Advertisement - Contact Us

UMNO PKR : Muslihat Lee Kuan Yew datang ke Malaysia...

1. Sudah 8 hari Menteri Kanan Singapura bertaraf Penasihat, Lee Kuan Yew berada di Malaysia dengan pelbagai agenda telah beliau lalui.

2. Secara asasnya, tujuan lawatan Lee Kaun Yew ke Malaysia adalah untuk bertemu dan mengadakan perbincangan melibatkan banyak perkara dengan kerajaan Malaysia atau kerajaan BN. Menariknya, kebanyakan masa dan aturcara lawatannya di Malaysia bukan melibatkan pemimpin BN tetapi dilihat lebih condong untuk bersama dan berbincang dengan pemimpin pakatan rakyat.

3. Sebelum ini, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad dikatakan tidak berminat untuk bertemu Lee Kuan Yew atas beberapa alasan. Antaranya dengan nada Sinis dan penuh sindiran, Tun menganggap dirinya tidak layak dan tidak setaraf untuk bertemu dengan Lee yang dianggap pemimpin terulung di singapura, hingga sekarang.

4. Sewaktu berkunjung ke Pulau Pinang untuk bertemu dengan pemimpin yang diketuai oleh Lim Guan Eng, Lee Kuan Yew telah mengkritik negeri Pulau Pinang kononnya negeri ini mengalami pembangunan yang amat perlahan dan agak ketinggalan jika dibandingkan Seremban dan Ipoh.

5. Lee Kuan Yew juga telah membayangkan kononnya PAS dan Pakatan Rakyat berada dalam laluan yang betul dan tepat untuk mengambil alih pemerintahan pusat.

6. Apa tujuan sebenar Lee Kuan Yew datang ke Malaysia? Adakah wujud agenda tersembunyi yang sedang diatur dan direncanakan bersama pemimpin Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim? Umum sudah mengetahu akan hubungan Singapura yang dikatakan begitu intim dengan negara barat terutama Amerika.

7. Dan umum juga sedar akan perkaitan Anwar dengan Amerika yang dikaitkan sebagai penyumbang terbesar baik dari segi sokongan mahupun dana kepada PKR sewaktu PRU-12 yang lepas. Mungkinkah Lee Kuan Yew membawa mesej atau utusan dari Amerika kepada Anwar?

8. Anwar pasti tagihkan sokongan dan bantuan dari Amerika dalam usahanya untuk menjatuhkan kerajaan BN. Kemungkinan Anwar akan menggunakan Singapura sebagai perantara bagi menambahkan kekuatan jentera dan usahanya.

9. Walau apa pun kemungkinan dan spekualsinya, saya amat yakin wujudnya unsur 'udang di sebalik batu' atau 'serampang dua mata' berhubung tujuan lawatan Lee Kuan Yew ke Malaysia...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama