Advertisement - Contact Us

[DEDAH] PANAS!!! Tok Arab Yang Memberi Sumbangan RM2.6Bil Bagi Pihak Raja Abdullah Didedah... Bukan Dari Israel Mahupun Taikun Kroni... #SahabatSMB

INI DIA TOK ARAB GILA YANG TUN MAHATHIR MAKSUDKAN... GILA SUNGGUH... GILA PUNYA KAYA...


Berbulan aku biarkan post dan info ni dlm inbox draft... kerana, sebagai seorang rakyat Malaysia dan ahli UMNO yg sayang serta setia kpd pemimpin utama negara yg juga merupakan Presiden parti, aku akur dgn arahan agar tidak bercerita dan membuat sebarang spekulasi berhubung isu yg masih dalam siasatan pihak AG dan SPRM... hinggalah hari ini...

Namun, semalam, Peguam Negara secara rasminya melalui satu sidang media khas telah memperjelaskan secara umum hasil siasatan yg telah dibuat berhubung isu RM2.6bil... malah beliau juga telah mengarahkan pihak SPRM agar menutup kertas siasatan tanpa sebarang pendakwaan dan sekaligus membuktikan bahawa Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak tidak bersalah dalam mana-mana tuduhan yg cuba mengaitkannya...



Peguam Negara turut mengakui bahawa wang sumbangan peribadi tersebut datangnya dari kerabat diRaja Arab Saudi kepada Najib, tanpa mengharapkan apa2 balasan... lebih menarik, hasil siasatan juga turut mendedahkan bahawa sebanyak RM2.08bil drpd keseluruhan RM2.6bil telah Najib pulangkan semula kpd penyumbang tersebut sekitar Oktober 2013...

Siapakah kerabat di Raja Arab Saudi yg menjadi penyumbang kepada Najib? Berdasarkan beberapa sumber, berkemungkinan besar sumbangan tersebut datangnya dari :

RAJA SAUD ABDULAZIZ BIN MAJID BIN ABDULAZIZ AL-SAUD


Beliau merupakan waris atau lebih tepat, cucu kepada Raja Saud yg merupakan pengasas Negara Arab Saudi... pada tahun 2010, beliau dilantik sebagai Gabenor Wilayah Madinah...

Beliau mempunyai hubungan yg istimewa dengan Najib, malah ayahanda beliau juga merupakan kenalan rapat Tun Abd Razak, ayah Najib... Najib biasanya tidak pernah ketinggalan mengadakan pertemuan dengan sahabatnya ini setiap kali berkesempatan menjejak kaki ke Kota Madinah, sepertimana baru2 ini...

Pada tahun 2011, sejumlah kira2 USD100 juta telah dimasukkan ke akaun AmBank milik Najib , buat kali pertamanya... hal ini didedahkan oleh sumber rahsia kepada Sarawak Report berdasarkan maklumat sulit bank yg telah dibocorkan...

Pihak bank perlu mendapatkan pengesahan atau surat makluman daripada penerima wang dan pihak yg menghantar wang sebelum transaksi ini dibenarkan... syarat ini sekaligus membenarkan pengakuan Najib baru2 ini yg telah menyatakan bahawa pihak BNM sudahpun dimaklumkan berhubung transaksi ini sebelum ia berlaku...


Individu yg telah menandatangani surat pengesahan ini bg pihak penghantar wang adalah DYMM Raja Abdulaziz Bin Majid Bin Abdulaziz Al-Saud sendiri... sepanjang tempoh dari 2011 hinggalah menghampiri PRU13, sebanyak 4 kali transaksi dibuat dan ke semua transaksi inilah yg menunjukkan jumlah RM2.6bil... ini berdasarkan surat makluman yg berada di tangan BNM...

Aku pun sebenarnya dah malas dan hilang momentum untuk bercerita perihal RM2.6bil ni, kerana memang dari awal, aku yakin Najib berada di pihak yg benar... malah hingga kini, tidak ada satu pihak pun yg mampu membawa satu bukti yg benar, asli dan kukuh bagi mensabitkan DS Najib dgn mana2 kes salah laku... semuanya lebih kpd bersifat spekulasi, andaian, tuduhan, sangkaan, tekaan mengikut acuan dan plot yg telah ditentukan oleh musuh2 Najib dan kjaan...

Yg penting, beberapa persoalan yg selama ini menjadi teka teki, yg sering dijadikan modal oleh puak2 Matchai Pakatun Heghot dan golongan anti-Najib sudah pun dijawab dan terjawab... soalan seperti :

1) Siapa yg derma? 
Sudah dijawab...

2) Mana RM2.6bil tu?
Sebahagian iaitu RM2.08bil dipulangkan kepada penyumbang... sebahagian lagi terpulang kpd Najib kerana ia mmg merupakan sumbangan peribadi kpd Najib...

3) Apa balasan kepada penyumbang?
Tidak ada dan tidak dapat dibuktikan sebarang balasan drpd Najib kpd penyumbang, apatah lagi sebahagian besar wang tersebut dipulangkan semula...

Jadi, terpulanglah kepada kalian samada mahu menerima kebenaran ini dengan hati terbuka, atau masih mahu menimbulkan rasa sangsi dalam diri masing2... di kalangan musuh2 durjana Najib, kjaan dan negara, mmg kita tidak hairan jika mereka memilih untuk mempersoalkan, mencetuskan spekulasi baru, mencipta tuduhan lain... ini mmg sifat dan sikap mereka, baiah mereka kpd iblis untuk menjatuhkan pemimpin Islam tidak akan pernah terpadam...


Bagi Najib, dan juga kita yg cintakan kemakmuran negara, yg berpegang kpd tiang seri perjuangan demi agama Islam, bangsa Melayu dan tanahair Malaysia tercinta, kehidupan mesti diteruskan... skang bukan masanya untuk kita menoleh kebelakang... sudah byk masa terbuang gara2 fitnah jahat musuh durjana negara hingga hampir merencatkan agenda transformasi negara... sekarang adalah masa terbaik utk kita mara ke hadapan dengan langkah yg lebih teratur dan bergaya... persetankan musuh2 durjana ini kerana mereka kini sudah kita kenali...


Jadilah apa yg berlaku sebagai satu ikhtibar dan pengajaran kpd kita... jgn kita terlalu mudah terpengaruh dan percaya dengan tuduhan2 jahat... tidak salah kita berikan kepercayaan kita kpd kjaan pimpinan UMNO BN kerana selama ini mmg terbukti, kjaan tidak pernah menghampakan rakyat Malaysia...

By Mamu Karapoley

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama