Isnin, 10 Ogos 2009

Semakin lama PAS dalam PR, semakin 'haprak' lah perjuangan Islam yang dibawa PAS...

1. Itu sahajakah yang termampu dilakukan oleh PAS Selangor? Takkan hanya mampu mendesak je dan akhirnya segala-galanya hampeh. Sudah saya nyatakan banyak kali dalam beberapa artikel sebelum ini di mana bagi saya PAS di dalam Pakatan Rakyat hanya sekadar melukut di tepi gantang.

2. Kini, seperti yang dijangka, setelah PAS ketandusan jalan dan idea, demi menutup kelemahan dan kemaluan, PAS seperti biasa mengalihkan perhatian umum dengan mengatakan bahawa segala-galanya berpunca dari kegagalan UMNO dan BN. Kononnya kerajaan BN sendiri telah gagal menangani isu arak ini walaupun memerintah negara lebih 52 tahun.

3. PAS bersama rakan sekutunya dalam PR sepatutnya menggunakan peluang sebagai kerajaan di beberapa buah negeri untuk melaksanakan setiap manifesto parti serta menunaikan setiap janji yang telah ditabur. Umum mengetahui bahawa hala tuju asal PAS adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

4. Jadi sudah sampai masanya untuk PAS memulakan langkah awal melaksanakan hukum Islam di negeri-negeri yang dikuasai. Sekurang-kurangnya PAS boleh mulakan dengan dasar-dasar yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Sebagai contoh, beberapa undang-undang terutama yang berada di bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran boleh diselaraskan mengikut hukum dan kaedah Islam.

5. Tidak perlu pergi lebih jauh, PAS sepatutnya sudah mula menggubal akta pusat hiburan, akta perlesenan, akta perniagaan, undang-undang syariah dan banyak lagi mengikut lunas Islam dan semua ini adalah di bawah hak kerajaan negeri. Jadi tidak ada sebab untuk PAS menyalahkan kerajaan pusat melainkan PAS sememangnya mahu mencari alasan untuk melindungi kegagalan mereka. Rasanya PAS tidak perlu menanti sehingga menjadi kerajaan pusat baru mahu melaksanakan segala manifesto.

6. Masalahnya sekarang adalah di mana letaknya suara PAS dalam Pakatan Rakyat? Seluruh rakyat Malaysia sedar akan situasi di dalam Pakatan Rakyat di mana 3 buah parti utama yang berbeza hala-tuju, berbeza matlamat, berbeza asas perjuangan telah bergabung demi untuk menjadi sebuah kerajaan alternatif. Ia samalah seperti 3 nakhoda di dalam sebuah kapal.

7. Apa yang membingungkan sekarang adalah kegagalan PAS untuk menonjol di dalam PR. Tidak dinafikan bahawa individu yang menjadi tonggak dan simbol dalam PR adalah Anwar Ibrahim. Tetapi kuasa yang memonopoli dan mempengaruhi setiap keputusan seta tindakan adalah terdiri di kalangan DAP. Jadi apa fungsi PAS sebenarnya?

8. PAS sepatutnya sudah mula sedar akan kegagalan mereka di dalam Pakatan Rakyat. Pendapat sahabat saya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafidz Nordin yang mahu PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat perlu diambil kira dan diberi penekanan khusus. Rakyat sebenarnya sudah mula dapat melihat apa yang bakal berlaku kepada negara sekiranya ditakdirkan PR yang mempunyai 3 nakhoda berkuasa dan menjadi kerajaan pusat.

9. PAS perlu insaf dan kembali ke landasan asal. Sudah sampai masanya untuk PAS muhasabah diri. PAS selama ini merupakan simbol kepada perjuangan berteraskan Islam malah rakyat Malaysia mengenali PAS yang sinonim dengan agama Islam. Tidak sepatutnya PAS menggadaikan maruah dan menjatuhkan martabat agama Islam hanya untuk bersekongkol dengan PKR dan DAP yang jelas mempunyai objektif yang bertentangan. Melainkan PAS sememangnya sudah kemaruk kuasa dan amat kepingin untuk memerintah hingga sanggup mengenepikan matlamat perjuangan Islam yang asal.
Show Comments: OR

1 ulasan:

  1. Saya x tahu apa kena dgn orang PAS ni .. memusuhi bangsa sendiri tapi bersetongkol dengan pihak yang nak m'singapura'kan malaysia nih ... pakai lebai, kutuk orang teruk-teruk ... doakan untuk kebinasaan muslimin lain ... dah tau diri tu contoh masyarakat tunjukkan lah contoh ..nabi x pernah doakan kebinasaan untuk muslimin ..najib tu pun kalaupun teruk mana pun saudara islam kita gak ... de g gak sembahyang jumaat. Kalo UMNO kuat rasuah pun, lebih baik dari PAS and PKR yang bersetongkol degan si laknat DAP.. Ingat PR xdek rasuah and kroni ke? sama jek ...

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE