirancang berada di landasan yg betul dan berasa yakin akan dapat menangani apa jua usaha untuk mensabotaj atau menggagalkannya...

Pada bukan berikutnya, iaitu sekitar September 2014, 1MDB telah mengumumkan perlantikan Maybank sebagai Penasihat utama dan penaja jaminan untuk Edra IPO yg telah dirancang... pada ketika ini, semua perancangan yg diatur berjalan lancar, malah 1MDB dan kjaan optimis akan berjaya memperoleh pulangan yg baik dan dapat menjelaskan pinjaman mengikut jadual asal...

Namun, sesuatu yg memang di luar jangkaan telah berlaku... sekaligus telah merencatkan rancangan 1MDB...

Baca dan faham laporan yg disiarkan oleh Reuters pada 12 September 2014...

"Malaysian state investor 1Malaysia Development Bhd (1MDB) has delayed a more than $3 billion IPO due to a longer-than-expected due-diligence process and negotiations around the restructuring of a 5.5 billion ringgit ($1.7 billion) loan, people familiar with the matter said. 
The IPO, which was due to be launched in the fourth quarter of this year, is now likely to take place in the first few months of 2015 at the earliest, said the people, who declined to be named as the matter remained confidential. 
1MDB, seen as a cross between a sovereign wealth fund and a private investment vehicle, is struggling with a debt burden exceeding $11 billion. It plans to reduce some of this debt by selling its power assets via the IPO. 
In May, the state fund restructured a 5.5 billion ringgit bridging loan into two tranches: a 3.5 billion loan due after 123 months and a 2 billion loan due in November, according to data from LPC, a Thomson Reuters unit specialising in loans. 
The 2 billion tranche, however, is likely to be extended for several more months or pared down through internal funds, easing the pressure off 1MDB to urgently pay off some of its debt, the sources said. 
Shahriza Embi, senior vice-president of corporate communications at 1MDB, did not reply to emails seeking comment. 
According to LPC, Maybank International Ltd and RHB Bank are mandated lead arrangers and bookrunners of the restructured loan. Maybank executives declined to comment while RHB Bank officials were not immediately available to comment. 
The 5.5 billion ringgit bridging loan has already been extended twice. It was originally part of a 6.17 billion loan 1MDB took from Maybank Investment Bank in 2012." 
- Reuters

Menurut sumber, ada pihak telah berjaya mempengaruhi BNM untuk keluarkan arahan kpd pembiaya utama projek IPO ini agar menangguhkan pembiayaan mereka ke atas Edra IPO... akibatnya, ia telah gagal disenaraikan untuk kali yg keduanya, selepas kali pertama pada 2013 turut menemui kegagalan... ia yg sepatutnya dilancarkan pada suku keempat 2014 terpaksa ditangguhkan kepada awal 2015...

Menurut sumber lagi, seorang pegawai eksekutif kanan di bawah Timbalan Gabenor Bank Negara telah mengeluarkan arahan kpd Ketua Bahagian Pasaran Modal Maybank, Michael Oh-Lau Chong Jin, dan John Chong yg merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bank pelaburan Maybank, supaya menyekat atau menangguhkan permohonan pinjaman 1MDB hingga menyebabkan IPO tidak dapat diteruskan...

Kesan penangguhan ini menyebabkan faedah ke atas pinjaman turut meningkat dan menambahkan jumlah hutang... malah jumlah baki pinjaman RM5.5bil terpaksa dijadualkan semula... dan pada Disember tahun yg sama, Khairuddin telah tampil dgn laporan polis ke atas 1MDB dan sekaligus menambahkan lagi tekanan ke atas 1MDB...

Arul Kanda yg mula mengambil alih pengurusan 1MDB mengakui penangguhan penyeneraian Edra Tenaga Bhd menjadi punca utama kpd masalah yg melanda 1MDB... apabila ia gagal dilaksana, maka akan muncul caj faedah yg perlu dibayar dlm jangka masa pendek, beserta dgn bayaran pokok... Arul juga akui kos faedah akan meningkat kpd RM2.4bil, jika 1MDB mengabaikan tanggungjawab untuk mengurangkan beban hutang yg berjumlah RM42bil...


Dan inilah fokus utama Arul sebaik mengambilalih 1MDB pada awal 2015... pada Jun 2015, kabinet telah meluluskan cadangan untuk melakukan pelan rasionalisasi, termasuk terpaksa menjual beberapa aset...

Secara dasarnya, apa yg dicadangkan oleh Arul mmg tepat dan merupakan perkara biasa dalam perniagaan... namun berbeza dgn 1MDB... musuh mereka bukan sekadar musuh perniagaan biasa, tetapi turut menyimpan matlamat untuk mempergunakan keruntuhan 1MDB untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri...

Tun M telah mewujudkan satu persepsi negatif, ekoran drpd masalah yg dihadapi oleh 1MDB, kononnya berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa hingga menyebabkan 1MDB berhutang... walhal, berulang-ulang kali Arul memperjelaskan dan membuktikan punca aliran tunai yg lemah sebagai punca utama... dalam kekalutan ini, rupanya ada pihak berjaya mempengaruhi hingga tertubuhnya Special Internal Task Force dengan tujuan menyiasat, atau lebih tepat lagi menyelongkar untuk mencari salah 1MDB...

Task Force ini secara tak semena-mena telah menyerbu pejabat Deloitte dan merampas semua dokumen2 sulit termasuk akaun2 milik 1MDB... serbuan ini dibuat dgn publisiti yg sangat meluas hingga turut mendapat perhatian media2 antarabangsa... walhal kabinet baru saja membenarkan cadangan pelan rasionalisasi oleh Arul... sememangnya matlamat Task Force ini adalah untuk membunuh karektor 1MDB dan seterusnya menjatuhknnya...

Sebelum Arul tampil dgn pelan rasionalisasinya, Arul sebenarnya terlebih dulu cuba untuk berusaha untuk merealisasikan objektif asal 1MDB iaitu menyenaraikan Edra Tenaga Global Bhd, walaupun 2 kali ia tertangguh... Arul yakin potensi yg boleh mencetuskan kejayaan 1MDB apabila mula menceburi bidang tenaga... namun untuk itu, 1MDB sangat memerlukan pembiayaan...

Pada Februari 2015, kabinet telah pun meluluskan permohonan pinjaman sebyk RM3bil bg membiayai IPO Edra... namun dalam satu mesyuarat kabinet, ketika Najib berada di luar negara, Muhyiddin telah mempengerusikan mesyuarat tersebut dan telah menggunakan peluang ini untuk enggan mengesahkan minit mesyuarat sebelum ini, yg memetik tentang hal kelulusan dana RM3bil kpd 1MDB...

Akibatnya, 1MDB gagal mendapat dana tersebut dan terpaksa memohon semula... disebabkan kelewatan dan ketidakupayaan memulakan projek, Suruhanjaya Tenaga telah mengancam 1MDB untuk membatalkan tender... akhirnya, 1MDB terpaksa menjualnya kpd Tenaga dgn mencatatkn kerugian...

Tun M, Muhyiddin tahu IPO merupakan satu projek yg berdaya maju dan menguntungkan... lihat saja kpd YTL, atau Ananda sendiri yg telah berjaya mengaut keuntungan berlipat kali ganda darinya... mereka juga tahu, 1MDB, atau mana2 syarikat sekalipun di dunia ini memerlukan pembiayaan modal untuk menjayakan sesuatu projek...


Maka, untuk menjahanamkan, 1MDB, mereka hanya perlu menyekat pembiayaan modal sekaligus membunuh IPO... BNM diperguna untuk menjayakan matlamat menyekat pembiayaan modal... dan mereka boleh dianggap sudah berjaya sampai ke peringkat membunuh IPO...

Tinggal lagi hanya untuk menjahanamkan 1MDB... dan di peringkat ini, kuasa Allah mengatasi segala-galanya... perancangan jahat menemui jalan buntu... 1MDB masih gah di persada antarabangsa... dan tentunya, ia meletakkan Najib masih relevan sebagai Perdana Menteri Malaysia...

Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE