Advertisement - Contact Us

JAWATAN KOSONG !!! 'Kuli Haprak' PAS...Gaji RM300 bolah tuntut dekat Nik Ajis...

1.  Pelik... Sekarang PAS pun dah mula takut, cuak dan gusar dengan kaedah propaganda jahat yang sebelum ini mereka sendiri yang perkenalkan. Di Galas, beberapa mangkuk hayun PAS yang menggelar diri mereka sebagai sukarela pembantu SPR telah bertindak menurunkan papan tanda dan banner yang digantung di sekitar kawasan DUN Galas.

2.  Mereka mendakwa bahawa papan tanda dan banner ini tidak bertuan dan tidak dapat dikesan siapa yang memasangnya. Sejak bila pula PAS mula mengambil berat berkenaan hal seperti ini. PAS juga mendakwa kononnya kenyataan yang ditulis pada banner tersebut boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat.

3.  PAS sedar ini akan menimbulkan kemarahan rakyat kepada kepimpinan PAS. Dan PAS juga sedar tindakan mereka bersekongkol dengan DAP dan PKR hanya lebih membangkitkan kebencian rakyat terutama penyokong mereka sendiri. Namun PAS tidak ada pilihan lain dan jika mahu berkuasa PAS sebenarnya terpaksa bergantung hingga sanggup menjadi Pak Tunduk kepada DAP dan PKR.

4.  Bagi mengelakkan dari terus mengundang kebencian rakyat apatah lagi niat di hati ingin terus bergelumang dengan PKR dan DAP maka PAS terpaksa melantik beberapa mangkuk hayun untuk dijadikan pencacai bagi menurunkan propaganda ini. SMB berasa hairan juga, sejak bila PAS sudi dan ringan tulang untuk membantu SPR kerana selama ini merekalah yang banyak menimbulkan masalah hingga memeningkan kepala SPR dan pihak berkuasa.

5.  Namun tidak dinafikan, kerja-kerja pencacai pengangkat najis seperti ini memang sangat sinonim dengan parti PAS. Memang sejak azali lagi ditambah juga dengan peranan mereka dalam Pakatan Rakyat memang tidak lebih hanya sekadar pencacai dan kuda tunggangan.

"Sekumpulan 30 orang daripada jentera pilihan raya PAS menurunkan satu sepanduk yang dipasang di depan satu pondok polis di Kampung Batu Putih yang didakwanya boleh menaikkan kemarahan dan kebencian.

NONESepanduk itu yang tertulis "Pemimpin DAP beri tazkirah di surau, kenapa PAS sokong rumah Allah dihina", dipercayai dipasang di situ sejak malam tadi.

Penasihat jentera pilihan raya kecil Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang mengetuai pasukan itu berkata, tindakan tersebut diambil bagi membantu pasukan penguatkuasa SPR.

"Walaupun SPR ada tiga pasukan penguatkuasa, mungkin suruhanjaya itu tidak dapat pantau kawasan pilihan raya yang begini luas.

"Sepanduk seperti ini (dipasang) tanpa tanggungjawab kerana tidak diberitahu siapa penerbitnya.

NONE"Ia digantung di depan pondok polis yang bertugas 24 jam.

"Mereka ambil kesempatan untuk naikkan kemarahan dan kebencian," katanya yang tidak akan membuat sebarang aduan berhubung insiden itu.

"Kita sengaja tidak buat aduan sebab dalam pengalaman di (pilihan raya kecil) Manek Urai tidak ada tindakan polis.

"Mungkin mereka sibuk, kita hanya membantu," katanya lagi.

Sebelum ini, satu jentera PAS juga telah menurunkan satu sepanduk di kawasan Bandar Lama Gua Musang." - MalaysiaKini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama