Advertisement - Contact Us

UMNO Bah. Tasek Gelugor jauh ketinggalan... Buta IT ke atau Buta Tuli ???

1.  SMB dengan berbesar hati ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh Masyarakat Tiong Hwa khususnya dan kepada seluruh rakyat Malaysia amnya. SMB berasa amat bersyukur kerana hingga hari ini kita sebagai rakyat Malaysia masih boleh meraikan pelbagai perayaan dengan penuh rasa muhibah dan harmoni walaupun hakikatnya Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum. Dan menjadi tanggungjawab kita untuk terus mengekalkan keharmonian ini agar ia akan turut dirasai oleh anak cucu kita.

2.  SMB sebenarnya ingin menegur beberapa UMNO Bahagian yang masih ketinggalan dari segi perkembangan media IT. Perlu diingat, tsunami politik yang berlaku pada PRU12 yang lalu sedikit sebanyak disumbangkan oleh pengaruh media IT yang berjaya dipergunakan sebaik mungkin oleh Pakatan Rakyat.

3.  Sepatutnya setiap UMNO Bahagian perlu ada biro IT yang aktif dan sentiasa menyumbang dalam penyebaran maklumat kepada ahli-ahli di bahagian masing-masing. Setiap bahagian perlu ada blog sendiri, membuka akaun Face Book, mengaplikasikan laman twitter dan banyak lagi. Semua ini perlu digerakkan secara aktif dan bukannya hangat-hangat tahi ayam atau sekadar melepaskan batuk di tangga.

4.  SMB berasa terkilan apabila permintaan SMB untuk menjadi rakan dalam FB UMNO Bahagian Tasek gelugor yang dibuat pada 5 bulan yang lepas hanya diterima hari ini. Ini jelas menunjukkan bahawa biro IT UMNO Bahagian Tasek Gelugor baru log in FB hari ini setelah kali terakhir berbuat demikian pada 5 bulan yang lepas.

5.  Kalaupun UMNO Bahagian Tasek Gelugor merupakan bahagian di kawasan kampung, namun tidak sepatutnya pemikiran AJK Bahagian masih berada di tahap kekampungan. AJK yang dipilih perlu bersikap proaktif dan sentiasa bersedia mengaplikasikan setiap perkara baru dengan sebaik mungkin. Perkara ini amat memalukan dan jelas menunjukkan bahawa UMNO Bahagian Tasek Gelugor masih jauh ketinggalan dalan segenap perkara jika dibandingkan dengan Bahagian-Bahagian yang lain.

6.  Penggunaan media IT secara maksimum sebenarnya dapat menarik golongan muda untuk mendekati UMNO Bahagian. Umum mengetahui bahawa kebanyakan golongan muda kini lebih gemar berinteraksi menggunakan media IT. Adakah UMNO Bahagian ini takut tergugat akan kedudukan dan jawatan mereka sekiranya ramai golongan muda mula menyertai secara aktif dalam UMNO Bahagian?

7.  SMB menegur demi kebaikan bersama. Jika bukan ahli yang menegur jadi siapa lagi yang layak untuk menegur. Apatah lagi SMB menegur demi untuk melihat UMNO Bahagian Tasek Gelugor terus bergerak maju dan sentiasa menjadi pilihan utama para pengundi. SMB memohon maaf jika ada pihak terguris dengan teguran ikhlas ini.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama