Advertisement - Contact Us

DUN Pmtg. Pasir : Pemenang kumpulan sorak terbaik, jatuh kepada 'PAS'!!!

1. Tepat jam 5 petang sebentar tadi maka tamatlah masa yang diperuntukkan untuk membuang undi bagi memilih wakil rakyat DUN N11 Permatang Pasir. Sasaran SPR iaitu melebihi 80% jumlah yang keluar mengundi gagal dicapai. Malahan peratusan tersebut juga agak merosot berbanding jumlah yang keluar pada PRU12 yang lepas.

2. Syabas diucapkan kepada pihak berkuasa terutamanya anggota polis dan FRU yang telah menjalankan tugas memastikan kelancaran piliharaya sentiasa dalam keadaan aman dan tenteram. Syabas juga diucapkan kepada SPR yang telah menggalas tanggungjawab bagi menjamin kelancaran PRK dengan baik.
3. Pujian juga layak diberikan kepada para petugas dan penyokong bagi kedua-dua parti iaitu BN dan PAS kerana berjaya mengawal emosi dan perasaan dengan baik agar tidak keterlaluan dan di luar batasan. Walaupun berlaku beberapa kejadian provokasi melampau dari kedua-dua pihak namun ianya masih di dalam kawalan pihak berkuasa.

4. Dijangka keputusan hanya akan diketahui se awal jam 8 malam. Apapun para pengundi sudah pun menterjemahkan pilihan mereka melalui kertas undi. Adalah diharap agar kedua-dua pihak yakni BN dan PAS dapat menerima keputusan yang bakal diumumkan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama