Advertisement - Contact Us

Manek Urai : Siapa pun pemenangnya, janji tetap janji...

1. Selamat mengundi diucapkan kepada seluruh pengundi berdaftar dalam DUN Manek Urai yang akan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat yang terbaik bagi mewakili suara mereka. PRK DUN Manek Urai menyaksikan pertandingan dua penjuru di antara calon PAS dan BN. Untuk rekod, PRK ini diadakan berikutan kematian wakil rakyat terdahulu dari PAS akibat serangan jantung.

2. Tempoh berkempen selama kira-kira 1 minggu telah digunakan sebaik mungkin oleh kedua-dua belah pihak untuk menyampaikan aspirasi masing-masing bagi menarik sokongan para pengundi. Pelbagai isu timbul sepanjang tempoh berkempen ini berlangsung.

3. Seperti biasa, PAS menggunakan slogan 'Undi PAS Dapat Pahala' sebagai modal untuk menggula-gulakan penduduk Manek Urai. Dalam pada masa yang sama, PAS tidak mampu menyembunyikan kemelut yang melanda dalaman partinya terutama melibatkan isu kerajaan perpaduan.

4. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin yang sebelum ini dikaitkan dengan kerajaan perpaduan gagal menujukkan muka di Manek Urai hingga akhir tempoh berkempen. Ini menguatkan lagi spekulasi kononnya Ustaz Nasha telah dipulau dan dilarang dari melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kempen di Manek urai oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

5. Seperkara lagi yang menarik perhatian saya adalah berhubung desakan Anwar Ibrahim di dalam satu sessi ceramahnya yang meminta SPRM agar menyiasat janji yang di sampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kepada pengundi di Manek Urai. Anwar Ibrahim menuduh Muhyiddin cuba merasuah penduduk manek Urai melalui janjinya itu.

6. Bagi saya, tidak ada sebarang cacat celanya dengan janji Muhyiddin yang menyeru penduduk manek Urai agar mengundi calon BN jika mahu sebuah jambatan di Manek Urai. Ini merupakan satu bentuk kempen yang biasa digunakan samada oleh BN malah Pakatan Rakyat terutama Anwar juga sering menggunakan kaedah yang sama untuk menarik sokongan pengundi.

7. Anwar juga pernah berjanji akan menurunkan harga minyak jika pakatan rakyat dipilih menjadi kerajaan tetapi malangnya gagal. Malah PAS juga sering berjanji kononnya pengundi yang mengundi PAS akan dijamin masuk syurga. Tidakkah ini juga boleh dikategorikan sebagai rasuah dan perlu penelitian dari SPRM?

8. Apa yang lebih penting sekarang bukan apa yang dijanjikan, tetapi bagaimana hendak melunaskan janji yang ditabur? Mampukah pihak yang berjanji itu melaksanakan apa yang telah dijanjikan? Kita tidak mahu seperti apa yang berlaku di Kampung Buah Pala di mana kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat hingga hari ini masih gagal mencari penyelesaian terbaik sepertimana yang mereka telah janjikan sebelum PRU dahulu.

9. Namun satu perkara yang boleh dipuji di Manek Urai adalah sikap keterbuakaan yang ditonjolkan oleh kedua-dua calon yang bertanding. Kedua-dua calon masih boleh duduk dan minum air kelapa semeja walaupun masih bergelar musuh di gelanggang politik. Semoga semangat persaudaraan dan perpaduan ini berkekalan dan dapat di semai di semua peringkat tanpa mengira latar belakang politik.

2 Ulasan

  1. Loya aku baca tajuk bodoh nko ni...macam tak sekolah... pandai tulis tapi bodoh..

    Nasib BN tidak hilang wang pertaruhan...mIntak-mintak ada wakil wakil rakyat BN terutama di Perak meninggalkan dunia...ada PRK

    Bior pemikiran Melayu terbuka...kws BN pun BN kalah.....

    Bodoh Punya Melayu

    BalasPadam
  2. Buat Tok Mudim... Menyangkal biarlah dengan fakta... bukan terus menghentam... lebih baik fakta tanpa bukti... sekurang-kurangnya dengan fakta walaupun tanpa bukti, ia menunjukkan kematangan kita memberi idea dan menggunakan otak...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama