Advertisement - Contact Us

Hudud : Islam Dihina Oleh Sahabat Sejoli PAS Sendiri... Tak Sedaq Habaq Lagi Ka???

Gendang pilihanraya kembali dipalu dalam PRK P044 Parlimen Permatang Pauh. Seperti biasa, antara mata panah yang akan dituju pastilah berkisar kepada isu hudud yang tak sudah sudah. Inilah isu yang gemar diputarkan oleh kumpulan yang mahukan Islam untuk menolak kerajaan yang dilabel sebagai liberal.

Tapi kali ini berbeza, jika sebelum ini mata panah hudud sering dihala kepada pihak kerajaan atau Barisan Nasional, tidak pada PRK kali ini. Tiba-tiba sahaja mata panah itu melantun ke arah rakan sekongkol. Sesungguhnya Allah Maha Besar. Bila meludah ke langit, akan jatuh atas batang hidung sendiri.

Apa yang UMNO BN tidak kena dulu. Dituduh sebagai kerajaan kafir, kerajaan yang menentang hukum Allah, kerajaan yang akan masuk neraka dan macam-macam lagi. Bagi la apapun penjelasan, semua ditolak mentah-mentah. Yang diungkit hanyalah UMNO BN Tolak Hudud.

Golongan PAS berterusan menyerang UMNO dengan isu hudud. Kononnya PAS lah pejuang Islam sebenar. PAS lah yang akan menukar kepimpinan negara dengan kerajaan Islam. PAS lah yang paling berhak masuk syurga hinggakan undi PAS masuk syurga dijadikan slogan. Bilamana PAS mula bersekongkol dengan sekutu PKR dan DAP, tiba-tiba isu hudud menjadi sejuk.

Dari Negara Islam menjadi Negara Berkebajikan. Daripada Manifesto Islam menjadi Buku Jingga. Semua yang dulunya haram oleh UMNO menjadi halal bila PAS terlibat. Dulu UMNO bekerjasama dengan MCA, MIC dan lain-lain adalah haram, hari ini PAS menjadi hamba DAP, dikira halalan toyyiba.

Tak pe lah. Itu dahulu. Sekarang kita cerita hal sekarang. UMNO Kelantan baru-baru ini sebulat suara menyokong Pindaan Syariah berkenaan Hudud dalam DUN Kelantan. Hasrat Tuan Guru Haji Hadi membawa usul persendirian berkenaan hudud dalam Dewan Rakyat tidak ditentang oleh seorang pun MP dari UMNO. Semuanya menantikan saat pembentangan itu yang terpaksa ditangguhkan dengan penuh harapan.

Apakah yang dikatakan dengan penuh harapan? Sudah tentu setiap umat Islam di dalam UMNO menanam cita-cita agar suatu hari nanti dapat hidup di dalam negara yang di perintah secara Islam sepenuhnya. Dan bilamana saat yang diidamkan itu nampak seperti sudah hampir tiba, maka tidak ada sebab untuk umat Islam di dalam UMNO tidak menerima hudud yang sebenar. Hudud sepertimana yang dikehendaki dalam Islam, bukan hudud polemik dari mana-mana pihak.

Ini saja sudah cukup untuk membuktikan bahawa selama ini UMNO tidak pernah menolak hukum Allah itu. Malah, sudah banyak hukum Allah dan cara Islam mengikut Al-Quran dan Sunnah telah lama dipraktikkan dalam pengurusan negara. Dalam Muamalahnya, dalam munakahat, kaedah pengurusan kerajaan, adil, telus dan sebagainya sebenarnya juga adalah sebahagian daripada hukum atau cara yang dianjurkan oleh Islam. Tinggal lagi dalam Syariah yang mana sebahagiannya juga telah pun dilaksanakan tanpa disedari, mungkin dengan menggunakan klausa atau istilah yang lain, tapi kaedah sama seperti yang diperuntukkan dalam Islam. Bunuh balas bunuh, hukuman di bawah ketentuan penguasa (Hakim) dan denda (gantirugi) semuanya terkandung dalam hukum Islam yang telahpun dilaksanakan.

Tinggal lagi sebahagian yang melibatkan kesalahan curi, zina dan Bughah (penentangan terhadap penguasa). Apabila semua pihak yang akan melaksana terutama melibatkan kerajaan Kelantan sudah menyatakan kesediaan dalam semua aspek termasuk aspek penguatkuasaan, aspek pendakwaan, aspek hukuman dan lain-lain, jadi, sudah tentulah seluruh umat Islam mahu ia dilaksanakan.

Soalnya, siapa sebenarnya yang tidak mahu hudud dilaksana sekarang? Apa alasan mereka? Kalau DAP yang terdiri dari cauvinis Cina, memang kita sudah tahu mereka pasti akan menentang. Apa halnya pula dengan PKR. Ketepikan orang Cina dan India dalam PKR yang berhak menolak kerana ilmu berkenaan hudud tidak sampai kepada mereka. Orang-orang yang mengaku Islam yang berada dalam PKR?

Itu dalam PKR. Ok lah, mereka boleh kata bahawa mereka tidak pernah bersetuju untuk melaksana hudud sebelum ini. Jadi kerjasama antara PKR dan PAS atas sandaran apa? Bagaimana boleh bekerjasama jika perkara dasar dalam perjuangan sesebuah parti tidak dipersetujui? Nampak sangat kerjasama yang terjalin bukan kerana Allah. Masing-masing hanya bekerjasama atas dasar kepentingan semata-mata. PKR mahu ambil kesempatan ke atas PAS, manakala PAS juga berhajat untuk ambil kesempatan terhadap PKR. Akhirnya yang untung, yang mempunyai kerusi terbanyak, yang menjadi majoritu dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor adalah DAP.

Lebih malang lagi apabila ada juga dalam kelompok PAS yang turut tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud.. Dulu semuanya konon bersatu hati memperjuangkan hudud. Tapi hari ini, bila anjing tersepit, maka gugurlah topeng-topeng syaitan yang selama ini mereka pakai untuk survive dalam PAS. Tapi syukurlah, Allah masih memberi peluang kepada PAS untuk muhasabah diri, untuk mengenali siapa musuh dalam selimut. Tinggal lagi terpulang kepada PAS samada untuk terus memperkartunkan agama atau kembali kepada perjuangan sebenar.

Jika dulu UMNO kurang bersetuju dengan cadangan hudud PAS maka diperjelaskan dengan penuh hikmah dan kesantunan demi menjaga martabat agama Islam yang tertinggi. Hari ini, puak liberal PR bukan saja menolak malah dengan cara yang menghina dan merendahkan kedudukan Islam seolah-olah hudud bukan hukum yang terbaik yang patut diperjuangkan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama