Advertisement - Contact Us

PERHATIAN !!! Dari mana sumber Anwar untuk merealisasikan Pelan 100 Hari Pentadbiran Pakatan Rakyat???

1.  Baru-baru ini Anwar dan puak Pakatan Rakyat dengan rasa bangga dan bongkaknya mengumumkan pelan dan stratergi mereka jika ditakdirkan mereka berjaya berkuasa sebagai kerajaan di Malaysia. Pelan 100 hari jika menjadi kerajaan telah diumumkan sewaktu konvensyen PR dan mengandungi 9 fasal utama merangkumi pelbagi sektor termasuk ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

2.  Bagi SMB sebenarnya mudah. Ia bukannya berkisarkan kepada kemampuan PR merealisasikannya tetapi sebenarnya keupayaan PR menepis dengan pelbagai alasan tatkala ia nya gagal kelak. Tempoh 100 hari itu adalah tempoh untuk mereka memberi 1001 sebab musabab di atas setiap kegagalan yang berlaku.

3.  Umum mengetahui niat Anwar mengumumkan pelan tersebut hanyalah bertujuan untuk menarik dan menambat hati rakyat agar menyokong dan memilih mereka pada PRU13 yang menjelang tiba. Perlu diingat bahawa Anwar selaku bekas Menteri Kewangan Negara pastinya sudah sedia maklum akan kemampuan negara dan implikasinya jika pelan tersebut menjadi realiti.

4.  Anwar tahu dan sedar untuk menjayakan kesemua pelannya bakal mempertaruhkan risiko yang begitu tinggi kepada negara. Negera boleh jatuh bankrap atau muflis dan bakal dilanda kemelut ekonomi melampau jika Anwar benar-benar malaksanakannya. SMB yakin dan percaya bahawa Anwar tidak akan merealisasikan kesemua pelan tersebut jika Anwar mahu kerajaan pimpinannya terus bertahan lama.

5.  Sebenarnya apa yang diungkapkan oleh Anwar hanya sebagai manifesto politik yang popular bertujuan melonjakkan namanya. Rakyat yang tidak tahu implikasi pelan tersebut pasti akan berasa kagum dan terpaku dengan apa yang dicanang oleh Anwar. Bermodalkan kedudukannya sebagai bekas Menteri Kewangan, Anwar menipu rakyat dan terus menabur janji-janji palsu yang tidak mungkin menjadi realiti.

6.  Apa yang dibentangkan oleh Anwar hanya bersandarkan air liur semata-mata. Dalan pembentangan tersebut juga, jika diamati, Anwar gagal menjelaskan secara terperinci dari mana kerajaan pimpinan Anwar bakal memperolehi dana bagi melaksanakan kesemua pelan tersebut. Mampukah ia terlaksana jika Anwar hanya mengharapkan sumber kerajaan sedia ada?

7.  Hanya satu jalan sahaja jika Anwar benar-benar ingin merealisasikannya. Tidak mustahil Anwar bakal mengharapkan bantuan kewangan dari luar yakni dari barat jika benar sumber tersebut memberi sepenuh sokongan kepada Anwar. Perkara ini boleh berlaku memandangkan Anwar pernah bercita-cita mendapatkan bantuan dari Bank Dunia (IMF) sewaktu inflasi yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kepimpinannya.

8.  Adakah rakyat benar-benar mahu melihat negara mendapatkan bantuan dari barat dari segi ekonomi. Perlu diingat bahawa nenek moyang kita telah bersusah payah memerdekakan Malaysia dari kongkongan barat. Negara bakal dijajah semula oleh barat jika kita mendapatkan bantuan ekonomi dari mereka. Rakyat sepatutnya sedar bahawa negara barat hanya mahu mempergunakan Anwar bagi menjajah negara Malaysia walaupun dari segi ekonomi. Anwar sanggup melakukan apa sahaja asalkan impiannya untuk menjadi PM tercapai. Percayalah, kemakmuran yang kita kecapi sekarang bakal hilang jika barat kembali menjajah ekonomi kita.

9.  Apapun, SMB berharap agar rakyat Malaysia tidak menerima bulat-bulat apa yang dicanag oleh Anwar termasuk pelan 100 hari pentadbiran PR yang diumumkan Anwar. Secara logik, kerajaan mengambil masa lebih 50 tahun sejak merdeka untuk menjadikan Malaysia sebegini rupa, logikkah Anwar hanya memerlukan 100 hari?? Kepada Anwar dan Pakatan Rakyat, lunaskanlah dulu janji yang ditabur di semua negeri dibawah pimpinan PR sebelum mahu mendongak ke langit.

1 Ulasan

  1. x abis2 nk berbohong. penipu besar ni!!! :-(

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama