Advertisement - Contact Us

Sudah la Mat Sabu, orang tak mau dengaq cakap hang dah....

1. Baru-baru ini saya berkesempatan mendengar ceramah politik yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Paya Keladi, Kepala Batas. Barisan penceramah yang dijemput terdiri daripada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat iaitu YB Dr. Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Yusmadi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR dan 'otai' lama iaitu YB (bukan Yang Berhormat tapi Yang Berbahagia) Mohamad Sabu.

2. Tajuk ceramah yang diketengahkan seperti biasa bukanlah berkisar kepada pembangunan negara dan kebajikan rakyat tetapi lebih menjurus kepada mencari salah pihak lain dan usaha menegakkan benang yang basah. 'Salah Siapa' menjadi topik atau tajuk ceramah yang disampaikan. Yang menyedihkan pihak penganjur telah menggunakan dewan Tadika PASTI sebagai lokasi ceramah. Walaupun hakikatnya PASTI menjadi milik PAS tapi bagi saya tidak sepatutnya PAS mengambil kesempatan ke atas tadika tersebut memandangkan fungsi tadika adalah sebagai tempat untuk anak-anak kecil menuntut ilmu, bukan sebagai medan ceramah politik.

3. Pihak penganjur telah memasang banner dan bunting di samping mengedarkan poster ke serata tempat untuk menarik kehadiran terutama penduduk di sekitar Kepala Batas. Namun apa yang dapat saya lihat, jumlah yang hadir sebenarnya tidak sampai pun 100 orang. Mungkin rakyat sebenarnya sudah mula rasa mual dan meluat untuk mendengar tipu daya dan janji palsu dari Pakatan Rakyat. Kebanyakan yang hadir bukanlah dari kalangan penduduk setempat tetapi rata-rata dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat dari luar kawasan Kepala Batas. Manakala sebahagian lagi adalah mereka yang hanya ingin mendengar apa lagi pembohongan yang cuba disampaikan dan saya merupakan salah seorang dari kumpulan ini.

4. Saya berasa sedikit terkilan kerana telah terlewat tiba atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Tujuan saya sebenarnya adalah untuk mendengar ceramah dari YB Yusmadi memandangkan beliau merupakan seorang anak muda yang memiliki semangat yang berkobar-kobar. Sayangnya saya terlepas ceramah YB Yusmadi dan saya hanya sempat mendengar ceramah yang disampaikan oleh Mohamad sabu.

5. Seperti yang dijangka, Mohamad Sabu seperti kelaziman hanya mengulang-ulang isu lapok seperti rasuah dan politik wang, Altantunya dan beberapa isu yang sudah ketinggalan. Mat Sabu juga cuba menarik perhatian hadirin dengan menimbulkan isu membabitkan Datin Rosmah Mansor.

6. Mungkin disebabkan komitmen Najib sebagai PM yang dilihat semakin cemerlang membuatkan Mat Sabu dan PAS tidak ada pilihan lain dan terpaksa menyerang perkara yang tidak berkaitan seperti melibatkan Datin Rosmah Mansor. Mat Sabu cuba menuduh kononnya datin Rosmah sering mencampuri urusan pentadbiran negara. Setiap keputusan penting melibatkan pentadbiran kerajaan Malaysia yang dibuat oleh Najib kononnya datang dari idea Datin Rosmah Mansor.

7. Mat Sabu juga menuduh kononnya Dato' Seri Najib merupakan seorang Perdana Menteri yang takutkan bini. Bagi saya isu penglibatan Datin Rosmah dengan urusan pentadbiran sebenarnya tidak timbul. Saya percaya Najib sebagai seorang PM yang bijak pasti tidak akan mencampuri hal peribadi dengan pentadbiran negara.

8. Menjadi tanggungjawab seorang isteri sebagai tempat seorang suami meluahkan pendapat dan masalah yang berada di fikiran. Namun ini tidak bermakna Najib menjadikan Rosmah sebagai bahan rujukan dalam membuat keputusan penting. Isteri yang baik adalah isteri yang sedia menjadi pendengar setia dalam apa jua keadaan namun ini tidak bermaksud Rosmah mencampuri segala usuran pentadbiran negara.

9. Bagi saya, Mat Sabu dan PAS sebenarnya sudah ketandusan isu. Mereka tidak ada pilihan lain dan terpaksa menimbulkan isu remeh dan langsung tidak relevan hanya semata-mata untuk menarik perhatian rakyat. PAS sepatutnya memberi tumpuan khusus bagaimana hendak menyelesaikan konflik yang melanda dalam Pakatan Rakyat, bukannya cuba mengaburi mata rakyat semata-mata untuk menutup kelemahan diri.

2 Ulasan

  1. Dulu zaman Pak lah dengan Endon pun depa tuduh paklah kena queen control.....ha ha ha

    takdak modai la mat sapu nih

    BalasPadam
  2. salam bro

    bro, tolong contact saya.

    BPN akan tolong masukkan artikel dlm blog bro.

    untuk tujuan sebaran artikel yg lebih meluas dan tersusun.

    sekarang sudah ada beberapa blog yg join dan harap blog tidak bersawang lagi..

    email saya panglimaperangcyber@yahoo.com

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama