Jumaat, 28 Ogos 2009

Nizar Mangkuk : Jangan kerana kepala lembu, keharmonian negara akan tergadai...

1. Tindakan segelintir pihak yang mengadakan demostrasi bagi membantah pemindahan kuil Hindu ke Syeksen 23, Shah Alam sambil mengarak kepala lembu bagi saya merupakan satu tindakan yang kurang bijak dan amat tidak wajar berlaku.Tindakan ini sebenarnya satu tindakan bahaya yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama yang selama ini telah kita pupuk dengan bersusah payah.

2. Umum mengetahui bahawa lembu merupakan simbol kesucian bagi masyarakat beragama Hindu. Apa yang berlaku di Shah Alam jika disalah tafsirkan boleh dianggap sebagai satu penghinaan yang nyata kepada mereka. Kita sebagai umat Islam pasti akan tersentuh dan terguris sekiranya ada pihak yang menghina atau menjatuhkan martabat agama Islam walau dengan apa cara sekalipun. Pastinya kita akan berasa marah jika ada pihak yang menggantung kepala babi di depan masjid, seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

3. Sama juga senarionya dengan apa yang berlaku di Shah Alam. Masyarakat Hindu berhak untuk berasa marah dan terguris dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab ini kerana bagi mereka ia merupakan satu penghinaan yang jelas ditujukan kepada agama hindu. Kita tidak sepatutnya bertindak keterlaluan hingga mengguris hati pihak lain jika kita tidak suka dan tidak mahu ada pihak lain yang bertindak sama terhadap umat Islam.

4. Mengadakan demostrasi atau bantahan secara aman tidak ada salahnya asalkan ia tidak mengganggu gugat keharmonian dan ketenteraman pihak lain. Setiap bantahan yang hendak dianjurkan perlu beretika dan menjaga adab susila agar tidak tercemar dengan sebarang unsur subversif. Jika perkara asas ini gagal dititik beratkan maka tidak ada bezalah antara kita dengan pihak PR yang mengadakan demo haram hingga mencetuskan kekecohan di KL. Ia samalah seperti 'meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri'.

5. Adalah diharap agar perkara ini tidak lagi berulang di masa hadapan. Penganjur demo di Shah Alam perlu membuat penjelasan agar ia tidak disalah ertikan oleh masyarakat Hindu di Malaysia. Manakala kerajaan Selangor perlu lebih sensitif dan prihatin dengan apa yang berlaku di sekeliling sebelum mengambil sesuatu keputusan. Jangan hanya asyik mengejar kuasa dan kedudukan serta membuat invois tuntutan palsu sahaja hingga tidak mempedulikan rakyat. Marilah kita sama-sama menjaga keharmonian antara kaum agar kemakmuran dapat dinikmati dan dalam masa yang sama matlamat 1 Malaysia akan tercapai.
Show Comments: OR

18 ulasan:

  1. Ini menunjukkan KEBANYAKKAN orang2 Umno masih lagi tidak sedar dan masih lagi suka pada kepada permainan perkauman. Tidakkah ada perasaan penghormatan dari golongan ini kepada kaum2 lain yang telah bersama sama membebaskan negara Malaysia dari tangan penjajah ? Macamana '1 MALAYSIA' boleh dijayakan dengan adanya golongan yang tidak mahu menghormati kaum2 dan agama2 yang lain di Malaysia ini ? Yang paling peliknya ialah kenyataan dari KETUA POLIS SELANGOR yang hanya menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan tidak bertindak serius dari awal lagi untuk menghalang demontrasi itu diadakan. Tindakan beliau juga seakan akan meluluskan dan membenarkan demontrasi itu diadakan dengan hanya menempatkan 10 anggota polis untuk memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut. MENGAPA TIADA POLIS ATAU FRU DIARAHKAN UNTUK MENGHALANG DEMONTRASI TERSEBUT APABILA TIADA PERMIT POLIS DIKELUARKAN SEPERTI YANG DINYATAKAN OLEH KETUA POLIS SELANGOR.

    BalasPadam
  2. wei,dulu geng geng blogger ko jugak yang promosi perhimpunan ni..awat hari ini kutuk pulak..

    siap ada banner takebeer lagi,siapa lagi kalau bukan didalangi parti politik yangb erkepentingan..

    BalasPadam
  3. keraspedal...

    kenapa waktu PR buat demontrasi kamu kutuk bukan main lagi tapi sekarang ini menyokong pulak. memang cakap tak serupa bikin. suka sangat ke kamu ini dengan permainan api perkauman ini. bila lagi nak sedar ???

    BalasPadam
  4. Saudara Keraspedal,
    Kenapa saudara semacam terasa sangat dengan komen yang dibuat oleh tanpa nama (2009 Ogos 29 00:17). Adakah saudara juga merupakan salah seorang peserta dari golongan yang mengadakan demontrasi itu. Komen yang dibuat itu cuma mengatakan sikap sesetengah ahli UMNO saja dan bukannya semua ahli UMNO. Komen itu juga menyelar sikap Ketua Polis Selangor yang tidak menghalang demontrasi itu. Saudara termakan cili ???

    BalasPadam
  5. saudara,kalau bab2 agama,siapa pun sy sanggup cincang sampai mati

    BalasPadam
  6. bintara muda...
    Apa yang kau orang marah sangat ini. biarlah diaorang nak buat demontrasi apa salahnya. Ketua Polis selangor tahu yang buat demontrasi itu dah tentu orang baik-baik daripada pelbagai aliran politik untuk mempertahankan isu kuil dishah Alam sebab itu dia tak halang.Kalau macam demontrasi mansuh kan isa aku dan rakyat malaysia pun marah sebab yang buat demontrasi itu semuanya taksub berjuang bukan untuk agama, bangsa dan negara tapi untuk menjahanamkan agama bangsa dan negara iaitu terdiri daripada orang pas dan pkr.Kalau Aku jadi FRU mahu aku sembur dengan asid biar mampus semua supaya negara aman dan makmur daripada ada bangsa yang macam itu.

    BalasPadam
  7. perbezaan antara suara rakyat dan suara parti politik..dalam demonstasi tu mungkin ada juga orang2 pas dan pkr...

    seperti kes ladang babi di kedah.

    apa yang kerajaan boleh buat adalah..panggil semua kepala-kepala seksyen shah alam dari parti UMNO,pas dan pkr..kaum india dan melayu..

    mesyuarat nak letak mana kuil tu..biar semua setuju baru lah boleh buat keputusan.

    perkara ini sudah menjadi isu..jadi ianya patut dibincang oleh semua pihak.

    BalasPadam
  8. perarakan sebegini dikata perakauman...salah tu...nak menjaga kesucian agama...
    perarakan TBH? Kugan? jenis apa plak?

    BalasPadam
  9. batu tu Tanpa Nama06.58.... selama ni melayu & islam saja yang jaga perasaan agama& bangsa lain. mereka ??????????????????
    Yang kurang ajar dengan Raja.. yang hina islam, yang maki mufti dan Ridhuan Tee.... kenapa korang tak bela??? Ceh!!!!!!!! hampas semua ni...

    BalasPadam
  10. Aku sokong EM!!!.. betul apa,bila depa kutuk dan hina kita...semua senyap!!!tak dak teloq!!!..dalam kes ni, sape yang tak tau ujung pangkal ,tolong diam!!! jangan cuba nak bodek puak tu!!..kan dpt ape pun!!!..habis2 jagi penyokong bawak rebah semua tu!!!..kita jadi lembu cucuk hidung!!!..tu yng depa bawak kepala lembu tu!!!..simbolik tu!!! janganlah semua melayu buat semua tak kena!!! kalau kapiaq buat hampa sokong 100%...apa le punya melayu!!!!...walau bapak ayam/gangster yang buat....guna le otak sikit!!!jangan jadi nanti, melayu tibai melayu....siapa yg bodoh!!!....

    BalasPadam
  11. aku sokong penuh Tampa Nama 11.03...

    semasa mereka letak kepala babi di masjid melaka dulu...takada pun bantahan dari mana mana pihak...

    pihak islam cuma kata " KESAL DENGAN PERBUATAN ITU" ..itu saje yang aku dengar...

    diam aje le kalau tak tau... jangan "melayu tibai melayu" pulak

    BalasPadam
  12. yang aku kesal si melayu dah lupa asal usul kita sendiri. kan nenek moyang kita pun keturunan Hindu. Jangan lupa sejarah melayu beb. You insult ugama Hindu you insult ugama nenek moyang kita sendiri. Kan Indonesia bererti Indo ia itu Hindu dan Nesia bererti Nation. Ade ade la si fanatic ugama ni. Dah lupa ke nama original tanah melayu Sri Ganga Negara. Dan sebelum tu Sri Vijaya.

    BalasPadam
  13. Saya menyeru kepada semua Melayu dan Muslimin untuk menghormati agama lain.. kita tidak perlu bersikap kurang ajar sama seperti mereka yg tidak beroleh Hidayah.. contohilah akhlak mulia Nabi dan para sahabat.

    Namun saya juga tegaskan, adalah menjadi tanggungjawab dan amanah buat semua saudara saya ini untuk mempertahankan kedaulatan Islam di kawasan masing-masing biarpun darah menjadi taruhannya.

    komen sy di atas ditujukan untuk semua yg merasa diri itu Melayu dan juga utk semua Muslimin tanpa membezakan fikrah politik mereka.

    Bersatu.

    BalasPadam
  14. kepada semua yg rasa diri itu Melayu dan juga untuk muslimin juga semua rakyat Malaysia.

    Dengan hati tulus dengan Kesucian dan Keberkatan Ramadhan.. anda semua dijemput ke

    http://mistisfiles.blogspot.com/
    http://capiloton.blogspot.com/
    http://sangtawal.blogspot.com/

    BalasPadam
  15. ape da pd melayu klu msih tidak mengamal kan ajaran islam... mana ada bangsa melayu yang betul2 melayu asal kita dari indonesia burma dan seluruh nusantara kalau betul ada melayu jati tu orang asli nama nya

    BalasPadam
  16. kalau nak rampas selangor skali pun jgan la wat mcm wahai melayu ku yang kian layu

    BalasPadam
  17. tumpang tanya... asal parameswara dari mana ??? tolong bagi jawapan...

    BalasPadam
  18. tanpa nama 13.50 ni memang confius abis.Yang ko nak berbangga dengan nenek moyang ko agama hindu sembah patung apa pasal?jangan sampai patah ke belakang beb.Orang nak maju ke depan,ko masih berfikiran zaman jahiliah.

    Cuma yang aku nak katakan di sini,kita tak boleh menghina atau mengganggu rumah ibadat atau sembahan agama lain.Nanti dikhuatiri mereka pula membalas balik dengan menghina Allah s.w.t pula disebabkan geram dengan perbuatan orang Islam,ini ada dalil dalam Quran.

    Aku bersyukur jadi Islam dari jadi Hindu sembah patung dan kemaluan Siva (lingga),memang teramat malangla nenek moyang Tanpa Nama ni yang menyembah kemaluan dewa Siva/Vishnu.Tapi aku taknak ganggu kepercayaan agama lain.Ini akan menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan.

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE