Khamis, 10 Februari 2011

Anwar diberi kata dua !!! Jangan hampiri Merlimau atau PAS keluar dari Pakatan Rakyat...

JASIN, 9 Feb -  Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata formula MatJenPeCal akan sekali lagi menjadi asas bagi memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac nanti.


Jelasnya formula tersebut meletakkan Matlamat untuk menang besar, Jentera yang kukuh dan bersepadu, Perpaduan menerusi Gagasan 1Malaysia dan Calon yang ditampilkan adalah yang calon yang terbaik dan diterima pengundi.

Menurut beliau BN sekarang berada dalam momentum yang terbaik setelah memenangi beberapa pilihanraya kecil lalu bermula di Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi hingga yang terbaru di Tenang, Johor.

Peluang untuk BN terus kekal berkuasa di ADUN Merlimau sememangnya cerah. Berdasarkan rekod lampau, kerusi ini sememangnya menjadi milik mutlak BN tanpa pernah dimenangi sekalipun oleh barisan pembangkang. Jadi tidak salah untuk mengklasifikasikan DUN Merlimau sebagai salah satu kubu kuat BN di Melaka.

Apatah lagi jika dinilai momentum yang dimiliki oleh BN berdasarkan keputusan beberapa PRK yang baru lepas jelas menunjukkan bahawa BN berada di laluan yang tepat. Penerimaan rakyat dan keyakianan yang tinggi terhadap BN sebenarnya menjadi modal yang besar bagi memastikan kemenangan di Merlimau.

“Kejayaan BN ini mesti diteruskan di Merlimau menerusi asas formula MatJenPecal.  Merlimau terletak di sebuah negeri yang sudah mencapai status negeri maju maka pilihanraya kecil ini satu ujian buat BN.

“Jentera BN janganlah selesa sebab kalau kita ada strategi tentu saja pembangkang ada strategi juga nak lawan BN dan nak tebus malu kalah dalam pilihanraya kecil sebelum ini”, katanya ketika mengadakan pertemuan dengan jentera BN di sini, hari ini.

Malah beliau turut mengingatkan jentera BN sentiasa bersiap sedia dengan serangan jentera pihak lawan yang sudah tentu akan melancarkan tindakan luar biasa bagi menebus kekalahan berterusan mereka pada pilihanraya kecil lalu.

Namun begitu, Bn tidak boleh sama sekali memandang remeh terhadap usaha untuk mengekalkan kerusi DUN Merlimau. Setiap jentera parti BN termasuk sokongan dari komponen BN amat diperlukan bagi menghadapi sebarang kemungkinan dari kem pembangkang. Startegi yang digunapakai oleh BN hingga membawa kemenangan dalam PRK yang lepas perlu dikekalkan. Dalam masa yang sama, sebarang kelemahan yang wujud perlu diperbaiki dengan kadar segera.

Calon yang bakal dipertaruhkan oleh BN mestilah memenuhi kretirea yang diperlukan. Faktor calon turut memainkan peranan penting memandangkan tahap penilaian rakyat yang mahu melihat pemimpin yang bakal mewakili mereka mesti seorang yang berkelayakan dari segenap aspek. Bukan sahaja dari segi akedemik, malah cara berinteraksi, nilai-nilai murni yang dimiliki dan rekod lampau turut dititikberatkan oleh rakyat sebelum mereka memangkah calon yang dikehendaki.

“Kita tahu pembangkang terutama Pas tidak akan biarkan kita mendapat laluan mudah.  Kita dapat jangkakan mereka akan bertindak luar biasa dan pasti akan cuba sedaya upaya memastikan kemenangan berpihak kepada mereka”, ujarnya.

Mengenai fatwa-fatwa karut dan mengelirukan pengundi seperti mana kenyataan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat pada pilihanraya kecil DUN Tenang lalu, beliau berkata, ”Kita lupakan saja Nik Aziz dengan alamnya tanpa perlu kita letih fikirkan kenyataan-kenyataannya”.

Pembangkang yang bakal diwakili oleh PAS pastinya tidak akan memberi laluan mudah untuk BN memenangi kerusi DUN Merlimau. Apatah lagi luka kekalahan di DUN Tenang masih lagi berdarah. Namun begitu, situasi yang berlaku dalam Pakatan Rakyat banyak memberi kelebihan kepada BN. Menurut sumber, seperti di Tenang, kali ini PAS juga turut meminta Sang Anwar agar tidak turun membantu jentera kempen di Merlimau.

Kedudukan Sang Anwar dalam PR kini jelas menunjukkan bahawa dia merupakan liabiliti dalam Pakatan Rakyat. Pergolakan yang berlaku dalam PKR membuktikan bahawa rakyat sudah muak dengan corak politik Sang Anwar. PKR masih boleh bertahan hanya disebabkan kelebihan Anwar yang bijak memanipulasikan keadaan. Walhal jika dinilai berdasarkan kekuatan parti PR, jelas menunjukkan bahawa PAS lah yang memiliki kuasa pendesak manakala PKR sepenuhnya bergantung harap di atas kekuatan rakan sekutu seperti PAS dan DAP. 

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lalu. Ia pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Mohamad Hidhir yang juga Exco kerajaan negeri menewaskan calon Pas, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Proses penamaan calon pilihan raya kecil DUN Merlimau ditetapkan 26 Februari ini, manakala 6 Mac sebagai tarikh pengundian. DUN Merlimau mempunyai 10,679 pemilih berdaftar. -MediaUMNO

Show Comments: OR

3 ulasan:

  1. PAS ni setan besar.menang pilihanraya kecil pun sebab cina dgn india sokong..hati2 dgn pas sebab dia menjual agama..belum pernah masjid jd mcm jamban..pas bole buat...rakyat kelantan merana berpuluh tahun mengadap jem jalan raya kesusahan..apa dia org ckp sabar dunia semua tu..sekarang menghambakan diri kepada cina...malang nya ..semoga nik aziz mati cepat mati dlm ke aib ban...celaka punya ulamak..org harap dia cina lak disembahnya

    BalasPadam
  2. Salam

    Kita tunggu PRU 13, nak tengok cina dan india nak sokong PAS PIS PUS atau tidak.... Cina akan sokong calun cina sahaja. Melayu pulak tak akan sokong membuta tuli saperti diSungai Siput semasa PRU12. BN kena letak calun MELAYU kali ini kalau nak menang.

    BalasPadam
  3. Sampai macam tu sekali Nuar dihumban....kesian2...Nuar sudah tiada taring...PRU 13 nanti mcm manalah PKR naj survive..katakan selamat tinggal buat PKR

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE