Advertisement - Contact Us

[ANALISIS ISU] PANAS!!! UMNO Hanya Perlukan Pak Long Lulusan SPM Je Untuk Singkirkan Anak Mantan PM Graduated Universiti Jepun... #SahabatSMB

ANAK KEPADA DEWATA RAYA, LULUSAN LUAR NEGARA, ADIK BERADIK KAYA RAYA... TUMBANG DI TANGAN PAK LONG SPM JE!!!

TIDAK BENAR BASHAH HANYA BERKELULUSAN SRP...


Alhamdulillah, akhirnya krisis politik Kedah berakhir dengan perletakan Jawatan Dato Seri Mukriz Mahathir pagi ini dan pengumuman SUK bahawa Dato' Seri Ahmad Bashah sebagai penggantinya.

Sebaik sahaja Ahmad Bashah diberitakan akan mengangkat sumpah jam 10 pagi esok (4/2/2016), seperti biasa jentera siber Mukriz terus menyerang latar belakang Ahmad Bashah yang dikatakan hanya level SRP.  Telatah jentera siber Mukriz ini mengelikan hati saya.

Sedarkah jentera siber Mukriz ini bahawa tindakan mereka ini mengaibkan boss mereka sendiri.  Apa tidaknya,  majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri di Kedah lebih yakin dengan seorang yang berkelulusan SRP berbanding Mukriz yang belajar sampai ke Jepun dan Amerika.  Cuba bayangkan kalau calon yang menentang beliau mempunyai ijazah atau Phd, lagilah Mukriz jauh ketinggalan.


Sepertimana yang diungkapkan oleh Ahmad Bashah, "saya mengaku pendidikan saya tidak tinggi sebagaimana Mukriz Mahathir, saya sedar saya ada kekurangan dari segi itu...namun, pengalaman saya selama ini dalam kepimpinan parti dan kerajaan adalah kelebihan yang saya ada untuk menjaga kebajikan dan untung nasib rakyat Kedah".

Sebenarnya Ahmad Basha, bukan hanya ada SRP tetapi beliau lepasan SPM.  Fitnah jentera Siber Mukriz hanya sekadar untuk membunuh karakter Ahmad Bashah.  Serangan sebegini sebenarnya boleh mengundang serangan balas ke atas Mukriz.

Walaupun seorang anak Perdana Menteri yang hidup dengan kemewahan dan lengkap segala-galanya, Mukriz bukanlah cemerlang sangat dalam pelajaran.  Mukriz bukan hanya malas balik kawasan, masa belajar dahulupun beliau bukanlah rajin sangat.  Walaupun belajar di MRSM, SPM beliau hanya Pangkat 2.  Berapa kerat sahaja pelajar MRSM yang gagal cemerlang macam beliau.


Selepas itu Tun Mahathir hantar beliau belajar di Jepun dengan biaya sendiri.  Itupun tak habis, hanya dua tahun, kemudian Tun Mahathir hantar beliau sambung belajar di US, barulah beliau dapat ijazah disana.  MRSM ada program American Top University dan British Top University sahaja.  Jika gagal dapat ke ATU atau BTU mereka akan dihantar ke University di negara lain.  Mana ada lepasan MRSM sambung belajar ke Jepun zaman tu.

Jentera Siber Mukriz patut faham bahawa dalam politik, kelulusan akademik bukanlah penentu kejayaan seseorang mentadbir sesebuah negeri atau badan perhubungan negeri dengan baik.  Dalam politik, seorang yang ada Phd seperti Sanusi Junid pun gagal mentadbir sebuah negeri dengan baik sehingga menjadi bahan jenaka dengan idea menanam padi atas bumbung.  Malah seorang doktor perubatan yang pernah mentadbir negara selama 22 tahun juga pernah gagal untuk meraih sokongan ahli bahagiannya untuk menang G7.

Bagi saya,  sifat kebapaan yang dimiliki oleh Ahmad Basha telah berjaya menyatukan UMNO Kedah sehingga berjaya merampas Kedah semula dari tangan PAS.  Tidak dinafikan, pengumumam PM untuk melantik Mukriz sebagai Menteri Besar sedikit sebanyak telah memberikan lonjakan tambahan sokongan bagi BN Kedah.  Namun tanpa gerak kerja tersusun BN di bawah Ahmad Basha yang cukup berpengalaman,  mustahil untuk BN merampas kembali Kedah.  Tiada satu partipun dalam dunia ini boleh menang pilihanraya hanya dengan membuat satu pengumuman tanpa melakukan apa-apa gerak kerja pilihanraya.


Pengalaman inilah yang wajar digunakan oleh UMNO Kedah sekarang bagi menghadapi PRU14.  Semua gerak kerja penerangan dan usaha mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional perlu dimulakan semula seberapa segera.  Berilah peluang kepada Ahmad Bashah untuk membuktikan kemampuannya mentadbir negeri Kedah walaupun dengan kekurangan latar belakang pendidikan.

Berdasarkan pengalaman hidup saya, saya pernah punyai ramai kakitangan dan teman-teman yang berpelajaran tinggi, namun dari segi kematangan dan kebijaksanaan, tidaklah semuanya setaraf dengan ijazah atau Phd yang mereka miliki.  Sebaliknya, ada diantara mereka hanya berkelulusan SPM,  tetapi hampir semua tugas yang diamanahkan kepada mereka mampu dilaksanakan dengan baik.  Bukan sekadar itu, ada diantara mereka mempunyai IQ yang jauh lebih baik dari mereka yang mempunyai ijazah.


Bila ditanyakan kepada mereka, kenapa mereka tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda dan Sarjana, ada diantara mereka yang menyatakan bahawa mereka terpaksa berkerja selepas SPM bagi membantu ibu bapa mereka untuk menyekolahkan adik-adik mereka.  Bila adik-adik selesai persekolahan dan mereka cuba melanjutkan pelajaran secara jarak jauh, sekali lagi cita-cita itu terpaksa mereka korbankan kerana adik-adik mereka diterima masuk ke universiti pula.  Tidak semua orang berpeluang menjadi anak Perdana Menteri seperti Mukriz dan kita tidak tahu apa yang terpaksa Ahmad Basha lalui, maka hentikanlah cemuhan yang tidak berkesudahan ini.


By Lokman Noor Adam

1 Ulasan

  1. Bukannya susah sangat pon nak faham, siapa cekap 'menjilat' sekarang ni walaupun tak reti nak buat kerja pasti naik cepat..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama