Khamis, 6 Ogos 2009

Pernah ke selama ini DAP berprasangka baik terhadap umat Islam???

"PULAU PINANG: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim semalam mendesak anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi supaya menarik balik kenyataannya yang menyinggung perasaan umat Islam bukan sahaja di negeri ini malahan di seluruh negara.

Beliau berkata, Jeff perlu lebih berhatihati mengeluarkan kenyataan dan disaran menggunakan saluran dalaman bagi menyuarakan pandangannya kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata, meskipun kerajaan negeri mengamalkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) namun kenyataan berbaur prasangka tanpa berpijak di bumi nyata perlu dielakkan lebihlebih lagi dari seorang wakil rakyat kerajaan pakatan pembangkang.

"Saya secara tegas menolak kenyataan Jeff yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris 2 Ogos lalu yang saya anggap bersifat peribadi tetapi boleh disalah ertikan pelbagai pihak.

"Saya yakin umat Islam di Pulau Pinang tidak dapat menerima kenyataan sebegini lebihlebih lagi ia menyentuh sensitiviti agama Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia," kata Abdul Malik.

Abdul Malik mengulas kenyataan Jeff, yang juga Ketua Staf di Pejabat Ketua Menteri terhadap seorang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merupakan anggota Jamaah Islah Malaysia (JIM).

Jeff dilaporkan berkata, MPPP tidak seharusnya membenarkan seorang "ekstremis agama" berada di dalam pentadbirannya dan kerajaan negeri telah mewujudkan teladan yang berbahaya apabila membenarkan seorang ekstremis agama menyusup masuk ke dalam sistem kerajaan tempatan.

Jeff juga memetik portal JIM yang meletakkan sasarannya untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang menggunakan sepenuhnya Undang-undang Syariah menjelang 2020.

Abdul Malik berkata, kerajaan Pulau Pinang sentiasa menjalin hubungan baik dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini dan peruntukan sebanyak RM1.5 juta telah disalurkan kepada 17 Sekolah Agama Rakyat (SAR) kendalian kerajaan negeri termasuk dua yang diuruskan NGO Islam iaitu JIM dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)."
- mStar.

1. Pernahkah DAP bersetuju atau menyokong apa jua usaha oleh mana-mana pihak untuk menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang melaksanakan undang-undang Islam? Sejak dari dulu lagi kita sudah tahu manifesto DAP yang mahu mewujudkan Malaysian Malaysia dan sekaligus menolak sebuah negara Islam.

2. Jadi tidak hairanlah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jeff Ooi yang melabel JIM sebagai ekstremis agama. Pak kassim sepatutnya sudah sedar akan hal ini sejak dari awal lagi. Bagaimana Pak Kassim boleh duduk bersekongkol dengan DAP walhal pada masa yang sama Pak Kassim sudah pun tahu akan realiti siapa dan apa yang diperjuangkan oleh DAP sebenarnya.

3. Sama juga halnya dengan isu berkaitan dengan arak seperti yang berlaku di Selangor. PAS mendesak supaya arak haram dijual dengan harapan DAP turut menerima desakan ini walhal DAP tidak pernah bersetuju dengan perundangan Islam selama ini.
Show Comments: OR

2 ulasan:

  1. Sdr SMB

    Pengerusi DAPSY, Loke Siew Fook telah mengeluarkan satu kenyataan penuh penghinaan dan paling keji terhadap pendakwah saudara Ridhuan Tee Abdullah serta kepada seluruh penganut agama Islam.

    Sila lawat laman blog YB Zulkifli Nordin di http://zul4kulim.blogspot.com/2009/08/biadapnya-pemuda-dap.html ATAU laman web haram jadah http://sjsandteam.wordpress.com/ untuk lihat sendiri.

    Harap dapat initiate ssesuatu untuk belasah blog haram jadah nih!

    Salam hormat

    BalasPadam
    Balasan

    1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












      Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

      Padam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE