Ahad, 19 April 2015

GST : Benarkah hanya orang kaya dan berkemampuan sahaja yang terkesan dengan perlaksanaannya?

Hampir 3 minggu sejak GST mula dilancarkan pada 1 April yang lalu telah mengajar dan membuka mata SMB banyak perkara. Tidak dinafikan memang wujud kelemahan dan kelonggaran di sana sini. Memang banyak perlu diteliti dan dilakukan pengubahsuaian oleh kerajaan dan penguatkuasaan namun tidak boleh dinafikan juga manfaat dari pelaksanaan GST ini.

1. GST telah mewujudkan satu pengkalan data yang menyeluruh oleh pihak kerajaan berkenaan perniagaan yang wujud di negara kita. Para peniaga yg mencatat jualan mencecah RM500,000.00 setahun perlu berdaftar dan segala rekod akan disimpan. Para peniaga tidak ada sebab untuk mengelak melainkan mereka memang tidak mahu pihak kjaan mengetahui urusniaga mereka.


2. Pelaksanaan GST juga akan menyelaras semua jenis cukai yang melibatkan perniagaan. Kjaan akan mengutip terus cukai gst melalui sistem dan pengkodan yg telah ditetapkan kjaan. Tidak wujud lg istilah pihak ketiga dan ini secara tidak langsung akan mengurangkan ketirisan hasil kjaan. Sistem percukaian sst 16% yg dilaksanakan dahulu adalah tinggi dan ada antara peniaga yg mengambil kesempatan mengutip sst tetapi tidak diserahkan kpd kjaan. Ini kerana sistem yg digunakan utk pelaksanaan sst masih menggunakan kaedah manual di mana rekod urusniaga masih boleh diubahsuai sebelum diserah laporan kpd kjaan.

3. Kjaan juga sebenarnya boleh memantau peniaga yg mengenakan harga sesuka hati melalui kutipan gst yg dipraktikkan. Perbezaan harga yg ketara antara satu peniaga dgn peniaga yg lain pada satu barang boleh dikesan berdasarkan jumlah gst yang dibayar.

4. Kalau diteliti antara barang yang dikenakan gst dgn barang yg dikecuali gst, dapat kita simpulkan beberapa perkara. Rakyat yg mempunyai pendapatan sederhana atau rendah, yg hanya berbelanja ke atas barangan keperluan penting, sebenarnya tidak sgt terbeban dgn gst. Barangan keperluan yg mana rakyat akan pasti beli untuk meneruskan kelangsungan hidup kebanyakannya tidak dikenakan gst.

4. Semua barangan yg dikenakan gst sebenarnya bukanlah barangan yg mandatori. Rakyat masih boleh meneruskan kehidupan yg makmur jika memilih tidak mahu membeli barangan bergst. Barangan bergst ini sebenarnya bukan satu keperluan tetapi lebih pada kehendak. Ada juga barang yg bergst menjadi keperluan, tetapi tidak perlu dibeli setiap hari atau secara kerap.

5. Oleh itu, apa salahnya kita sbg rakyat yg sayangkn negara menyumbang sedikit dalam bentuk cukai gst kepada kjaan yg mana akhir putaran perjalanan cukai itu akan berbalik kepada rakyat. Bagi yg benar2 tidak mahu langsung menyumbang walau satu sen kpd kjaan, mereka masih boleg memilih utk mengamalkan cara hidup yg berjimat cermat dan hanya berbelanja kepada barangan keperluan penting saja yg tidak ada gst.

6. Namun, seperti yg Smb katakan di awal tadi, masih byk kelemahan yang perlu diatasi oleh kjaan secepat mungkin. Antaranya adalah dari segi penguatkuasaan. Masih ramai peniaga yg mengambil kesempatan di atas kecelaruan pelaksanaan gst ini. Ada yg masih mengutip sst dan kemudian ditambah gst. Ada juga yg mengenakan gst pada barang yg dikecualikan. Tidak kurang juga peniaga yg tidak berdaftar namun berani mengenakan gst. Semua ini perlu diatasi segera bagi mengelak pengguna terus menjadi mangsa.

7. Satu sistem harga siling perlu diperkenalkan agar pengguna dapat mengetahui harga sebenar satu satu barang. Hari ini, pengguna sendiri sebenarnya tidak tahu samada barng yg dibeli sudah ditolak sst atau tidak. Gst secara tak langsung juga mendidik masyarakat agar menjadi pengguna yg lebih bijak. Jika dulu,kita hanya membuat resit belian, tetapi hari ini pengguna pasti akan melihat juga resit belian utk membandingkan dgn harga dahulu.

8. Kjaan juga perlu memperluaskan lg barangan yg dikecualikan gst. Masih byk lg barangan keperluan penting yg perlu dipertimbangkan utk dikecualikan gst. Antaranya seperti susu bayi, lampin pakai buang bayi dan byk lg. Kjaan juga munkin boleh mengecualikan gst terhadap tambah nilai prabayar bawah rm10.

Di bawah Smb cuba membawakan perbandingan yg sering dibuat oleh byk pihak utk menggagalkan Gst ini. Mereka membuat perbandingan dgn cara tidak adil dan tidak tepat dengan menyembunyikan sebahagian fakta dgn hanya mendedahkan fakta yg menguntungkan mereka sahaja.

1. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Pendidikan percuma seperti di Norway – tetapi Norway mempunyai 25% GST

2. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Tidak ada GST seperti di Hong Kong – tetapi Hong Kong adalah antara negara yang mempunyai ketidaksamarataan pendapatan yang paling tinggi di dunia dengan bacaan indeks Gini 0.537 berbanding dengan bacaan indeks Gini Malaysia iaitu 0.431 pada tahun 2012 (merosot daripada 0.441 pada tahun 2009)

3. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Kesamarataan pendapatan yg baik seperti Denmark dengan bacaan indeks Gini 0.21 – tetapi Denmark adalah antara negara yg mempunyai harga petrol tertinggi, 1.50 Euro atau RM 6.32 per liter.

4. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Harga petrol terendah di dunia seperti Venezuela – tetapi kadar inflasi Venezuela adalah yg tertinggi di dunia, iaitu 62% setahun

5. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Kadar inflasi yg paling rendah di dunia seperti Jepun yg mempunyai kadar inflasi negatif selama bertahun-tahun – tetapi matawang Jepun telah jatuh kira-kira 40% berbanding Ringgit Malaysia semenjak 2 tahun yg lalu.

6. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Penukaran kadar yg tinggi seperti Singapura – tetapi Singapura mempunyai harga kereta yg paling tggi dlm dunia di mana harga sebuah kereta MyVi mencecah sehingga $87k atau RM225k berbanding di Malaysia hanya RM41k sahaja

7. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Harga kereta serendah di Brunei – tetapi Brunei tidak ada demokrasi

8. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Sedemokrasi seperti di India, yg terkenal sebagai negara demokrasi terbesar di dunia – tetapi India mempunyai kadar korupsi yg tinggi berbanding Malaysia

9. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Tiada korupsi atau 0 korupsi seperti Finland – namun Finland kini berada di ambang kejatuhan atau “lost decade” dan mengalami nilai pembangunan ekonomi negatif atau 0

10. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Pembangunan ekonomi setinggi Myanmar yg sekarang ini sedang meningkat dgn nilai GDP melebihi 7% – namun demikian Myanmar mempunyai byk konflik agama dan bangsa dan mengakibatkan byk kematian.
Location: Malaysia Kepala Batas, Kepala Batas
Show Comments: OR

2 ulasan:

  1. ....



    ----------------------------------------------------------------
    (( Rahsia Tertutup ))- Puteri UMNO Tidak Kisah Tun M Keluar UMNO
    ----------------------------------------------------------------
    Tun jangan samakan keadaan Pak Lah dan Najib..
    Keadaannya sangat berbeza..

    Tun jangan samakan zaman Tun jadi PM lebih 20 tahun dgn Najib baru sepenggal lebih..
    Keadaannya sangat berbeza..

    Jadi, Tun keluar UMNO pun, penjilat2 Najib tak kisah sikit pun... Mereka tetap jilat Najib lah..!

    Sumber Berita


    >>> Klik Di Sini <<<




    ------------------------------------------------------------------------
    Rakyat RAYU Agar Anwar Dibebaskn & Pembunuh Antartuya DiTANGKAP Segera!!
    ------------------------------------------------------------------------
    Sumber Berita


    >>> Klik Di Sini <<<




    -----------------------------------------------------------------------
    Selamatkan Malaysia - Perpaduan Hanya Akan Wujud Selepas BN Dikuburkan!
    -----------------------------------------------------------------------
    ** UMNO menyalak untuk perpaduan rakyat di Malaysia sejak dulu lagi.. Mereka bakal menyalak lagi penghujung tahun ini!!

    Sumber Berita


    >>> Klik Di Sini <<<

    BalasPadam
  2. Apa jaminan yang boleh diberi sekiranya bertukar kerajaan, negara akan menjadi lebih baik dari sekarang?

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE