Sabtu, 9 Oktober 2010

Pilihanraya Kecil lagi... Selepas Galas, kali ini kita ke Sabah pula...

1.  Belum pun dibuka gelanggang PRK DUN Galas, negara dikejutkan sekali lagi dengan pemergian seorang lagi Ahli Parlimen. Mendiang Edmund Chong Keat Wah, Ahli Parlimen Batu Sapi dari Parti Bersatu sabah berumur 54 tahun telah menemui ajal apabila terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Sabah.

2.  Beliau yang menunggang motorsikal Kawasaki 750 telah bertembung dengan sebuah kereta jenis Mercedes di Jalan Sembulan - Tanjung Aru kira-kira jam 11.40 pagi tadi. mayat beliau dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

3.  Mendiang merupakan bendahari Parti Bersatu Sabah (PBS) dan juga menyandang jawatan sebagai Ketua cawangan Elopura. Beliau bertugas sebagai perunding kejuruteraan

"Ahli parlimen Batu Sapi Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, hari ini.
 
Mendiang berusia 54 tahun.



Menurut the Star Online, Chong dipercayai menunggang motosikal Kawasaki 750 di jalanSembulan-Tanjung Aru apabila bertembung dengan sebuah kereta Mercedez dari arah bertentangan pada sekitar jam 11.40 pagi ini.

Mayatnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.

Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkhawin dengan Linda Tsen Thau Lindan mempunyai empat orang anak.
Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu.

Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi itu tanpa sebarang saingan.
Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing yang mendapat 5,771 berbanding 9,479 undi yang diraihnya." - MalaysiaKini
4.  Sebagai rekod, beliau berjaya memenangi kerusi parlimen Batu sapi sejak tahun 2004 apabila langsung tidak dicabar. Namun pada PRU 2008, beliau sekali lagi mengekalkan kerusinya apabila memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan pencabar beliau dari Bebas.

5.  Dewan Rakyat akan mengumumkan kekosongan kerusi Parlimen Batu sapi dalam masa terdekat dan kemudiannya SPR akan mengumumkan tarikh untuk penamaan calon dan tarikh pembuangan undi jika ada pertandingan. Kemungkinan PRK ini akan diadakan sebaik sahaja selesai PRK DUN Galas.

6.  SMB mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang. Sesungguhnya pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar kepada negara terutama kepada Parti Bersatu Sabah.

Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE