Sabtu, 13 Jun 2009

UMNO PKR : PKM bakal menjadi parti ke-4 dalam Pakatan Rakyat...

1. Memang sudah dijangka. Anwar pastinya akan mengeluarkan kenyataan menyokong usaha untuk membenarkan Chin Peng, bekas pemimpin no.1 Parti Komunis Malaya pulang ke Malaysia. Kenyataan ini telah dikeluarkan selepas berucap pada Kongres Khas PKR di Bangi.

2. Alasan yang diberikan Anwar adalah bersandarkan dasar perikemanusian. Anwar juga sedia memaafkan segala apa yang pernah dilakukan oleh Chin Peng dan menyeru kerajaan agar memberi peluang kepada Chin Peng menghabiskan sisa hidupnya di Malaysia. Anwar memberi contoh bagaimana Rasulullah memaafkan dan menerima kembali bangsa Quraisy walaupun ramai orang Islam telah diseksa dan dibunuh oleh bangsa tersebut.

3. Memang sudah menjadi kelaziman dan 'favourite' Anwar untuk mengeluarkan kenyataan bercanggah atau menentang dan bersifat popular. Sebelum ini,, kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak membenarkan ChinPeng kembali ke Malaysia. Timbalan Perdana Menteri juga telah menegaskan untuk tidak membincangkan lagi isu ini dan menganggap isu ini selesai.

4. Anwar secara terbuka cuba membangkitkan semula isu ini dan mempersoalkan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Tujuannya mungkin untuk memberikan imej positif di mata orang Cina kononnya beliau merupakan seorang pemimpin yang terbuka dan baik budi pekerti serta seorang yang pemaaf. Ini akan membuatkan masyarakat Cina dekat kepadanya dan menolak BN yang dianggap parti pendendam.

5. Anwar tidak memikirkan sensitiviti masyarakat Malaysia lain yang mungkin telah menerima kesan samada secara langsung atau tidak sewaktu komunis bermaharajalela. Anwar mungkin terlupa perit getir para berjuang yang bermati-matian mempertahankan negara dari kekejaman komunis.

6. Memang benar Chin Peng sudah tua dan uzur serta sudah tidak mampu untuk bergiat aktif menghidupkan semula fahaman komunis. Namun harus diingat, Chin Peng bukan sekadar pemimpin komunis, malah dia merupakan simbol komunis di Malaysia. Dengan membenarkan ChinPeng kembali ke Malaysia maka ia secara tak langsung telah memberi kemenangan kepada pergerakan komunis yang mungkin sedang bergerak secara 'underground' tanpa disedari. Kemungkinan ini tidak boleh ditolak sepenuhnya.

7. Adalah tidak wajar untuk Anwar hanya mementingkan publisiti dan populariti sewaktu mengeluarkan sebarang kenyataan. Atau mungkin Anwar mempunyai agenda lain dengan menggunakan Chin Peng sebagai bahan?
Show Comments: OR

9 ulasan:

  1. sudah la tu...amacam lak dgn China..? negara komunis terbesar dan juga supplier komunis seluruh dunia...bagus je 1Malaysia pegi sana haritu...sudah2 la tu..jgn la menambahkan kemunafikan yg sedia ada...

    BalasPadam
  2. tak faham lah..kerajaan 1Malaysia ni..kutuk tindakan komunis..ada yang sanggup bunuh chin peng tp PM 1Malaysia pergi ke China..duit punya pasal semua halal ke?

    BalasPadam
  3. dua anon ni beri argument yang anwar beri. dah bengong tak boleh berfikir sendiri. semua nak kena ikut apa yang anwar kata.

    apasal tak cakap mengapa kita baik dengan jepun walhal dulu jepun juga yang jajah kita.

    ini argument budak sekolah rendah lah. mungkin inilah tahap pemikiran pengikut pr. sebab tu senang saja anwar kelentong.

    isunya sekarang berkenaan seorang yang lahir di negara ini tapi sanggup membunuh rakyat negara sendiri. ambil kesempatan di atas perjuangan menentang penjajah untuk menjayakan doktrin komunis.

    katakan dia menang, apa jadi dengan kita semua? ada pak lebai pas lagi ka sekarang kerana komunis tak percaya kepada tuhan. mungkin kebanyakan pak lebai pas dah kena sembelih.

    BalasPadam
  4. Dua ekor anon yang bangang tu memang penjilat aljuburi..

    BalasPadam
  5. Kenapa kaitkan negara China...Isu d sini ialah Chin Peng...banganglah anon berdua tu...pegi baca sejarah dulu....

    BalasPadam
  6. Buat due anon yang kat atas tu. cuba fikir... katakan seorang jiran sebelah rumah kamu telah membunuh ahli keluarga kamu. lepas dia dihukum penjara kemudian dibebaskan lepas tu dia balik kampung dan tinggal disebelah rumah kamu. bolehkah kamu terima dia????

    BalasPadam
  7. chin peng kalau balik malaysia memang aku langgar ja dia dengan motor aku..

    BalasPadam
  8. Pro-Perkauman17 Jun 2009 8:34 PG

    kepada anon berdua kat atas tu, tunggu mase je nak jadi 13 mei ni, kalo si laknat komunis neraka jahanam tu balik, itu la kemuncaknyer.. bersedialah bangsaku melayu...

    BalasPadam
  9. Kepada si anon kat atas tu. mungkin ko orang berdua nie orang paling bodoh aku jumpe selama aku hidup 28 tahun nie. PM pi China pasal bisness nanti kalo ekonomi merumdum ko orang salahkan PM lembab la, rasuah la dan macam2 la. otak takde ke. tu la asyik berpolitik negatif je anwar punyer pasal la nie.tu la dah tak leh pikir baik

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE